Yangsan boleh diakses dari busan menggunakan Subway Line 2 (hijau) di Station Namyangsan 남양산. Apa yang menarik di bandar ini? Berikut adalah beberapa tempat menarik yang sempat kami singgah di Yangsan.
1. Tongdosa temple 통도사
Address:
경상남도 양산시 하북면 통도사로 108
108 Tongdosa-ro, habukmyeon, Yangsan-si, Gyeongsangnam-do
Phone: 055-382-7182
Merupakan rumah ibadat agama Buddha. Temple ini berusia ribuan tahun. Satu-satunya temple yang tidak mempunyai statue buddha di dalamnya. Temple ini seakan-akan museum kerana terdapat banyak hasil simpanan sejarah. Apa yang menarik di sini pemandangannya cantik dari atas gunung Chiseosan. Tiket masuk ialah KRW 3000.
2. Tongdo Fantasia Themepark
Address:
경상남도 양산시 하북면 통도7길68
68 Tongdo 7-gil, habukmyeon, Yangsan-si, Gyeongsangnam-do
Phone: 0507-1435-7002
Themepark alternatif bagi siapa yang tidak suka kesesakan orang ramai. Themepark ini agak berusia kerana ianya themepark lama. Mempunyai 30 fasiliti permainan, tasik dan taman tema air. Themepark ini terletak bersebelahan dengan Tongdosa Temple. Harga tiket ialah KRW 16,000 untuk dewasa dan KRW 12,000 untuk kanak-kanak.
3. Masjid Miftahul Jannah di Nambu Market 남부시장
Address:
경상남도 양산시 중부동 11 장터 2 길
108 Tongdosa-ro, habukmyeon, Yangsan-si, Gyeongsangnam-do
Phone: 055-382-7182
Masjid miftahul jannah terletak di dalam lorong Nambu market. Masjid terletak di tingkat 3 dan gambar diatas ini adalah pintu utama untuk naik ke masjid Miftahul Jannah Yangsan.
4. Masjid Faizan, Toko & Cafe Indonesia dan Restoran Uzbekistan New Bombay
Address: Masjid Faizan
경상남도 양산시 북부동 6 북안남 1 길
6 Buk-an-nam 1 gil, Bukbu-dong, Yangsan-si, Gyeongsangnam-do
Address: Toko & Cafe Indonesia
경상남도 양산시 북부동 4 북안남 2 길
4 Buk-an-nam 2 gil, Bukbu-dong, Yangsan-si, Gyeongsangnam-do
Pintu masuk ke Toko & Cafe Indonesia di Yangsan
Address: Restoran New Bombay
경상남도 양산시 북부동 5-1 북안남 2 길
5-1 Buk-an-nam 2 gil, Bukbu-dong, Yangsan-si, Gyeongsangnam-do
Sate kambing di sini memang terbaik. Walaupun harganya agak mahal tetapi dagingnya yang lembut dan rempah unik yang digunakan membuatkan kami makan sampai tak ingat dunia. Recommended!
5. Yangsan Tower 양산타워
Address:
경상남도 양산시 동면 강변로 264-1
264-1 Gangpyeon-ro, dong-myeon, Yangsan-si, Gyeongsangnam-do
Phone: 055-367-9026
Seperti bangunan observatory lain, anda dapat melihat keseluruhan bandar Yangsan dari Yangsan tower. Jika anda lalu ke bandar Yangsan, singgah rehat dulu untuk melawat tempat-tempat menarik diatas.
Lihat tempat menarik di bandar bersebelahan dengan Yangsan iaitu Bandar Ulsan.
Jika anda baru pertama kali ingin ke Korea, anda boleh dapatkan Naracards travel guide dari Naracards.com. Kad informasi ini membantu anda melancong ke tempat-tempat menarik di Seoul, Busan dan Jeju tanpa menggunakan travel agen. Layari www.Naracards.com untuk maklumat lanjut