Permandangan Cantik dan Aktiviti Menarik di Taman Tasik Sejong.Tips Melancong Ke Bandar Sejong Korea Selatan

Ketika post ini ditulis, musim winter berada pada fasa pertengahan. Sekarang adalah waktu yang sesuai untuk bermain salji dan juga aktiviti memancing di bawah permukaan ais di Pyeongchang Ice fishing festival di daerah Gangwon.

Untuk pengetahuan subscriber ebook Han Guk Jib Siri 1, kami telah menambah informasi yang amat berguna di bahagian Apps, iaitu berkenaan penggunaan Apps Halal Korea yang memudahkan muslim memilih makanan di kedai-kedai serbaneka di Korea Selatan.



Berbalik kepada topik kali ini iaitu Bandar Sejong. Jika anda berkesempatan untuk ke Sebelah Barat Korea Selatan, salah satu destinasi yang mesti pergi ialah Bandar Sejong. Bandar Sejong adalah sebuah bandar baru kecil dan terancang. Ia juga merupakan bandar pentadbiran Korea Selatan. Susunan bangunan di sini tidak jauh beza seperti di Putrajaya, Malaysia. Bandar ini tidak ramai penduduk dan sinibina dan susunan bangunannya sangat kemas dan teratur.

Mesin Automatik basikal sewa 

Bandar Sejong juga merupakan 'Solar City' di Korea di mana penggunaan teknologi solar digunakan secara meluas di merata tempat seperti bumbung tempat letak kereta, tiang lampu, lampu highway dan banyak lagi.

 Solar Panel dipasang di sepanjang highway

Solar panel dipasang di bumbung tempat letak kereta

Sewaktu dalam perjalanan kami dari Daejon ke Seoul, kami singgah sebentar di bandar Sejong untuk melihat suasana bandar Sejong. Destinasi utama yang sempat kami singgah sebelum hari gelap ialah shopping mall dan juga Sejong Lake.

Sejong Lake 세종호수공원

Address:
세종특별자치시 연기면 세종리
Sejong-ni Yeongimyeon, Sejong
Coordinate: 36.495900, 127.272620
Phone: 044-866-1753
* masukkan no phone pada GPS kereta jika menggunakan kereta sewa

Apa yang menarik di tasik ini terdapat kolam air mainan kanak-kanak. Kebiasaanya kolam seperti ini hanya beroperasi pada musim panas (summer). Kelihatan kanak-kanak seronok bermain air manakala ibu bapa bersantai di tepi tasik sambil memantau anak mereka. Di sini juga terdapat pantai pasir buatan di pinggir tasik Sejong dan kanak-kanak seronok bermain pasir. Kami singgah di Taman Tasik Sejong hanya beberapa jam sahaja sebelum bergerak ke Seoul untuk destinasi seterusnya.






Hari pun dah gelap so kami bertolak ke destinasi seterusnya, Seoul. Nantikan post akan datang iaitu destinasi menarik waktu malam di Seoul dan Destinasi Pelancongan yang mesti pergi di Daegu. Subscribe blog jimatmelancong.com untuk mendapatkan update terbaru.

Jika anda baru pertama kali ingin ke Korea, anda boleh dapatkan Naracards travel guide dari Naracards.com. Kad informasi ini membantu anda melancong ke tempat-tempat menarik di Seoul, Busan dan Jeju tanpa menggunakan travel agen. Layari www.Naracards.com untuk maklumat lanjut

Tips melancong ke korea: Melancong ke Gwangju

Bandar Gwangju merupakan salah satu daripada bandar-bandar terancang di Korea Selatan. Bandar Gwangju terletak bersebelahan dengan bandar Jeonju. Dari Seoul, korang perlu drive sejauh 300 km ke arah Selatan dan dari Busan pula sejauh 270 km ke arah Barat.

Di Bandar Gwangju terdapat kemudahan subway. Hanya satu line subway sahaja dan yang lain masih sedang dibina. Bandar Gwangju boleh diakses menggunakan KTX dari Seoul Station ke Gwangju Seongjeong Station 광주송정.


