Pada post kali ini kami ingin berkongsi tips bagaimana melancong ke Busan menggunakan subway.
Bagi pengguna iPhone dan Android, terdapat applikasi handphone Subway Station di Korea. Applikasi ini boleh digunakan di bandar-bandar yang menyediakan kemudahan Subway seperti Busan, Seoul, Daejon, Daegu dan Gwangju. Anda boleh download Apps ini sebelum datang ke Korea.
Subway Line 1 (Berwarna Oren)
1. Nampo Station 남포역
Tempat yang boleh dilawati:
2. Toseong Station 토성역
Gamcheon Cultural Village 감천문화마을:
3. Beomosa Station 범어사역
Beomosa Temple범어사:
Kembali ke Station Subway:
Subway Line 2 (Berwarna Hijau)
1. GyeongSeong University Bukyeong University Station 경성대부경대역
Tempat yang boleh dilawati:
Oryukdo Skywalk 오륙도 스카이워크
Igidae Park 이기대 도시자연공원
Dongbaek Park 동백공원 dan Nurimaru Apec House 누리마루 APEC 하우스
4. Haeundae Station 해운대역
Haeundae Beach 해운대해수육장 dan Busan Aquarium 부산아쿠아리움
Bagi pengguna iPhone dan Android, terdapat applikasi handphone Subway Station di Korea. Applikasi ini boleh digunakan di bandar-bandar yang menyediakan kemudahan Subway seperti Busan, Seoul, Daejon, Daegu dan Gwangju. Anda boleh download Apps ini sebelum datang ke Korea.
Subway Line 1 (Berwarna Oren)
1. Nampo Station 남포역
Tempat yang boleh dilawati:
- GwangBok Fashion Street 광복동패션거리: keluar di Exit 7 atau exit 5(elevator) atau exit 3 atau exit 1
- Yongdusan Park & Busan Tower 용두산공원: Elevator untuk naik ke Yongdusan Park berada di tengah-tengah GwangBok Fashion Street.
- Jagalchi Market 자갈치시장: Berjalan kaki dari Nampo-Dong ke arah selatan (menghala laut). Juga boleh menaiki subway sehingga ke station Jagalchi dan turun di exit 8 atau exit 10. Station Jagalchi terletak 1 station selepas Nampo Station.
Aktiviti kegemaran hujung minggu pada musim winter
iaitu menikmati Odeng오뎅 dan Tteokbokki떡볶이 di Nampodong ;)
Gamcheon Cultural Village 감천문화마을:
- Keluar exit 8 jalan terus kehadapatan sejauh 100 meter.
- Anda boleh lihat stesen bas di seberang jalan. lihat gambar di bawah untuk kepastian
- Naik bas bernombor: 2 atau 1-1 atau 2-2 Tambang bas sekitar 1,200 KRW
Menggunakan teksi dari subway Toseong Station. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 감천문화마을 = Gam Cheon Mun Hwa Ma Eul. Tambang teksi sekitar 3,000 KRW
Station bas untuk ke Gamcheon Cultural Village
Bangunan bertentangan dengan station bas
Kembali ke station subway:
- Gunakan bas yang sama yang digunakan untuk ke Gamcheon Cultrural village. Iaitu bas bernombor 2 atau 1-1 atau 2-2.
Menggunakan teksi dari Gamcheon Cultural Village ke subway Toseong Station. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 토성역 = Toseong Yeok. Tambang teksi sekitar 3,000 KRW.
3. Beomosa Station 범어사역
Beomosa Temple범어사:
- Keluar exit 5 atau 7. Keluar sahaja dari tangga terus jalan ke arah belakang sehingga jumpa lorong kecil.
- Jalan terus sepanjang lorong kecil sekitar 150 meter sehingga stesen bas Samsin 삼신교통 di sebelah kiri anda.
- Ambil bas bernombor 90. Harga tiket ialah 1,200 KRW. Masa perjalanan ialah 20 minit ke Beomosa Temple.
- Bas akan berhenti di hadapan Beomosa Temple.
Menggunakan teksi dari subway Beomosa Station. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 범어사입구 = Beomosa ibgu. Tambang teksi sekitar 4,000 KRW.
Kembali ke Station Subway:
- Naik bas di station yang anda turun tadi. Bas yang sama bernombor 90. Tambang bas 1,200 KRW turun di station yang ke-4 (station terakhir).
