Belajar Tulisan Korea (Hangeul) Dalam Masa 3 Hari - Hari 1


Pada post kali ini kami nak share bagaimana membaca tulisan Korea (hangeul) dalam masa 3 hari. Wow 3 hari je? Ya kerana huruf yang digunakan dalam tulisan korea cuma 27 huruf sahaja. Pada hari pertama, kita akan kenali huruf konsonan diikuti hari kedua huruf vokal. Hari ketiga pula belajar menyusun huruf supaya menjadi perkataan.

Menulis dan membaca adalah mudah. Berbeza dengan bertutur dan memahami bahasa korea. Kalau nak speaking korea perlukan vocab yang banyak dan latihan yang berterusan. Apapun, tujuan mempelajari tulisan korea dapat membantu korang menghadapati situasi seperti di bawah:
  • Apabila nak guna Apps Google Translate, korang boleh taip dengan mudah perkataan bahasa Korea untuk terjemahan
  • Ketika di restoran-restoran. Sekurang-kurangnya korang tahu membaca menu, walaupun tak semua korang faham. Belajar beberapa perkataan seperti ikan, daging, babi, seafood dan perkataan penting yang lain.
  • Ketika memandu, senang korang nak tengok signboard.
  • Menggunakan Naver Maps
Dah siap sedia? Ambil pen dan kertas. Jom kita mulakan dengan huruf Konsonan seperti di bawah:

Huruf Konsonant Hangeul

- B (cara sebutan: Bola)
- J (cara sebutan: Jambu)
- D (cara sebutan: Dodol )
- K atau G (cara sebutan: Kebab atau Gemuk)
- S (cara sebutan: Saya atau Shikin)
- M (cara sebutan: Makan)
- N (cara sebutan: Naga)
- NG atau tiada bunyi (cara sebutan: abaNG.Note: Jika di hadapan perkataan, tiada bunyi)
- R atau L (bunyi: Raga atau Lapar)
- H (cara sebutan: Harga)
- K (cara sebutan: Ketawa)
- T (cara sebutan: Taman)
- CH (cara sebutan: CHinese)
- P (cara sebutan: Padang)

Konsonan kembar
ㅃ - BB (cara sebutan: Buku)
ㅉ - JJ (cara sebutan: Jual)
ㄸ - DD (cara sebutan: Dadu)
ㄲ - KK (cara sebutan: Kebab)
ㅆ - SS (cara sebutan: Saya)

Dari huruf konsonan di atas cuba kenali huruf konsonant dalam beberapa perkataan dibawah. Perhatikan huruf konsonant sahaja. Abaikan huruf-huruf lain selain huruf yang disenaraikan di atas.

안녕하세요 - An-nyeong-ha-se-yo

Huruf konsonant yang terdapat pada perkataan di atas ialah: ㅇ,ㄴ,ㄴ,ㅇ,ㅎ,ㅅ,ㅇ

Perhatikan gambar diatas untuk kenal pasti huruf konsonant

감사합니다 - Kam-sa-hab-ni-da

Huruf konsonant yang terdapat pada perkataan diatas ialah: ㄱ,ㅁ,ㅅ,ㅎ,ㅂ,ㄴ,ㄷ


반감습니다 - Ban-gab-seub-ni-da

Huruf konsonant yang terdapat pada perkataan diatas ialah: ㅂ,ㄴ,ㄱ,ㅂ,ㅅ,ㅂ,ㄴ,ㄷ

부산 - Bu-san

Huruf konsonant yang terdapat pada perkataan diatas ialah: ㅂ,ㅅ,ㄴ
Macamana? dah boleh ingat huruf konsonan Hangeul? Kalau belum, keep training. Kena tulis banyak kali dan ulang. 

