Tak cukup duit nak melancong? Ini 4 cara yang boleh merealisasikan impian anda untuk melancong

Di zaman yang sungguh mencabar ini ramai dah mula ada kesedaran nak buat lebih dari satu kerja untuk menambah pendapatan sedia ada. Suri rumah pula tak lupa untuk cari sesuatu yang boleh bantu si suami untuk menambah pendapatan isi rumah. Namun begitu, jika buat banyak kerja memerlukan masa dan tenaga lebih. Kerja tersebut pula perlu dilakukan di luar waktu pekerjaan utama.

Cara ini agak sukar dan memenatkan. Walaupun benar anda berjaya tambah pendapatan, tetapi masa yang sepatutnya anda luangkan bersama keluarga terpaksa dikorbankan. Berbaloi ke? Pastinya tidak! Ini bukan penyelesaian terbaik.

Anda perlu mencari sesuatu yang mudah dilakukan, tak mengambil masa yang lama, tak perlu keluar meninggalkan keluarga dan yang paling penting sekali adalah income PASIF. Pasif bermaksud income yang berterusan walaupun anda buat kerja tersebut pada peringkat awal sahaja.
Kerja apa tu? kerja yang hanya memerlukan internet sahaja. YA internet sahaja! Sesiapa pun boleh buat kerana sekarang ini setiap handphone dah ada kemudahan internet kan? Berikut merupakan beberapa kerja yang anda boleh lakukan sekarang juga untuk menambah pendapatan sedia ada:-

1. Blogging

Anda mempunyai minat atau hobi yang unik? Atau anda pakar dalam sesuatu bidang? Sebagai contoh - blog yang mengajar tentang masakan. Dengan berkongsi ilmu di blog, anda akan mendapat trafik dari golongan yang ingin belajar memasak, terutamanya golongan yang baru mendirikan rumah tangga.

Kemudian letak iklan seperti google ads atau anda boleh ambil upah paid review bagi sesuatu produk apabila pembaca blog atau followers anda semakin ramai. Iklan Google ads merupakan income pasif bagi blog anda dan bayaran akan diperolehi berdasarkan bilangan pembaca yang klik iklan di blog. Semakin ramai pembaca, semakin besar potenai bayaran yang akan diperolehi.

2. Youtube

Buat video mengenai hobi anda. Jika di blog, pendekatan yang diberikan hanya dalam bentuk penulisan dan gambar. Di Youtube anda boleh membuat video untuk menyampaikan mesej yang sukar disampaikan melalui penulisan. Dari video ini anda boleh mengumpul subscriber yang berkaitan dengan hobi anda dengan menggalakkan mereka supaya ‘subscribe’ di Youtube channel anda.

Apabila subscriber atau jumlah view video semakin banyak, anda boleh memasang iklan pada video dan mendapat bayaran dari Youtube sebagai pendapatan sampingan.

Ada seorang rakan kita yang memperoleh pendapatan 5 angka di Youtube dengan hanya berkongsi video apa yang dia masak setiap hari sahaja ! Ini juga merupakan income pasif dan tidak memerlukan masa dan tenaga yang banyak untuk melakukannya.

3. Jual Produk Orang (Dropshipper)

Sudah menjadi trend sekarang ini ramai yang menggunakan platform Lazada dan Shopee untuk berniaga Dropship. Apa yang menarik mengenai bisnes dropship ini adalah anda tidak memerlukan modal, tak perlu cipta produk sendiri dan tak perlu simpan barang.
Anda hanya perlu mencari pembekal sesuatu produk dan hanya mengiklankan produk tersebut di website jualan, kemudian terima bayaran dari pembeli. Dari bayaran yang diterima, buat pembelian pula dari pembekal produk dan produk akan dihantar kepada pelanggan anda secara terus tanpa mendedahkan identiti pembekal barang.

Namun tak semudah yang disangka. Anda perlu luangkan banyak masa untuk mengkaji produk yang mempunyai pasaran tinggi. Dropship juga terdedah kepada persaingan tinggi. Akan berlaku perang harga dan lama-kelamaan untung akan menjadi semakin kecil. Akibatnya anda perlu menjual dengan kuantiti yang banyak untuk mendapat keuntungan yang berbaloi.

