Post pada kali ini kami nak kongsikan sedikit pengetahuan yang kami ada tentang bagaimana cara menggunakan Naver Map walaupun tak menguasai bahasa Korea. Cara ini kami gunakan ketika backpack di Korea jika menggunakan kereta sewa. Selain menggunakan Google Map sebagai penunjuk arah utama, Naver Map juga salah satu Apps yang sangat penting di Korea kerana Apps ini dapat membantu kita dari segi pemanduan seperti lokasi speed trap/speed camera dan sebagainya. Naver map juga boleh memberi informasi masa perjalanan, anggaran kos teksi, bas dan kos pejalanan termasuk harga tol.
Kadang-kadang apabila menggunakan Google Map, sesetengah ejaan dalam bahasa Korea berbeza dengan english apabila diterjemahkan. Jadi susah untuk kita dapat lokasi sebenar dalam google Map. Sebab itu Naracards menyediakan QR code sebagai bantuan. Walaubagaimanapun, sebagai backup, kami juga menyediakan alternatif iaitu menggunakan Naver Map dengan berpandukan pada Naracards. Walaupun Naver Map ini 100% dalam bahasa Korea, kami akan kongsikan tips bagaimana menggunakan Naver Map dengan mudah walaupun kita tak faham bahasa Korea.
Untuk perkongsian ini, kita ambil contoh 1 lokasi dari Naracards Seoul Travel Guide, iaitu kad nombor 20 - Seoul Central Mosque.
'
Berikut adalah langkah-langkah mengguanakan Naver Map
1. Download Apps. Klik link di bawah menggunakan smartphone anda
Apple: Klik Sini
Android: Klik Sini
2. Buka Aplikasi Naver Map dan ikuti langkah seperti gambar dibawah ini
3. Sekarang lihat pada Kad 20 Naracards. Masukkan nombor telefon pada kad seperti gambar dibawah dan tekan butang search
4. Sekarang anda telah dapat lokasi Seoul Central Mosque dalam Naver Map. Klik seperti gambar di bawah. Makna perkataan tersebut ialah 'Navigation' dalam terjemahan bahasa inggeris.
5. Klik butang berwarna merah seperti dalam gambar untuk mendapatkan penunjuk arah. Kemudian anda telah bersedia untuk memandu.
6. Jika sekarang anda berada di Korea, Naver Map akan membawa anda dari tempat dimana anda berada sekarang ke Seoul Central Mosque.
Mudah Bukan?
Baiklah, sekarang kita cuba contoh ke-dua dengan menggunakan kad No 14 Naracards Seoul iaitu - Dongdaemun Market.
Cara ini berbeza sedikit daripada cara sebelum ini tetapi sama sahaja pada akhirnya. Anda boleh pilih salah satu cara mana yang lebih mudah ya.
Klik seperti gambar dibawah. Makna perkataan tersebut ialah "Navigation" dalam terjemahan bahasa inggeris.
Masukkan nombor telefon seperti dalam Naracards No 14. Kemudian klik seperti dalam gambar.
Selesai dan sekarang anda akan dibawa ke destinasi tersebut. Sila memandu dengan berhati-hati ya! Setakat itu sahaja perkongsian kami. Jika anda dah ada Naracards, boleh cuba gunakannya sekarang dari rumah. Practice dulu sebelum ke Korea.
Kesimpulan dari tutorial ini, Naracards Korea Seoul Travel Guide menyediakan maklumat penting pada setiap kad bagi memudahkan perjalanan anda yang becadang untuk memandu kereta sewa. Hanya dengan menggunakan nombor telefon ke dalam Naver Map, atau gunakan ke dalam GPS kereta/teksi di Korea. Untuk keterangan lanjut sila layari www.Naracards.com.
Semoga bermanfaat. Silakan Share.