Kalau dah boleh kenal huruf konsonan, boleh lihat huruf-huruf vokal pula. Klik: Belajar Tulisan Korea hari ke-2

Jika anda ingin travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, anda boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu anda melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com

Percutian di Jepun: Melancong Bandar Osaka, Kobe dan Ikoma Selama 6 Hari 5 Malam dengan Budget RM1500


Pada post kali ini saya ingin berkongsi mengenai percutian ke bandar Osaka, Jepun pada musim panas. Ini merupakan kali ke-2 saya ke Jepun. Kali pertama saya ke Yokohama diatas urusan kerja, kali ini ke Osaka bercuti pula. Oleh kerana Jepun terletak hanya bersebelahan dengan Korea sahaja, saya mengambil kesempatan ini untuk menghabiskan cuti musim panas saya untuk melancong ke Jepun. Osaka merupakan bandar ke-2 terbesar di Jepun selepas Tokyo.



Ringkasan dari percutian ini:

  • 4 orang traveller iaitu saya, isteri, ibu mertua dan anak perempuan berumur 1 tahun. Kami menggunakan baby carrier dan stroller ketika di osaka.
  • Kos RM 1500 tidak termasuk tiket penerbangan. Kami berlepas dari Lapangan Terbang Gimhae Busan, Korea ke Osaka menggunakan penerbangan 'Peach Flight'.
  • Melancong ke 22 Destinasi di sekitar Osaka, Kobe dan Ikoma.
  • Menggunakan subway, train dan bas sepenuhnya ketika lawatan 
  • Budget makan setiap hari 2000 Yen untuk seorang 
  • Menetap di Apartment yang di tempah menggunakan Airbnb
  • Menggunakan 2 pass lawatan sepanjang percutian. Jimat sekitar 18% daripada kos sebenar jika tidak menggunakan Pass. 
Persedian sebelum ke Osaka

Saya melakukan research dari bacaan beberapa blog mereka yang pernah bercuti ke Osaka, meminta nasihat rakan-rakan dan menggunakan google maps untuk meracang itinerary.  Untuk penjelasan lebih terperinci, berikut ialah beberapa persediaan yang saya lakukan;

  • Study maps Osaka dan Maps subway dan Metro. Terdapat banyak jenis Train di Osaka antaranya Subway, Hankai, Hankyu, Hanshin, JR, Keihan, Nankai, Semboku, Monorail dan Kintetsu. Namun, trip saya hanya menggunakan JR, Kintetsu dan subway sahaja. Download Apps train di Osaka jika anda menggunakan smartphone.
  • Plan tempat menarik untuk dilawati selama 6 hari berserta kos-kos yang terlibat
  • Tempah penerbangan dan tempat tinggal seawal 6 bulan. Pastikan tempat tinggal berhampiran dengan station subway atau metro.
  • Kajian mengenai pass lawatan yang boleh menjimatkan kos. Anda boleh lihat pass lawatan yang saya gunakan ketika melancong ke Osaka 
  • Beli Prepaid LTE Simkad (untuk data internet sahaja) untuk kegunaan internet semasa di Osaka. Data ini penting untuk saya menggunakan Google Maps dan juga Apps di Jepun. Data simkad ini boleh dibeli semasa di dalam flight atau semasa di Kansai Airport. 


Kintetsu Train

Makanan 

Osaka merupakan bandar yang mesra Muslim (berbanding Korea). Di Kansai International Airport terdapat surau dan beberapa restoran halal dan tidak menjual daging babi. Terdapat juga beberapa masjid dan surau di sekitar bandar Osaka dan juga restoran Halal yang saya akan kongsikan pada bahagian seterusnya.


Onigiri yang boleh dibeli di 7 Eleven dan kedai serbaneka

Untuk makan tengahari, kami masak sendiri pada awal pagi sebelum keluar dan bawa sebagai bekalan makanan. Kami cuma makan malam seperti sushi dan makanan laut sahaja. Di setiap kedai serbaneka seperti 7eleven, kami akan beli makanan tambahan seperti nasi pulut (onigiri) tuna atau sotong. Air minuman di Osaka cuma 100 Yen untuk satu botol besar bersaiz 2 Liter. Oleh kerana musim panas, kami sentiasa pastikan badan kami tidak kekurangan air untuk elakkan dari sakit ketika di sana.