Walaubagaimanapun, income dari dropship bukanlah income pasif kerana anda perlu berusaha untuk mencari pembeli produk tersebut setiap hari.

4. Promosi produk orang lain tanpa menjual (Program Affiliate)

Cara ini yang paling mudah, ringkas dan sesuai untuk semua yang baru nak bermula cari pendapatan sampingan. Program Affiliate tidak memerlukan modal, tidak perlu menjual, tidak perlu membina website, tidak perlu mengurus akaun aliran wang, tidak perlu khidmat pelanggan dan berisiko paling rendah.

Bagaimana program Affiliate  berfungsi? Anda cuma perlu mendaftar sebagai Agen Affiliate untuk sesuatu produk. Biasanya pendaftaran program Affiliate adalah percuma. Setelah mendaftar, satu link khas atau Affiliate ID akan dicipta untuk anda.

Anda hanya perlu berkongsi link Affiliate tersebut dengan keluarga, rakan di sosial media atau sesiapa sahaja yang memerlukan produk tersebut. Biasanya anda akan dibayar mengikut persen % dari jumlah jualan yang terhasil.

Dengan link Affiliate, ID anda akan direkodkan dalam cookies komputer orang yang klik link tersebut. Jika berlaku pembelian, secara automatik sistem akan mengesan pembelian tersebut dari ID anda dan komisen akan direkodkan setelah transaksi berjaya. Customer service? Product support? Tak perlu risau kerana pemilik produk yang akan lakukan semua itu.

Bagaimana program Affiliate boleh menjadi income pasif? Apabila link Affiliate tersebut diletakkan di platform yang selalu dikunjungi orang ramai seperti di blog atau Facebook group yang berkaitan dengan produk tersebut.

Sebagai contoh, produk Naracards.com menyediakan program Affiliate bagi produk yang membantu orang ramai melancong ke Korea dan Jepun. Anda boleh meletakkan link Affiliate di Facebook group yang berkaitan dengan Korea seperti group 'Road to Korea' atau sebarang group tips percutian.


Jika anda seorang kaki melancong, anda boleh mengambil kesempatan untuk promosi link Affiliate Naracards setiap kali anda berkongsi pengalaman melancong anda dengan rakan-rakan atau di blog anda sendiri.

Pembaca yang datang setiap hari untuk mendapatkan info melancong di blog anda mempunyai potensi besar untuk klik link Affiliate. Anda boleh menulis artikel tentang tips-tips melancong ke Korea berdasarkan pengalaman sendiri dan cadangkan penggunaan Naracards menggunakan link Affiliate anda di bahagian penutup.

Jika mereka sukakan tips tersebut, pasti mereka akan ‘share’ di facebook mereka dan secara tak langsung link Affiliate anda turut dikongsikan bersama. Jadi, semakin ramai orang share, semakin besar potensi klik link Affiliate anda, semakin besar juga potensi pembelian produk walaupun anda tidak melakukan apa-apa selepas itu.

Anda cuma ‘recommend’ dan bawa mereka ke laman web Naracards menggunakan link Affiliate anda sahaja, yang lain empunya produk yang akan uruskan. 

Jadi, boleh faham mengenai konsep Affiliate? Begitulah sedikit sebanyak mengenai program Affiliate. Program Affiliate sangat sesuai untuk anda yang baru nak cuba cari pendapatan tambahan secara online dan income pasif.

Diharapkan dengan perkongsian ringkas ini dapat membantu anda menjana pendapatan sampingan secara online dan pasif. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Semua yang besar bermula dari usaha yang kecil. Yang penting matlamat utama adalah menambah pendapatan sedia ada tanpa mengabaikan tanggungjawab anda yang lain.

Last sekali, barulah anda pergi melancong dengan income pasif yang anda jana setiap bulan.

Nota: Perkongsian ini dari Naracards, travel independently. Maklumat lanjut mengenai Naracards sila layari www.naracards.com