Post kali ini kami ingin kongsikan tips bagaimana melancong mengelilingi 4 bandar utama di Korea. Itinerary ini dibuat untuk sesiapa sahaja yang tidak cukup masa untuk merancang perjalanan percutian ke Korea. Pendek kata, itinerary ini sangat mudah diikuti. Sebabnya, trip ini anda hanya akan gunakan City Tour Bus sebagai pengangkutan utama.
Perjalanan bermula dari Kuala Lumpur ke Incheon International Airport, kemudian bergerak ke bandar Seoul, Daegu, Ulsan dan berakhir di Busan. Flight pulang ke Malaysia dari Gimhae International airport, Busan terus ke Malaysia menggunakan penerbangan Air Asia.
Untuk trip ini anda perlu beli tiket penerbangan pergi dan balik secara berasingan. Perlu diingatkan bahawa anda perlu semak jadual penerbangan dari Busan terlebih dahulu kerana tidak semua hari akan ada penerbangan terus dari Busan ke Kuala Lumpur. Dan hanya flight Air Asia sahaja menyediakan perjalan terus KL-Busan.
Berikut merupakan step yang dicadangkan untuk trip ini:
1. Survey tiket penerbangan dari Busan
2. Survey tiket penerbangan ke Incheon
3. Tempah hotel di Seoul, Daegu, Ulsan dan Busan
4. Tempah tiket KTX (beberapa hari sebelum berangkat ke Korea)
* Trip ini boleh diterbalikkan perjalanannya iaitu bermula di Busan dan berakhir di Seoul.
* Hotel yang diletakkan dalam itinerary cuma cadangan sahaja. Anda boleh pilih hotel/guesthouse anda sendiri.Berikut merupakan itinerary melancong ke empat bandar utama di korea Selatan.
Day 1
- Ketibaan di Incheon International Airport. Terus ke Seoul Station.
- Check in hotel di Hotel Park Hill Myeongdong
Day 2
- Subway Gwanghwamun station.
- Gunakan bas Seoul City Tour.
- Ada banyak jenis bus city tour, kami cadangkan gunakan bas city tour "City.Royal Palaces".
Kaunter tiket: Sebelah Koreana Hotel. Subway Gwanghwamun Station, Line 5, Exit 6)
Tambang: 12,000 KRW
Operating hour: 9.00 am - 9.00 pm
- Dari Seoul station, bertolak ke Daegu menggunakan KTX.
- Stesen berhenti adalah di Dongdaegu. Harga tiket 43,500 KRW
- Gunakan bas Daegu city tour.
- Ada banyak jenis bus city tour, kami cadangkan gunakan city tour "Mt. Palgongsan Course".
- Late check in hotel di Goodstay Apsan Business Hotel
Starting Point: Daegu City Tour Bus Stop di hadapan Dongdaegu Train Station
Tambang: 5,000 KRW
Operating hour: 9.30 am - 5.00 pm (Tutup hari Isnin)
Day 4
- Dari Dongdaegu Bertolak ke Ulsan menggunakan KTX dan berhenti di stesen Ulsan station. Harga tiket 10,500 KRW.
- Gunakan bas Ulsan City Tour.
- Ada banyak jenis bus city tour, kami cadangkan gunakan salah satu Bas City Tour seperti dibawah:-
- Check in hotel di Ulsan The K Hotel
Starting Point: Ulsan Station
Industry Tour CourseTambang: 5,000 KRW
Operating hour: 9.30 am - 5.20 pm (Tutup hari Isnin)
Lokasi menarik: Lotte Square, Lotte Department Store, Automobile Parts Technology Research Institute, Motorwell Co., Hanguk Mold Co., Hyundai Motors Ulsan Plant, Ulsan Hyundai Heavy Industries
Coast Tour CourseTambang: 10,000 KRW
Operating hour: 9.30 am - 5.00 pm (Hanya Rabu, Jumaat dan Ahad sahaja)
Lokasi Menarik: Lotte Square, Lotte Department Store, Oegosan Onggi Village, Ganjeolgot Cape, SK Energy,Hanju Salt.
- Bertolak ke Busan menggunakan KTX. Harga tiket 8,400 KRW.
- Gunakan bas Busan City Tour Hop-on Hop-off
- Check in hotel di LOUIS Hotel Sasang
Kaunter Tiket: Busan Station, Kaunter Tiket Busan City Tour
Tambang: 10,000 KRW
Operating hour: 9.30 am - 5.00 pm (Tutup hari Isnin)
Day 6
- Dari Hotel bertolak ke Gimhae international airport menggunakan Subway ke Sasang station.
- Di Sasang station, tukar ke LRT untuk ke Airport.
- Pulang ke Malaysia
Sedikit Tips untuk perjalanan ini,
- Kos Transportation dan City Tour Bus ialah KRW 100,000 (RM 370).
- Dinasihatkan keluar awal pagi bagi perjalanan antara bandar menggunakan KTX. Ini untuk mengejar bas pertama city tour bas dan dapat memaksimumkan penggunakan bas.
- Semua hotel yang kami cadangkan terletak berhampiran dengan station KTX atau subway.
- Tiket KTX boleh ditempah online. Masa terbaik adalah seminggu sebelum menggunakannya. Refer post cara-cara untuk menempah tiket KTX online.