Apabila selesai membaca tutorial ini anda akan mengetahui bagaimana cara-cara menggunakan Naracards travel guide untuk melancong secara sendiri tanpa menggunakan travel agen ke Korea. Lihat salah satu Naracards di bawah ini dan penerangannya. Klik gambar untuk besarkan.
Naracards Seoul
Naracards Busan
(Klik link ini menggunakan smartphone anda)
Seterusnya, lihat pula kad "How To Use Naracards" (cara-cara menggunakan Naracards). Berikut adalah penerangan lanjut mengenainya,
1. Plan your trip and keep only required cards in your wallet.
Naracards merupakan koleksi destinasi pelancongan menarik di Korea. Namun begitu anda tidak semestinya perlu membawa semua kad. Rancang perjalanan terlebih dahulu dan hanya bawa kad yang diperlukan sahaja di dalam dompet anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menyusun kad-kad yang diperlukan mengikut hari lawatan.
2. Show your card to taxi driver or local people in order to get assistance
Tunjukkan kad kepada pemandu teksi atau orang awam untuk mendapatkan bantuan. Maklumat nama lokasi dan alamat di dalam bahasa korea akan memudahkan pemandu teksi tempatan.
3. If taxi driver not sure about the destination, use telephone number provided in the card and key in the number into taxi or car navigation.
TEKSI: Jika pemandu teksi tidak tahu tentang lokasi (walaupun mustahil untuk mereka tidak tahu), masukkan nombor telefon yang disediakan ke dalam GPS teksi tersebut. Di korea, anda hanya masukkan nombor telefon ke dalam GPS untuk mendapatkan lokasi. Sebab itulah nombor telefon destinasi disediakan pada setiap Naracards.
ORANG AWAM: Jika berada di subway dan tidak pasti arah atau tidak pasti bagaimana membeli tiket subway yang betul. Anda boleh tunjuk Naracards pada orang awam yang ada di situ atau pembantu kaunter tiket untuk mendapatkan bantuan.
4. The cards are strategically arranged with numbering system to ensure smooth movement
Cara menyusun Naracards dengan baik adalah dengan melihat nombor train subway pada kad. Lihat contoh susunan dibawah berdasarkan nombor train.
Susunan kad no 11,12,13 dan 15 menggunakan subway line 4
Susunan kad no 4, 5, 6, dan 7 menggunakan subway line 3
Lihat kedua-dua susunan kad diatas. Ia disusun dengan nombor subway line yang sama. Tujuannya bag mengelakkan anda bertukar-tukar subway dan secara tak langsung anda jimat masa perjalanan dari satu tempat ke tempat lain.
5. Scan the QR code provided to keep track the destination you are heading to. The QR code may integrate with maps application in your smartphone.
Scan QR code menggunakan QR scanner yang telah dimuat turun sebentar tadi. QR code ini bertujuan untuk mendapatkan pandu arah. QR Code mempunyai beberapa tujuan seperti:
- Memandu kereta di Korea. Scan QR code untuk mendapatkan pandu arah
- Apabila sampai di stesen subway tetapi tidak pasti kedudukan atau arah destinasi, scan QR code untuk dapatkan pandu arah.
- Anda boleh semak jarak anda berada dan lokasi destinasi, Scan QR code dan dapatkan idea untuk ke destinasi samaada menggunakan teksi atau subway.
Itu sahaja tutorialnya. Mudah kan? Naracards direka khas untuk mereka yang pertama kali ingin melancong ke Korea tanpa travel agen. Ia sangat ringkas dan mudah digunakan.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com