- Turun dari bas, jalan kaki ke hadapan mengikut arah laluan bas sehingga anda jumpa roundabout, dan ambil kanan (roundabout pukul-tiga) jalan kehadapan sehingga jumpa station subway. Jumlah perjalanan sejauh 600 meter dan mengambil masa 10 minit.
Menggunakan teksi dari Beomosa Temple ke Beomosa Station. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 범어사역 = Beomosa Yeok. Tambang teksi sekitar 4,000 KRW.
1. GyeongSeong University Bukyeong University Station 경성대부경대역
Tempat yang boleh dilawati:
Oryukdo Skywalk 오륙도 스카이워크
- Keluar di Exit 2 dan jalan terus 100 meter ke hadapan sehingga sampai di bus station
- Naik bas bernombor 131. Masa perjalanan ialah 25 minit (turun di station yang ke-14) dan tambang bas ialah 1,200 KRW.
- Setelah sampai berjalan sejauh 275 meter untuk sampai ke Oryukdo Skywalk
Menggunakan teksi dari Gyeongseong University Bukyeong University Station ke Oryukdo Skywalk. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 오륙도 스카이워크 = Oryukdo Sky Walk. Tambang teksi sekitar 6,500 ke 8,000 KRW.
Kembali ke Station Subway:
- Untuk kembali ke stesen subway, pergi ke station bus tempat anda turun tadi dan ambil bas nombor 131 atau 27. Turun di station yang ke-12 iaitu di pintu hadapan universiti.
- Jalan kaki 250 meter untuk ke station subway.
Menggunakan teksi dari Oryukdo Skywalk ke Subway GyeongSeong University. Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 경성대부경대역 = Kyung Sung Dae Pukyong Dae Yeok. Tambang teksi sekitar 6,500 ke 8,000 KRW.
Igidae Park 이기대 도시자연공원
- Untuk ke Igidae Park agak jauh berjalan dari station bas ke pintu masuk. Saya cadangkan untuk menggunakan teksi untuk ke sini.
- Tunjuk kepada pemandu teksi 이기대 도시자연공원 = Igidae Dosi Jayeon Gong Won. Tambang teksi sekitar 4,500 ke 5,000 KRW.
- Untuk kembali ke station subway Tunjukkan perkataan ini kepada pemandu Teksi 경성대부경대역 = Kyung Sung Dae Pukyong Dae Yeok
Selfie yang berbackground Gwangan Bridge di Gwanganli Beach
2. Gwangan Station 광안역
Gwanganli Beach 광안리해수욕장
3. Dongbaek Station 동백역Gwanganli Beach 광안리해수욕장
- Keluar Exit 5. Jalan menghala ke Pantai sejauh 800 meter. Saya cadangkan untuk menaiki teksi ke pantai kerana jaraknya agak jauh. Tambang sekitar 3,000 KRW.
Bersantai bersama keluarga di Dongbaek Park pada musim summer
Dongbaek Park 동백공원 dan Nurimaru Apec House 누리마루 APEC 하우스
- Keluar di Exit 1 atau Exit 3.
- Ambil teksi ke Dongbaek Park kerana ia terletak 1 Km dari subway station. Tunjuk kepada pemandu teksi 동백공원 = Dong Baek Gong Won. Tambang teksi cuma 2,800 KRW.
- Nurimaru Apec House terletak bersebelahan dengan Dongbaek Park.
- Untuk kembali ke subway station. Tunjuk kepada pemandu teksi 동백역= Dong Baek Yeok.
Gambar yang sempat diambil ketika menghadiri seminar di sebuah hotel di Haeundae :)
4. Haeundae Station 해운대역
- Keluar di Exit 5 atau Exit 3. Jalan terus kehadapan sehingga sampai ke pantai. Anda akan sampai di Haeundae Beach.
- Busan Aquarium terletak di kawasan berhampiran sahaja.
Seomyeon First Street 서면1번가
- Jika anda menggunakan Subway Line 1 keluar di Exit 3, dan jika menggunakan subway Line 2 keluar di exit 5.
- Jalan kehadapan sekitar 350 meter dan anda telah sampai ke Seomyeon Art Street.