Hotel/Guesthouse

Untuk penempatan, bagi anda yang masih bujang atau travel bersendirian, mencari guesthouse atau hostel sangat mudah dan jimat. Harga penginapan akan jadi mahal pada waktu peak season atau ketika festival tertentu. Kami memilih untuk menetap di sebuah guesthouse di Ikoma, bersebelahan station keretapi Kintetsu, iaitu station 'Ikoma'. Tempah menggunakan laman web Airbnb


 Osaka Kaiyukan Pass

Osaka Amazing Pass

Pass Lawatan di Osaka

Bukan mudah untuk membuat keputusan pass lawatan apa yang sesuai untuk dibeli, melainkan anda telah merancang itinerary dengan baik. Jika tidak, anda akan rugi kerana kos Pass lawatan tidaklah murah jika anda hanya pergi ke beberapa destinasi sahaja. 

Untuk Pass lawatan kami menggunakan Osaka Amazing Pass (1 day 2300yen, 2 days 3000yen) untuk digunakan pada hari ke-2 dan ke-3. Pass ini membolehkan kami menggunakan kemudahan subway secara unlimited untuk melawat tempat-tempat menarik di Osaka. Pass ini sah untuk 2 hari berturut-turut sahaja.


Satu lagi pass yang kami gunakan ialah Osaka Kaiyukan Pass (1 day 2400yen) - digunakan pada hari ke-5. Pass ini digunakan untuk ke Osaka Kaiyukan Aquarium dan juga bonus, dapat menggunakan kemudahan Subway secara unlimited pada hari yang sama juga.


Aturcara Perjalanan


Perjalanan saya bermula dari Gimhae International Airport di Korea ke Osaka Kansai International Airport. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Ibu kami bertolak dari KLIA2 dan mengambil masa selama 6 jam untuk sampai ke Kansai International Airport.



Penerbangan Peach Flight dari Korea ke Jepun

Osaka Kansai Airport merupakan Lapangan Terbang utama Osaka. Lapangan terbang ini terletak agak jauh dari Bandar Osaka. Apa yang menarik lapangan terbang ini terletak di tengah-tengah laut dan disambungkan dengan jambatan panjang untuk laluan kenderaan dan juga keretapi.


Pemandangan jambatan yang menyambungkan Kansai Airport

Dari Airport ke Bandar Osaka, terdapat 2 jenis perkhidmatan keretapi iaitu JR Line dan Nankai Line. Kami memilih JR kerana lokasi penginapan saya berdekatan dengan station JR iaitu station Tsuruhashi. Harga tiket JR ialah 970 Yen ke Tsuruhashi.  

Berikut ialah itinerary lawatan saya selama 6 hari 5 malam di bandar Osaka, Kobe dan Ikoma. Walaupun tidak semua tempat yang dirancang dapat dikunjungi, namun kami tetap berpuas hati dengan percutian ini dan semoga diberikan kesempatan untuk ke sini semula satu hari nanti.




Hari pertama

Bertolak dari Busan Airport dan tiba di Terminal 2 Kansai Airport. Kami ke Terminal 1 untuk menjemput ibu kami yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Bas percuma disediakan untuk ke Terminal 1. Di sini, kami membeli Osaka Amazing Pass di kaunter Tourist Information Center. Anda perlu tunjuk passport kerana hanya dibenarkan untuk membeli kuantiti passport yang ada sahaja.  



Kaunter Tourist Information Center

Seterusnya saya ke kedai serbaneka berdekatan untuk menebus data Simkad yang dibeli ketika di dalam flight. Kami meneruskan perjalanan yang agak jauh untuk ke apartment kami yang terletak di Ikoma. Untuk hari pertama, tiada aktiviti pada memandangkan ketika kami tiba di Apartment hari sudah agak lewat. Kami cuma berehat dan bersedia untuk aktiviti hari esok.



