Hi You Allz,
Thanks masih setia membaca tips jimatmelancong. Pada post kali ini kami nak berkongsi kisah percutian kami ke Beijing tanpa menggunakan travel agen. Post ini hanya fokus mengenai itinerary & gambar-gambar sepanjang kami berada di Beijing.
Di dalam post lain kami akan kongsikan apa persiapan & tips sebelum melancong ke Beijing dan juga mengenai pengalaman kami menghadapai pelbagai jenis Scammer di Beijing.
Trip kali ini, bilangan traveler seramai 4 dewasa dan 3 kanak-kanak. Kami bawa stroller kembar & juga kerusi roda untuk ibu kami yang berkelainan upaya.
NARACARDS BEIJING
Sebelum you Allz meneruskan bacaan, apa kata You Allz Download dulu Naracards Beijing. Naracards Beijing merupakan koleksi tempat-tempat menarik yang ada di Beijing. Ia mengandungi informasi & cara untuk sampai ke setiap destinasi. Naracards Beijing ni Sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin melancong ke Beijing buat kali pertama.
Disediakan Percuma oleh Naracards Travel Guide, www.naracards.com
Hari 1
Bertolak dari rumah. Parking kereta di Putrajaya Sentral. Bergerak ke LCCT dengan KLIA Express ERL.
Muka masing-masing exited
Dah order makanan siap-siap masa booking flight
1.00 am Ketibaan di Beijing International Airport
2.00 am Bertolak ke hotel menaiki teksi
2.45 am Check in di Hotel
Alhamdulillah, selamat sampai di Wangfujing Hotel
Hari 2
Mode travel kali ini adalah slow & steady. Sebabnya, sekarang kami dah travel dengan 3 kanak-kanak dan ibu kami pula menggunakan kerusi roda. Selepas berehat-rehat di hotel, kami memulakan adventure pertama ke Wangfujing Street.Pada musim sejuk, siang pendek. Hari dah mula gelap walaupun jam baru pukul 5pm. Oleh kerana malam masih muda, kami makan malam dahulu di sebuah restoran muslim sebelum meneruskan perjalan ke Tiananmen Square.
Beginilah suasana waktu malam di Wangfujing Street. Meriah sungguh. Orang-orang Beijing berkumpul dan seronok menari. Ada kelompok tua menari perlahan dan ada kelompok muda menari rancak. Seronok layan tengok diorang menari-nari.
Hari 3
Hari ini merupakan hari yang mencabar. Destinasi pagi ini adalah Mutianyu Great Wall. Mutianyu Great Wall terletak di pergunungan. Untuk sampai ke puncak perlu mendaki ke kaki bukit dan menaiki cable car.
Inilah kehebatan teknologi & kejuruteraan orang dulu-dulu
Siapa sanggup jalan sepanjang tembok besar cina ni?
Inilah dia The Great Wall of China!
Cabaran membawa kerusi roda mendaki kaki bukit. Bukan mudah nak menyaksikan salah satu daripada 7 wonders of the world
Kami kagum. Bas-bas di Beijing menggunakan Elektrik. Bandar ini sibuk tapi sangat senyap. Tak dengar kenderaan bergerak. Sebabnya kebanyakan kenderaan di sini menggunakan eletrik termasuk motosikal. Ini merupakan satu usaha yang bagus oleh kerajaan China bagi mengurangkan pencemaran & langkah bijak menggunakan 'clean energy'. Agaknya bila Malaysia nak sampai tahap ini ya?
Balik je dari Mutianyu kami ke Sanlitun pula & makan malam di restoran 'Khan Baba'. Suasana di sini mengingatkan kenangn ketika berada di Cheonggyecheon di Seoul, Korea.
