Trip keluarga ini seramai 11 dewasa dan 7 orang kanak-kanak. Dengan menggunakan bas 20 seater, pemandu bas dan saya sendiri sebagai 'Tour Guide'. Jumlah keseluruhan budget percutian ini ialah *RM 1600/orang (kos dikira ke atas orang dewasa sahaja) tidak termasuk kos tiket penerbangan.
Trip ini lebih sesuai menggunakan private bas kerana jumlah traveler yang agak ramai dan terdiri dari pelbagai umur. Private bas memudahkan kami untuk mengawal jadual perjalanan dan memberi keselesaan kepada mereka.
Berikut adalah destinasi-destinasi percutian kami sekeluarga selama 8 hari di tiga bandar utama di Korea Selatan.
Day 1 (Busan)
Ketibaan keluarga di Gimhae International Airport Busan. Kesemuanya kami bawa menaiki LRT dari Gimhae International Airport ke Sasang station, kemudian bertukar ke subway dari Sasang ke Seomyeon station untuk merasai pengalaman menaiki public transport di Korea.
Tempat tinggal kami Austin Guesthouse yang ditempah menggunakan Agoda. Kami letak barang-barang dulu di guesthouse dan keluar semula untuk makan malam. Setelah makan malam selesai kami semua menaiki subway ke Gwanganli beach.
1. Gwanganli Beach (Subway line 2)
Menyaksikan pemandangan cantik waktu malam jambatan 2 tingkat Gwangan bridge yang merentasi pantai Gwanganli beach. Boleh main mercun di pantai ini dan mercun ada dijual di tepi-tepi jalan atau convenient store.
Day 2 (Busan)
Bus pickup di Austin Guesthouse dan perjalanan bermula.
2. Nampo Dong fashion street
3. Yongdusan Park dan Busan Tower
4. Beomosa Temple
Dari Busan kami bertolak ke Seoul dan tiba di Seoul pada lewat malam. Kami bermalam di 'Central Apartment' yang terletak berdekatan dengan Seoul Station yang ditempah menggunakan Agoda.
Day 3 (Seoul)
5. Namsan Seoul Tower - menaiki cable car dari kaki bukit ke puncak bukit Namsan
Day 3 (Seoul)
5. Namsan Seoul Tower - menaiki cable car dari kaki bukit ke puncak bukit Namsan
6. Namsangol Hanok Village
7. Myeongdeong Shopping Street
8. Cheonggyecheon Stream
9. Everland
Day 5 (Seoul)
11. Namdaemun Shopping Street
Plan ke Gyeongbokgung dan Namdaemun terpaksa dibatalkan kerana pada pagi itu terjadinya rusuhan besar-besaran di sekitar bandar Seoul. Banyak jalan-jalan utama ditutup dan trafik sesak di mana-mana sahaja. Kami bertukar ke Plan B iaitu keluar ke Itaewon dan Gangnam.
12. Itaewon
13. Gangnam Lotte World Mall & Lotte World Tower. dan Hard Rock Cafe Seoul
Dari Seoul kami bertolak ke bandar Ulsan. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam. Kesemuanya menetap di rumah kami di Donggu, Ulsan.
16. Taehwagang Grand Park
17. ilsan beach dan ilsan town
Bertolak dari Ulsan ke Gimhae International Airport menggunakan Limousine Airport bus untuk merasai pengalaman public transport di Korea.
Kos perbelanjaan
Kos untuk 7 orang kanak-kanak telah dimasukkan ke dalam kos 11 orang dewasa seperti di bawah.
Makanan (15,000 KRW/hari x 8 hari) - 120,000 KRW/orang
Guesthouse di Busan - 22,000 KRW/orang/hari
Guesthouse di Seoul - 19,000 KRW/orang/hari
Kos bas dan driver, parking, makanan driver, hotel driver - 228,000 KRW/orang
Subway, LRT (busan ke Seomyeon, Gwanganli beach) - 4,500 KRW/orang
Taxi dari Donggu ke Ulsan Downtown (16,000 KRW bahagi 4 orang) - 4,000 KRW/orang
Limousine Bas ke Airport - 7,900 KRW/orang
Tiket:
Busan Tower - 5,000 KRW
Everland - 34,000 KRW
Namsan Tower dan cable car - 9,000 KRW
Nami island ferry - 8,000 KRW
Lain-lain (convenient store, snack, etc) - 10,000 KRW
Jika anda baru pertama kali ingin ke Korea, anda boleh dapatkan Naracards travel guide dari Naracards.com. Kad informasi ini membantu anda melancong ke tempat-tempat menarik di Seoul, Busan dan Jeju tanpa menggunakan travel agen. Layari www.Naracards.com untuk maklumat lanjut