Bergambar sebelum menjamu selera di Sikdang 120 식당120 Buffet Restaurant di
Busan Cinema. Makanan seafood di sini memang terbaik.
Shinsegae Centum City 신세계 센텀시티
- Keluar di Exit 10 atau Exit 12 dan Shinsegae Centum City bersebelahan sahaja.
Jika anda bercadang untuk melawat bandar Busan, download contoh itinerary penuh melancong ke bandar Busan dibawah ini sebagai panduan.
Travel ke bandar Busan hanya menggunakan public transport dengan bantuan Naracards Busan Travel Guide. KAD panduan ini sangat sesuai bagi backpacker atau pertama kali ke Busan. Layari www.Naracards.com untuk maklumat lanjut.
36 comments:
hi..
thank you.entry ini sangat membantu..insyallah next monday 21-25 march saya akan bercuti ke busan..bandar ulsan tu mcm menarik..kalau i spent 1 day balik hari sempat tak?
Hi Ajwedding. Saya rasa 1 day pun cukup untuk ke 3 destinasi. Saya cadangkan untuk 1 day trip Daewangam, Tehwagang Grand Park, Whale museum. Transportation by taxi.
ohh tq for reply..sebab tgk taman2 bunga situ cantik & whale museum tu sgt menarik =)
hotel ape yang bajet dekat busan ye?? yang startegik :)
Untuk bajet, prefer motel atau hostel. Kawasan Sasang, Seomyeon, atau Haeundae. Harga sekitar 25,000KRW ke 60,000KRW
entri menarik dan sgt2 mmbantu. saya akan ke busan julai akan datang, jadi ada beberapa pertanyaan
1. kalau buat day trip ke Daewangam, Tehwagang Grand Park, Whale museum, agak2 sempat tak nak balik semula ke busan pada hari yang sama.
2. untuk tiga tempat ni, boleh tak cadangkan susunan lawatan.
Selamat datang ke Ulsan nanti. Kalau untuk daytrip pada pendapat saya Taehwagang Park dan daewangam sahaja yang sempat.
Assalamualaikum. Maaf sebab tiba-tiba saya ingin bertanya beberapa soalan. Saya akan bercuti ke Korea dan akan berada di Busan untuk dua hari, dan setakat ini saya hanya menjumpai tempat Gamcheon Culture Village untuk dilawati. Ada sebarang cadangan daripada encik tempat apakah lagi yang boleh saya pergi?
Waalaikumussalam. Saya cadangkan pergi ke busan tower, nampo dong, haeundai beach dan oryukdo skywalk
Assalamualaikum, saya akan ke korea pada bulan Februari 2017. Kami akan menginap di area Samyeon station. Daripada sana, apa cdgn tempat untuk dilawati sbb kami hanya berada di Busan untuk sehari shj. Terima kasih.
Waalaikumussalam,
Samyeon station merupakan tempat pertukaran 2 station utama iaitu line no 1 (line warna oren) dan line no 2 (warna hijau).
Cadangan saya boleh pilih salah satu atau pegi kedua-duanya sekali,
Untuk line oren; station nampodong
Untuk line hijau; station haeundae
Assalamualaikum..
Info yg menarik dan sgt membantu...terima Kasih 😊
hai asslamualaikum , untuk kemudahan internet dan membuat panggilan , sis pakai apa ya simkad kat sana dan cara nak dapatkan di mana ya ??
Waalaikumussalam,
Boleh sewa mini pocket wifi atau simkad internet. Dapatkan di Kaunter di pintu keluar balai ketibaan Gimhae Airport. Provider Paling murah biasanya LGU+. Kalau nak coverage besar sikit boleh guna SK telecom atau olleh
Nak tanya... tempt mn yg sesuai pegi time winter? Lg satu.. ada specific kdai x nk mkn seafood kt jagalchi market? Yg odengg tu mkn kat mn?
Time winter kalau dari busan paling dekat ialah Ski dekat Yangsan. Dekat jagalchi saya xde specific kedai makan. Selalu saya makan je dimana2 kedai ikan bakar, mentah atau seafood. Yang odeng tu ada banyak dekat street stall nampodong, memang situ banyak jual odeng dan heottok. Kalau x sure yang mana, cuba cari dekat street yamg betul2 depan pintu gerbang jagalchi market (seberang jalan). Area situ ada gerai kebab dan masakan indonesia sekali.