Hari 4
Oleh kerana semalam keletihan memanjat bukit di Mutianyu, pagi ni kami cuma berehat di hotel. Selepas tu kami Checkout dan Check in Hotel kedua pula. Pada sebelah petang kami ke 'The Place'.Di 'The Place' terdapat sebuah skrin bumbung yang besar yang memainkan video-video menarik. Anak kami exited menyaksikan pertunjukan skrin video. Memang rezeki kebetulan waktu kami sampai pertunjukan video baru nak mula. Dapatlah saksikan pertunjukan.
Dari The Place, ambil teksi ke 'Beijing Silk Street', yang merupakan salah satu shopping mall terkenal di Beijing untuk shopping souvenir.
Macam-macam ada. Kena pandai tawar menawar. Harga boleh bincang.
Ayah jaga anak-anak ye, ibu nak shopping sekejap
Oh ya, waktu kami tiba di Beijing salah satu luggage kami pecah. Kami ke sini untuk cari beg baru. Laporan telah dibuat kepada Air Asia mengenai kejadian ini. Alhamdulilah terima refund semula selepas seminggu pulang dari Beijing. Itulah pentingnya Travel Insurance semasa travel.
Kami belajar dari kesilapan. Lesson learnt kepada kami, waktu bercuti di Sabah, kami tak ambil apa-apa travel insurance. Waktu tu salah satu luggage tertinggal di KLIA. Selepas 3 hari baru dapat semula. Oleh sebab tiada insurance, kami tak dapat claim apa-apa. Sudahla kesejukan di Kundasang sebab semuanya ada dalam luggage tu, tak dapat claim apa-apa pulak tu! Sedih...
Hari 5
Hari ini kami ke 'Summer Palace' dengan menaiki subway. Best juga naik subway di Beijing. Tak ramai orang sebab waktu ini office hour, so dapat duduk sepanjang perjalanan. Agak jauh juga dari hotel ke Summer Palace, lebih kurang 45 minit menaiki subway.
The Summer Palace ni ada 2 pintu. Kami pilih pintu belakang, iaitu pintu yang terus ke Summer Palace yang berada di atas bukit. Boleh lihat dalam Naracards Beijing.
Inilah rupa Summer Palace. Ibu & anak-anak tinggal di bawah kerana nak sampai di sini kena naik tangga. Tak boleh bawa stroller. Tangganya tinggi pulak tu. Lepas tu kami berjalan menghala ke pintu satu lagi untuk keluar dari sini. Sepanjang perjalanan inilah beberapa gambar yang sempat diambil.
Cantik lorong ni nampak macam dalam movie.
Masa untuk makan malam. Dari pintu The Summer Palace kami berjalan kaki ke salah sebuah restoran halal berhampiran. Menu makan malam ini adalah ikan masak stim. Di China memang popular ikan Tongsan sisik kasar atau Kap rumput. Korang pernah makan ikan ni? Ikan ni memang sedap tau, isinya manis.
Tongsan kap rumput, gambar kenangan 2011 :)
Hari 6
Rezeki kami dapat hotel yang betul-betul menghadap CCTV Building. Buka je tingkap terus nampak ni.....
Hari ini merupakan hari terakhir kami di Beijing. Selepas siap-siap berkemas, kami letak barang-barang semua di Kaunter sebab check out awal. Dari hotel kami menggunakan App 'My China Taxi' untuk dapatkan teksi ke 'The Forbidden City'.
Pemandangan cantik sekitar Forbidden City.
Best kalau ada rumah macam ni. Buka tingkap terus boleh memancing.
Hari pun dah mula gelap. Sekali lagi kami guna Apps My China Taxi untuk pulang ke Hotel. Inilah gambar hotel kami - Zen Hotel. Dari Hotel, kami menaiki teksi ke Beijing Airport dan terus pulang ke Malaysia.
Itulah sedikit sebanyak kisah kami melancong ke Beijing, China. Di harapkan post ini dapat menjadi panduan untuk korang yang teringin nak bercuti di Beijing. Pada post yang akan datang, kami nak kongsikan kisah & pengalaman kami berhadapan dengan SCAM di Beijing. Selamat bercuti You Allz.
???