Prepaid LTE Sim mobile Data yang digunakan semasa berada di Osaka


Hari ke-2


Menggunakan Osaka Amazing Pass melawat ke tempat berikut:


1. Tsutenkaku Tower



Credit to Naracards Japan

Tsutenkaku Tower ialah observation tower untuk melihat bandar sekitar. Sepanjang perjalanan ke menara ini terdapat deretan kedai menjual barang cenderahati dan produk makanan.


Pemandangan dari Observation deck


2. Tennoji Park



Credit to Naracards Japan

Tennoji Park terletak berhampiran dengan Tsukenkaku Tower. Kami hanya berjalan kaki untuk ke sini sambil melalui banyak kedai-kedai souvenir. Di Tennoji Park ada Tennoji Zoo. Kami hanya berehat sebentar sebentar di Tennoji Park sambil menikmati pemandangan di sini. 




Pemandangan sekitar Tennoji Park

Pintu masuk ke Tennoji Zoo


3. Hep-Five Ferris Wheel







Apa yang menarik Hep 5 Ferris Wheel terletak di atas bangunan shopping mall. Ianya seakan-akan Ferris Wheel di Bandar Ulsan Korea di Lotte Young Plaza. Setelah selesai menikmati pemandangan dari atas Hep5 Ferris Wheel, kami berhenti untuk menunaikan solat di dalam bangunan ini dan ke destinasi seterusnya.


4. Umeda Sky Floating Garden


Untuk ke Umeda Sky Floating Garden kami hanya berjalan kaki dari Hep5. Jaraknya agak jauh sekitar hampir 700 meter. Jalan ke sini agak keliru sedikit kerana anda perlu melalui terowong bawah tanah. 

















Ber-wefie dibawah Sky Floating Garden



5. Osaka Castle Museum



Credit to Naracards Japan

Untuk ke Osaka Castle kami berjalan kaki agak jauh sekitar 800 meter dari stesen subway. Namun, kami cekalkan hati juga kerana tak sabar nak lihat Osaka Castle dengan mata sendiri.











6. Hard Rock Cafe Osaka


Kami memang suka mengumpul koleksi baju Hard Rock Cafe di setiap destinasi yang kami pergi. Kali ini, kami sempat singgah sebentar di Hard Rock Osaka untuk membeli T-shirt dan cenderamata yang lain. Ia terletak cuma 3 minit berjalan kaki dari station subway Honmachi (Chuo Line). Ada 2 Hard Rock di Osaka, satu lagi terletak berhampiran pintu masuk Universal Studio Osaka.





7. Tombori River Cruise 


Hari semakin gelap dan kami ke Dotonbori untuk melihat suasana malam di sepanjang sungai dengan menaiki cruise. Sambil menunggu giliran tiba, kami menikamati Sushi di Daikaisuisan Sushi terlebih dahulu. Di sini diberikan diskaun 10% jika menggunakan Osaka Amazing Pass. 



Credit to Naracards Japan

Sushi disini sangat sedap, memang berbeza walaupun anda ambil sushi yang biasa-biasa (bukan gred A) rasanya dah setanding Rakuzen jika di Malaysia. 


Total kos makan malam kami ialah 2000 Yen untuk 3 orang :) Dotonbori terkenal sebagai food street, dimana terdapat pelbagai jenis makanan Jepun di sepanjang jalan di sini. Ia terletak bersebelahan dengan Shinsaibashi Street.









 Tombori River Cruise

Hari ke-3


Ini ialah hari terakhir untuk menggunakan Osaka Amazing Pass. Jadi kami akan menggunakan sebaik mungkin agar trip kami menjadi lebih berbaloi. Kami keluar agak awal pada hari ini walaupun penat semalam masih belum hilang.


1. Capten Line Cruise


Untuk hari ini semua destinasi kami adalah sekitar Osaka Bay Area. Aktiviti pertama ialah menaiki Cruise Capt. Line untuk ke Universal City.



















