Kim Gwang Seok Street, Daegu
Terima kasih kerana masih sudi membaca blog jimatmelancong.com. Akhir-akhir ini, saya menerima banyak email yang bertanyakan tentang pakej lawatan dan juga perkhidmatan Tour Guide untuk melancong ke Korea. Saya amat berterima kasih dan bersyukur dengan tawaran-tawaran pembaca yang sudi mendapatkan perkhidmatan saya.
Disini saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak menyediakan apa-apa perkhidmatan pakej lawatan dan juga Servis Tour Guide setakat ini. Walaubagaimanapun, saya tetap membantu backpacker atau sesiapa sahaja yang ingin ke Korea dari segi nasihat dan juga rancangan perjalanan. Dan memang itu pun tujuan blog Jimatmelancong.com ini dibina, iaitu untuk memudahkan sesiapa sahaja untuk melancong ke Korea dengan budget yang limited.
Trip bersama keluarga isteri, Daewangam Park, Ulsan 2015
InsyaAllah pada tahun 2017/2018 saya bercadang untuk membawa keluarga bercuti ke Korea sekali lagi. Itinerary akan saya siapkan tidak lama lagi dan akan saya buka tawaran 30 seat untuk subscriber jimatmelancong.com untuk menyertai family trip saya ini. Dijamin percutian ini santai dan menjimatkan. Jika berminat dengan percutian ini, jadi lah subscriber blog jimatmelancong. Apa pun tunggu pengumuman melalui email saya.
Ibu dan bapa tersayang ketika di Taehwagang Grand Park, Ulsan, 2015
Berbalik kepada post kali ini, iaitu Melancong ke Bandar Daegu, Korea Selatan. Ini merupakan lawatan kali ke-3 saya di Bandar Daegu. Daegu dikenali juga sebagai bandar perubatan dan banyak doktor yang dilahirkan dari university dari Daegu. Merupakan bandar yang ke 3 terbesar selepas Busan dan Seoul, bandar Daegu terdapat banyak destinasi pelancongan menarik untuk dilawati. Berikut adalah beberapa tempat yang boleh dikunjungi ketika berada di Daegu.
1. Kim Gwang Seok Street 김광석길
Address:
대구광역시 중구 대봉동 달구벌대로450길12.
12 Gil 450 Dalgubeoldae-ro, Daebong-dong, Junggu, Daegu
Google maps coordinate: 35.860320, 128.607064
Lorong kecil yang didedikasi buat seorang ahli seni yang bernama Kim Gwang Seok. Disini terdapat pelbagai jenis lukisan seni atau lukisan dinding yang kreatif dan berwarna warni. Kami tiba di sini awal pagi dan masih tak ramai orang ke sini pada waktu pagi. Akses ke tempat ini adalah menggunakan Daegu City Tour bus atau Subway station Kyungpook Nat'l Univ hospital, Line 2 atau Daebonggyo station, Line 3.
2. Dongseongno street 동성로거리
Address:
대구광역시 중구 삼덕동1가.
Samdeok-dong 1-ga, Junggu, Daegu
Google maps coordinate: 35.866703, 128.598294
Merupakan shopping street yang popular di Daegu. Shopping street yang sangat besar dan terdapat pelbagai pakaian dan barangan kosmetik dijual di sini. Kawasan ini sangat meriah pada waktu malam. Akses ke sini menggunakan subway Banwoldang station, Line 1 atau Line 2.
3. Dalseong park 달성공원
Address:
대구광역시 중구 달성동 달성공원로 35
35, Dalseonggongwon-ro, Dalseong-dong, Jung-gu, Daegu
Google maps coordinate: 35.873808, 128.579115
Phone: 053-554-7907
Dalseong Park merupakan mini zoo. Terdapat banyak binatang yang dipamerkan di mini zoo ini. Apa yang menarik tiket masuk ke sini adalah PERCUMA. Destinasi sesuai untuk membawa si kecil anda. Akses ke sini dengan Subway di station Dalseong Park, Line 3.
Address:
대구광역시 남구 대명9동 앞산순환로 574-116
574-114 Apsansunhwan-ro, Daemyeong 9-dong, Nam-gu, Daegu
Google maps coordinate: 35.824329, 128.587645
Phone: 053-625-0967
Di Apsan park terdapat cable car. Cable car bermula dari kaki gunung sehingga ke puncak gunung Apsan. Anda boleh menyaksikan pemandangan bandar Daegu di observatory area di puncak gunung Apsan. Ketika kami di sini, cuaca tidak memuaskan kerana hujan. Kabus menutupi pemandangan dan kami tidak berpeluang untuk melihat bandar Daegu yang cantik. Terdapat sedikit kelemahan iaitu perlu berjalan kaki untuk ke cable car station sejauh hampir 1 km.
5. Daegu Mosque & Islamic Centre (Masjid Daegu) 대구이슬람교사원
Address:
대구광역시 달서구 죽전동 202-6
202-6 Jukjeon-dong, Dalseo-gu, Daegu
Google maps coordinate: 35.856409, 128.538616
Masjid Daegu adalah masjid dan pusat dakwah Islam yang utama di Daegu. Kami singgah di sini dan berkenal-kenalan dengan masyarakat muslim yang ada di sini. Kebanyakannya mereka rakyat Pakistan dan Indonesia dan mereka mempunyai komuniti yang besar di sini. Masjid Daegu boleh diakses menggunakan Subway Jukjeon Station, exit 1, Line 2. Kemudian jalan kaki sejauh 700 meter.
6. Bukbu Asia Town (Bukbu Intercity Bus Terminal) 대구북부시외정류장
Address:
대구광역시 서구 비산동
Bisan-dong, Seo-gu, Daegu
Google maps coordinate: 35.884606, 128.555864
Bukbu merupakan kawasan tumpuan pelancong asing dari kebanyakan negara Asia seperti Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand. Kelihatan banyak kedai-kedai runcit asia dan beberapa restoran halal. Di sini juga terdapat sebuah Masjid dan kami sempat solat jumaat di sini.
Taman Tema E-world Daegu. Lihat post tentang E-World Daegu di sini.
Bandar Daegu boleh diakses menggunakan KTX dari Busan atau Seoul. Stesen perhentian adalah di Dongdaegu station 동대구. Jika bercadang untuk ke bandar Daegu, lihat penginapan yang boleh ditempah di sekitar bandar Daegu di sini.
Selamat Melancong ke Bandar Daegu, Korea Selatan
Jika anda baru pertama kali ingin ke Korea, anda boleh dapatkan Naracards travel guide dari Naracards.com. Kad informasi ini membantu anda melancong ke tempat-tempat menarik di Seoul, Busan dan Jeju tanpa menggunakan travel agen. Layari www.Naracards.com untuk maklumat lanjut