Trip kami ke Gwangju cuma 1 hari sehaja memandangkan plan kami ke Gwangju sebenarnya mahu membawa anak kecil kami bermain di taman tema 'Gwangju Family Land'. Kami tiba di Gwangju pada lewat petang dan terus ke bandar utama untuk tengok-tengok kawasan dan cari port untuk makan malam. 

Selesai makan kami jalan-jalan kawasan sekitar. Cantik juga bandar Gwangju ni. Tak lama lepas tu kami check in di Prince Motel Gwangju. Hotel kami book menggunakan Agoda. Selesa juga hotel di sini kerana disediakan katil queen dan singgle. Jadi tak lah berhimpit kami tidur malam ni. Korang boleh Klik link ini untuk melihat hotel sekitar Gwangju.

Bilik di Prince Motel

Esoknya awal pagi kami dah checkout dan jalan-jalan lagi di kawasan sekitar. Kemudian kami ke kawasan Jeonnam University 전남대학교 untuk makan tengahari. Kami pilih kawasan universiti kerana kalau ikut logik, kawasan universiti mestilah makanan murah-murah untuk student kan :p

Nakji Deopbap

Chamchi Kimbap


Berikut adalah beberapa tempat yang kami lawati ketika berada di Gwangju, Korea Selatan.

1. Jung Ang Street 중앙로 160 번길

Merupakan shopping street yang besar. Terdapat pelbagai kedai termasuk pakaian, kosmetik dan makanan. Ketika berada di Gwangju kami singgah makan di Yoogane 유가네. Kelihatan ramai Foreigner dan student di bandar Gwangju dan kebanyakan mereka boleh bertutur bahasa inggeris. Subway station terdekat ialah 'Culture Complex' 문화전당역.


2. Asia Culture Centre 국립아시아문화전당

Terletak di Subway station 'Culture Complex' 문화전당역. Merupakan dataran berhadapan bangunan Asia Culture Centre. Terdapat Air pancut berwarna warni dan ramai anak-anak muda bermain skate board di sini.



3. Gwangju Family Land 광주패밀리랜드

Taman tema khas untuk kanak-kanak. Taman tema ini agak lama dan kelihatan old-school. Kebanyakan mesin dan alat-alat di taman ini adalah teknologi zaman 80 an. taman tema ini kelihatan seakan-akan tidak beroperasi dan tidak ramai orang berkunjung ke sini. Ada kawasan yang telah ditutup dan ada pula sedang di ubah suai.

Memandangkan tak ramai orang ke sini, kami sekeluarga enjoy kerana tak perlu beratur panjang dan boleh main mainan banyak kali sampai muntah. Kami beli 1 day pass untuk si kecik pada harga 18,000 KRW. Dalam taman ini terdapat juga Waterpark dan juga Zoo.













4. Masjid Umar Bin Khattab, Gwangju 우마르 빈 카탑 성원

Address: 
284-13, Yangsan-Dong, Buk-Gu, Gwangju 
광주 북구 양산동 284-13
Tel: 062-972-5136

Bukan mudah nak jumpa masjid di negara bukan Islam. Masjid Umar bin Khattab merupakan salah satu masjid utama di Korea. Di sini aktiviti dakwah dijalankan untuk menyebarkan Agama Islam di Gwangju, Korea. Kami di sini singgah untuk melakukan solat jamak dan melawat kawasan sekitar. 

Berhampiran dengan Masjid ada sebuah taman tasik. Tasik ini dipenuhi dengan bunga teratai dan ramai orang korea bersantai di sepanjang tasik ini. 




Itu sahaja yang sempat kami lawat ketika berada di Gwangju. Sebenarnya ada beberapa lagi tempat menarik, cuma kami yang tak banyak masa. Jika korang ke Gwangju dan melawat tempat-tempat menarik selain yang disenaraikan di atas ini, sila kongsikan di ruangan komen di bawah ni ya.