2. Universal Studio dan Takoyaki Museum


Universal Studio Osaka terletak di Universal City. Kami tidak bercadang untuk masuk ke Universal Studio kerana masa dan keadaan tidak mengizinkan. Cuma bergambar sahaja di hadapan Universal Studio. Di sini kami ke Takoyaki Museum untuk menikmati Takoyaki dan singgah di Hard Rock Cafe.














3. Cruise Ship Santa Maria

Dari Universal City kembali semula ke Osaka Bay area dengan menaiki Captain Line. Kemudian menaiki Cruise Santa Maria untuk menikmati pemandangan laut dan pelabuhan di sepanjang Osaka Bay. Apa yang menarik ialah design kapal ini yang klasik. Dalam kapal ini ada restoran untuk orang rehat dan makan sambil menikmati permandangan.























4. Tempozan Ferris Wheel


Terletak berhampiran dengan Osaka Kaiyukan Aquarium. Merupakan antara Ferris Wheel yang terbesar di dunia. Jika berani lebih boleh duduk di dalam kabin lutsinar.









5. Osaka Perfectural Government Building 


Destinasi seterusnya ialah Government Building Observatory. Ada apa kat sini? Tempat menyaksikan sunset dan pemandangan cantik Osaka Bay pada waktu malam dari atas bangunan ini. Untuk sampai ke sini perlu menaiki subway yang akan melalui bawah dasar laut. 











Hari ke-4


Kami menggunakan train JR untuk ke bandar bersebelahan iaitu bandar Kobe. Perjalanan mengambil masa 1 jam dari bandar Osaka.


Kami tidak menggunakan JR Wess Pass memandangkan kosnya yang mahal. JR West Pass untuk 1 hari ialah 2300 Yen. Tiket pergi dan balik menggunakan harga biasa lebih murah dari menggunakan JR West Pass. Sekiranya anda ingin menggunakan JR West Pass untuk menjimatkan kos pastikan harga tiket JR anda melebihi harga pass. Sebagai contoh, anda dari Kansai Airport dan ingin ke Kobe dan Kyoto pada hari yang sama, jadi sesuai untuk menggunakan JR West Pass.
Di stesen JR kobe kami berjalan kaki sejauh 700m untuk ke stesen bas Kobe City Loop. Ia terletak bersebelahan dengab bangunan 'MOSAIC'.


Kobe Station JR Line

Tambang bas Kobe City Loop adalah 550 yen untuk 1 day pass. Bas boleh digunakan secara unlimited. Bas ini sentiasa berjalan mengikut route dan kekerapan bas ini adalah setiap 30 minit. Jadual kedatangan bas ada di setiap stesen berhenti.



Bas Kobe City Loop 
Di Jepun, menaiki bas di pintu belakang dan keluar di pintu hadapan. Cara yang terbalik jika anda berada di Korea
Menggunakan bas Kobe City Loop kami melawat tempat-tempat berikut:

1. Masjid kobe


Hari ini ialah hari Jumaat. Saya berkesempatan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kobe dengan berkhutbahkan khutbah dalam bahasa Jepun. Selesai solat jumaat kami ke destinasi seterusnya iaitu Kitano Ijinkan.







2. Kitano Ijinkan


Terletak tidak jauh dari Masjid Kobe. Lorong ini kelihatan seolah-olah berada di Eropah walaupun sebenarnya anda berada di Jepun. Senibina bangunan-bangunan di sini memang menarik.




3. Nunobiki herbs garden 


Menggunakan Bas City Loop kami ke Nunobiki Herbs Garden. Taman Herba atau Taman bunga ini terletak di atas puncak gunung. Para pelancong perlu menaiki cable car ke puncak bukit dan kemudian menuruni bukit sambil melalui taman-taman bunga dan herba. Harga tiket cable car ialah 1400 Yen setiap orang (kecuali kanak-kanak).


