Tips memandu di Korea Menggunakan Naver Map walaupun tak pandai bahasa Korea


Post pada kali ini kami nak kongsikan sedikit pengetahuan yang kami ada tentang bagaimana cara menggunakan Naver Map walaupun tak menguasai bahasa Korea. Cara ini kami gunakan ketika backpack di Korea jika menggunakan kereta sewa. Selain menggunakan Google Map sebagai penunjuk arah utama, Naver Map juga salah satu Apps yang sangat penting di Korea kerana Apps ini dapat membantu kita dari segi pemanduan seperti lokasi speed trap/speed camera dan sebagainya. Naver map juga boleh memberi informasi masa perjalanan, anggaran kos teksi, bas dan kos pejalanan termasuk harga tol. 


Kadang-kadang apabila menggunakan Google Map, sesetengah ejaan dalam bahasa Korea berbeza dengan english apabila diterjemahkan. Jadi susah untuk kita dapat lokasi sebenar dalam google Map. Sebab itu Naracards menyediakan QR code sebagai bantuan. Walaubagaimanapun, sebagai backup, kami juga menyediakan alternatif iaitu menggunakan Naver Map dengan berpandukan pada Naracards. Walaupun Naver Map ini 100% dalam bahasa Korea, kami akan kongsikan tips bagaimana menggunakan Naver Map dengan mudah walaupun kita tak faham bahasa Korea.

Untuk perkongsian ini, kita ambil contoh 1 lokasi dari Naracards Seoul Travel Guide, iaitu kad nombor 20 - Seoul Central Mosque. 
'


Berikut adalah langkah-langkah mengguanakan Naver Map

1. Download Apps. Klik link di bawah menggunakan smartphone anda
Apple: Klik Sini
Android: Klik Sini
2. Buka Aplikasi Naver Map dan ikuti langkah seperti gambar dibawah ini








3. Sekarang lihat pada Kad 20 Naracards. Masukkan nombor telefon pada kad seperti gambar dibawah dan tekan butang search



4. Sekarang anda telah dapat lokasi Seoul Central Mosque dalam Naver Map. Klik seperti gambar di bawah. Makna perkataan tersebut ialah 'Navigation' dalam terjemahan bahasa inggeris.


5. Klik butang berwarna merah seperti dalam gambar untuk mendapatkan penunjuk arah. Kemudian anda telah bersedia untuk memandu.



6. Jika sekarang anda berada di Korea, Naver Map akan membawa anda dari tempat dimana anda berada sekarang ke Seoul Central Mosque.

Mudah Bukan?

Baiklah, sekarang kita cuba contoh ke-dua dengan menggunakan kad No 14 Naracards Seoul iaitu - Dongdaemun Market


Cara ini berbeza sedikit daripada cara sebelum ini tetapi sama sahaja pada akhirnya. Anda boleh pilih salah satu cara mana yang lebih mudah ya.



Klik seperti gambar dibawah. Makna perkataan tersebut ialah "Navigation" dalam terjemahan bahasa inggeris.


Masukkan nombor telefon seperti dalam Naracards No 14. Kemudian klik seperti dalam gambar.


Selesai dan sekarang anda akan dibawa ke destinasi tersebut. Sila memandu dengan berhati-hati ya! Setakat itu sahaja perkongsian kami. Jika anda dah ada Naracards, boleh cuba gunakannya sekarang dari rumah. Practice dulu sebelum ke Korea. 

Kesimpulan dari tutorial ini, Naracards Korea Seoul Travel Guide menyediakan maklumat penting pada setiap kad bagi memudahkan perjalanan anda yang becadang untuk memandu kereta sewa. Hanya dengan menggunakan nombor telefon ke dalam Naver Map, atau gunakan ke dalam GPS kereta/teksi di Korea. Untuk keterangan lanjut sila layari www.Naracards.com.

Semoga bermanfaat. Silakan Share.

Kelebihan dan Kekurangan Menggunakan Airbnb Sebagai Penginapan Ketika Melancong

Memandangkan banyak email yang kami terima bertanyakan mengenai penginapan, kali ni kami nak kongsikan tentang pengalaman dan pendapat kami mengenai perkhidmatan Airbnb. Di Korea kami lebih gemar menggunakan Airbnb jika trip melibatkan ramai peserta. Kerana dengan Airbnb mudah untuk mendapatkan apartment yang boleh memuatkan terutamanya ahli keluarga yang ramai.


Tambahan pula apartment terdapat kemudahaan dapur, jadi bolehlah mengelak makan di luar yang kita semua tahu harga makan di Korea agak mahal, dan lebih yakin dengan status halal. Terdapat kelebihan dan kekurangan penginapan Airbnb seperti yang kami listkan dibawah ini.

Kelebihan

  1. Murah, kerana berurusan dengan direct owner.
  2. Dapat layanan istimewa dari owner yg baik seperti jemput dari station bas, bantuan tips perjalanan di kawasan setempat dan sebagainya.
  3. Waktu check in dan check out yang fleksibel.
  4. Boleh bayar guna credit card
  5. Kemudahan dapur, kemudahan lain apartment jika ada
  6. Boleh jadikan review dari pelanggan sebelum sebagai rujukan. Anda juga boleh beri review.
  7. Travel credit atau diskaun pertama kali menggunakan perkhidmatan airbnb
  8. Dapat travel credit atau diskaun jika rakan anda menggunakan airbnb 
" Jimat RM 120 jika menempah penginapan di Airbnb buat pertama kali. Klik sini "

Kekurangan

  1. Perlu berhati-hati sesetengah owner menetapkan jumlah had orang dan mengenakan caj tambahan per setiap orang jika melebihi had.
  2. Risiko pembatalan tempahan jika menggunakan 'system auto'
  3. Perlu baya cleaning fee 
  4. Harga berubah mengikut tarikh
  5. Perlu menunggu pengesahan dari tuan rumah dahulu. Tidak sesuai untuk last minute booking.
Oh ya, bukan sahaja di Korea, kami juga menggunakan Airbnb ketika melancong di Malaysia. Berikut adalah video drone yang sempat diambil ketika bercuti di Melaka menggunakan penginapan Airbnb. Sila tonton bahagian akhir video untuk mengetahui nama penginapan tersebut.

 * jika ada yang kami terlepas pandang boleh listkan lagi diruangan komen ya