Jika korang baru pertama kali ingin ke Korea, korang boleh dapatkan Naracards travel guide dari Naracards.com. Kad informasi ini membantu melancong ke tempat-tempat menarik di Seoul, Busan dan Jeju tanpa menggunakan travel agen.
Layari www.Naracards.com untuk maklumat lanjut

Tips Melancong ke Korea: 5 Tips Penting Sebelum Datang Ke Everland Seoul





Everland merupakan themepark yang terbesar di Korea. Kerana faktor keluasannya dan keadaan bentuk muka bumi yang berbukit, untuk explore seluruh taman tema ini memerlukan semangat yang kental. Kalau tak, korang akan kecewa kerana tak sempat menghabiskan lawatan dalam masa sehari. Sebab itulah korang kena rancang perjalanan dalam Everland supaya korang puas sebab tiket Everland ni bukannya murah-murah. Jadi kami nak kongsikan supaya korang lebih bersedia sebelum ke Everland.

1. Roller Coaster T-Express

Roller Coaster T-Express ni paling most wanted. Landasan yang panjang dan diperbuat dari kayu sahaja. Rasa tak lengkap tak cuba Roller Coaster ini kalau korang ke Everland. Tapi tak semudah yang disangka. Korang perlu beratur panjang untuk menunggu giliran. Kadang-kadang tu tempoh menunggu boleh mencecah higga 3 jam lamanya! Sanggup?



Kalau tak sanggup, ini ada sikit tips. Sebelum ke Everland, korang research dulu dimana terletaknya kedudukan T-express. Apabila masuk di pintu utama  Everland, terus menuju ke T-Express. Abaikan yang lain dulu. Normally kalau ikut flow, seseorang masuk ke Everland dia akan melalui T-Express dibahagian akhir sekali. Strategi yang bagus ialah korang pilih jalan secara terbalik.

2. Musolla / Muslim Prayer Room


Tak perlu risau nak solat di mana kerana di Everland ada bilik solat yang terletak berhampiran dengan T-Express. So senang kan?







3. Ramalan Cuaca

Yang ini paling penting. Pastikan korang kaji cuaca dulu beberapa hari sebelum ke Everland. Jika hari yang plan untuk ke Everland akan hujan, tukar plan ke hari lain. Waktu hujan banyak permainan tidak beroperasi kerana faktor keselamatan. Rugi je kalau bayar tiket mahal-mahal tapi tak puas sebab banyak rides yang tutup. Kalau hari hujan, cepat-cepat tukar plan ke hari lain ye.


4. Elakkan pada Hujung Minggu

Kalau boleh pergi Everland pada hari bekerja iaitu hari Isnin hingga Jumaat. Pastikan korang keluar dari hotel seawal yang mungkin dan pulang selewat yang mungkin. Yelah, bayar tiket mahal-mahal mesti la kene enjoy puas-puas kan!





5. Potongan Harga bagi pelancong asing

Korang akan dapat diskaun waktu beli tiket di kaunter tiket. Diskaun ni khas untuk pelancong asing. Yang penting korang standby je passport mana tau diorang nak tengok. Lagi-lagi muke macam Kpop memang susah la dia nak percaya yang korang ni Tourist kan ;p





Lawatan kami yang lepas pada pertengahan musim luruh. Pada waktu ini cuaca dan suhu just nice iaitu sekitar 10 C ke 18 C. Tempoh siang pendek hari mula gelap pukul 5.30 petang. Tapi takpe, yang bestnya sebelah malam ada macam-macam pertunjukan dan persembahan pula. Ada pertunjukan lampu, kereta kuda, bunga api dan macam-macam lagi la.

Korang nak melancong ke Seoul? Kat bawah ni kami sediakan itinerary untuk korang jadikan panduan. Korang boleh edit ikut citarasa sendiri ya. Klik je gambar pdf bawah ni.


Selamat bercuti ke Everland, Korea.


Oh ya! kalau korang baru first time datang ke Seoul, korang boleh cuba menggunakan kad bantuan perjalanan Naracards Travel Guide di www.Naracards.com. Kad ini dah siapkan tempat-tempat menarik yang ada di Seoul dan bagaimana cara untuk sampai ke setiap destinasi.