Assalam.saya stay di area jung-gu.. dan akan berada 2 hari di busan.mana tempt yg awak blh cadangkan dan saya kurang jelas, yg didalam box menaiki taxi tu adalah alternatif lain@ memang kena ikut.
Salam Aisyah z,
Kalau area junggu dekat dengan nampodong dan jagalchi. Boleh juga pergi gamcheon culture village.
Yg dalam box tu alternatif kalau nak ikut step naik bas tu susah bagi awak. Kalau mudah, boleh naik bas sebab harga tambang pun murah
Assalamualaikum Encik Saiful. Encik kerja di Ulsan ke? Saya kerja di Ulsan tepatnya di Hyundai Heavy Industry.
Salam ramadan.
Ya betul. Saya pun di hhi. Tapi sekarang dah balik. Kalau tanya orang2 Ulsan insyaAllah kenal saya
Owh yeke dah balik. Saya di Ulsan Since 2015. In Sha Allah 2018 balik Malaysia. Minggu depan saya plan nak bercuti di Busan selama 3 hari dan seterusnya ke Seoul. Kalau dari Busan ke Seoul, antara naik flight, Bus, atau KTX yang mana lebih baik dan bajet lebih rendah?
Untuk travel malam, guna bas atau mugunghwa. Kalau siang saya prefer ktx
hai.. sy akanke busan 8-12mac 2017 dan stay di angle hotel.. kemana sy patt pergi dulu yg berdekatan? n mana lg seng naik bas or teksi?
@Nor Saera
Boleh tahu angle hotel area mana? Berapa orang yg akan pergi?
assalamualaikum,
saya nak tanya..kalo 1 day trip to busan, boleh cover what place? any suggestion? kite org will take KTX from seoul station to busan 1st train..and balik ke seoul probably malam. saya dan adik perempuan saya akan ke sana on april 2017
Kalau 1 hari tempat yg dekat2 bleh cover,
1. Busan tower
2. Nampodong & jagalchi
3. Gamcheon cultural village
Atau ...
1. Haeundae beach
2. Dongbaek island
3. Shinsegae
Atau...
Cover 1 tempat je Kalau nak tengok bunga sakura kat jinhae
asalamualaikum
nk tnya...
klu area k motel busan...ada tk cdgn tmpt2 yg terdekat n senang untuk dilawati?
assalam.. saya nak tnye.. saya pergi 4 hari ke busan dan seoul tidak termasuk tiket flight dan hotel..berapa modal nk tukar ngn duit sane dengan currency skg neh yg jimat sb saya dalam bajet rendah
@Nailah,
Area K motel dekat dengan area nampodong, busan tower, jagalchi, gamcheon culture village
@Idris
Boleh email saya itinerary? Saya boleh estimate budget
Boleh saya tahu, di Busan, dimana boleh dapatkan tmoney sebaik sahaja turun di airport?
Di balai ketibaan dalam airport ade kedai serbaneka. Boleh beli di situ
Assalamualaikum En.Saiful. Saya Athirah. Nak tanya, Kalau utk 3 hari trip ke Busan, boleh kemana je ye? sy dah buntu nak buat itinerary.
@ Athirah
Waalaikumussalam. Kat Busan ada banyak tempat boleh pegi. Boleh email saya, InsyaAllah saya bantu
Asslamualaikum En Saiful. Saya Shuhada. Nak tanya, kami akan tiba di Busan aiport pada awal 9 pagi. Tak plan lagi nak stay di mana. Kami akan ke Jeju petang esoknya. Boleh suggestkan area mana yg kami boleh stay, untuk cover beberapa tempat menarik di Busan tak encik? TQ.
Waalaikumussalam Shuhada,
Awak boleh pertimbangkan kawasan sasang atau seomyeon. mudah ke Busan airport untuk ke Jeju.
Assalamualaikum En Saiful..
Saya akan ke Seoul pd 17hb jan 2018 sehinggah 24hb. Plan smpi seoul trs nak ke Busan menaiki train pd pagi 18hb tu dan berada di Busan smpi 20/21hb. Kat mana tmpt yg Best utk sy lawati spnjang dua hr kat Busan dan kenderaan awam yg mana lebih murah dan senang digunakan.
Post a Comment