Masih tidak ramai yang backpack menggunakan kereta di Korea, melainkan hanya di Jeju island. Kebiasaannya di Korea, kami backpack menggunakan public transport seperti train, subway dan bas ketika di hujung minggu. Namun begitu membawa si kecil turut serta sekali dalam trip bukanlah perkara mudah. Backpack menggunakan kereta sewa adalah salah satu penyelesaian untuk aktiviti backapacking seisi keluarga .
Memandu mempunyai kelebihan terutamanya dapat akses ke tempat-tempat yang sukar untuk mendapatkan public transport. Antara bandar-bandar yang sesuai untuk backpack secara memandu adalah seperti di Geoje, Tongyeong, Yeosu, Ulsan, Daegu, Gyeongju, Jinju, dan bandar-bandar lain selain Seoul dan Busan.
Berikut merupakan tips-tips penting yang perlu anda tahu sebelum memandu di Korea Selatan.
Lesen Memandu
Lesen memandu international boleh didapatkan di JPJ. Cara-cara memohon adalah dengan membawa 2 keping gambar berukuran passport dan bayaran sebanyak RM 150. Tidak perlu apa-apa test pemanduan.
credit to Diamonchanadventures
Jenis Kereta
Terdapat pelbagai jenis dan size kereta sewa di Korea dari yang kecil hingga besar. Biasanya jenis seperti Avante (Elantra) atau K5 sudah selesa untuk 4 orang. Pastikan anda tahu jenis minyak kerana terdapat model Petrol, LPG dan Diesel. Biasanya jenis LPG menjadi pilihan kerana harga LPG sangat murah di Korea. Untuk tempahan kereta secara online, gunaan laman web rentalcars.com
Nombor Plate Kereta
Plate kereta sewa biasanya mudah dikenali dengan symbol 호 (ho) atau 허(heo). Ini memudahkan rakyat tempatan tahu bahwa anda foreigner dan mungkin tak biasa memandu di sana, sedikit sebanyak dapat memudahkan pemanduan anda di korea.
Contoh no plate kereta 29호3842
Left Hand-Drive
Pemanduan kereta adalah di sebelah kiri. Memang kekok bagi yang pertama kali memandu. Walaubagaimanapun untuk mambiasakan diri cuma mengambil masa yang singkat sahaja. Untuk keselamatan, tetapkan mindset, fokus dan patuhi peraturan had laju yang ditetapkan.
Traffic Light
Apabila lampu traffic light kuning, lebih baik berhenti daripada terus tekan pedal minyak. Waktu pertukaran lampu sangat cepat, confirm tak sempat kalau speed. Tidak perlu tunggu traffic light jika hendak belok ke kanan simpang. Cuma pastikan tiada kereta dan hati-hati dengan traffic light untuk orang melintas jalan.
Bibo-ho
Jika nampak signboard berwarna biru bertulisan 비보호, boleh melintas simpang tanpa menunggu lampu traffic light hijau, asalkan tiada kereta dan selamat untuk melintas. Lihat gambar.
Navigation dan Speed Camera
Speed camera ada di mana-mana sahaja. Pastikan GPS sentiasa dibuka semasa memandu. Ini bertujuan untuk mengetahui lokasi speed camera. Saman hadlaju minimum adalah 30,000 KRW. Biasanya, GPS dan blackbox memang disediakan di semua kereta sewa di korea. Minta bantuan owner kereta untuk tukar bahasa korea ke bahasa inggeris.
Highway
Jika nak masuk tol, pastikan anda ke lorong di sebelah paling kanan atau lorong yang tidak ada apa-apa signboard. Jika tersilap masuk ke express lane, tidak mengapa. Cuma jalan terus dan berhenti selepas tol. Tol di sana tidak ada palang. Kemudian setelkan masalah tadi dengan staff toll di sana di next tol dengan kadar bayaran yang diperlukan. Mereka faham anda foreigner.
Tempat Meletak Kenderaan
Parking kereta agak sukar di Korea, terutamanya di bandar. Tidak boleh sembarangan parking kerana akan disaman hanya dari CCTV. Ruang parking kereta juga sempit dan padat, hanya muat-muat kereta sahaja kerana mereka mengamalkan penjimatan ruang. Di setiap kawasan kedai akan ada dedicated ruang parking yang memerlukan anda berjalan beberapa ratus meter dari tempat parking tersebut. Tips mudah parking kereta ialah cari shopping mall terdekat dan parking, kemudian jalan kaki ke destinasi.
Budaya Pemanduan
Palli palli. Ini adalah istilah rakyat korea yang sering digunakan iaitu "cepat-cepat". Bila kena hon sebab memandu terlalu perlahan atau lambat bergerak apabila traffic light dah hijau, itu perkara biasa dan merupakan budaya disana. Janganlah pula anda terkejut atau rasa marah pula :)
Orang korea suka berhenti kereta mereka sesuka hati tanpa hiraukan orang lain dengan hanya memasang 'emergency light'. Anda perlu berhati-hati jika menghadapi situasi seperti iniJika anda ingin memandu di Korea buat pertama kali, anda boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide, terutamanya jika anda ke Pulau Jeju. Naracards Jeju membantu memudahkan navigasi anda ketika berada di Pulau Jeju. Video dibawah merupakan pengalaman dari rakan kita yang menggunakan Naracards Jeju ketika bercuti di sana. Maklumat lanjut mengenai Naracards Jeju boleh dilihat di laman web www.Naracards.com