Di puncak gunung anda akan menikmati pemandangan indah bandar Kobe. Di sini terdapat juga museum Perfume dimana perfume-perfume berjenama dari seluruh dunia dipamerkan. Kami tidak ketinggalan membeli cenderamata di sini seperti madu lebah asli dari lebah yang mengambil madu pada bunga-bunga di Nunobiki Herbs Garden ini.











Membeli souvenir di Nunobiki Herbs Garden




Museum Perfume


Pemandangan bandar Kobe


4. Kobe Motomachi


Kami ke destinasi seterusnya menggunakan Bas City Loop. Ini adalah destinasi terakhir kami menggunakan City Loop. Motomachi merupakan shopping street. Di sini kami membeli beberapa souvenir untuk keluarga di Malaysia antaranya jam tangan G-Shock dengan harga yang berpatutan.


Untuk membeli 1 day pass Bas Kobe City Loop, pastikan destinasi anda sekurang-kurangnya 3 destinasi. Jika kurang, cukup sekadar pay-per-ride.







5. Kobe Port Tower


Dari Kobe Motomachi kami berjalan ke arah kobe port tower melalui kedai-kedai shopping duty free. Berjalan ke Kobe Port Tower mengambil masa sekitar 10 minit. Sepanjang berjalan kaki kami menikmati suasana sekitar Kobe Port Town.



Berjalan kaki dari Kobe Motomachi ke Kobe Port Tower




6. MOSAIC








Dengan baki masa yang ada kami habiskan dengan meronda sekitar bangunan ini. Dibahagian belakang terdapat ferris wheel dan kids museum. Terdapat kedai kebab turkey halal dan kami makan malam di sini sahaja. Kemudian kami ke stesen JR kobe dan pulang semula ke Osaka.





Masa untuk pulang setelah keletihan perjalanan dari Osaka ke Kobe


Hari ke-lima


1. Osaka Kaiyukan Akuarium


Kaiyukan merupakan bangunan Akuarium setinggi 5 tingkat. Akuarium ini sangat besar dan terdapat pelbagai hidupan laut. Hampir separuh hari menghabiskan masa di sini. Agak letih juga kerana kami pergi ke seluruh pelusuk akuarium ini, maklumlah tiket mahal.






















Destinasi seterusnya adalah Namba untuk sesi shopping souvenir lagi. Kaiyukan Pass membolehkan kami menggunakan subway unlimited untuk satu hari sahaja.


2. Namba


Namba shopping street terdapat banyak kedai-kedai second-hand berjenama mewah seperti LV, Gucci dan lain-lain. Walaupun barang second-hand masih kelihatan baru dan dalam keadaan baik. Di sini kami cuma mampu tengok je. Nak beli belum mampu lagi.


Untuk shopping souvenir kami shopping di kedai 100 yen. Setelah selesai kami terus bergerak ke Ikoma menggunakan keretapi Kintetsu.


3. Ikoma Amusement Park


Ikoma adalah sebuah bandar kecil yang terletak bersebelahan bandar Osaka. Hanya kereta api kintetsu sahaja yang akan lalu di sini. Perjalanan hanya 20 minit sahaja dari Tsuruhashi menggunakan Kintetsu Express. Untuk semi-express dan normal train mengambil masa sekitar 30 ke 35 minit.


Dari stesen ikoma, kami ke ikoma cable car (Torimae Station). Jika di Malaysia, keretapi ini seperti di bukit bendera, Pulau Pinang. Keretapi akan berhenti dipertengahan gunung iaitu di station Hozanji. Anda perlu turun dan bertukar ke keretapi sambungan untuk ke stesen terakhir iaitu Ikoma Sanjo. Harga tiket 700 yen untuk perjalanan 2 hala. 






















Di stesen terakhir kami berada pada ketinggian 642 meter dari paras laut. Di puncak gunung ikoma terdapat taman tema kanak-kanak, dikenali sebagai ikoma Sky Land Amusement Park. 

Taman tema ini dipenuhi dengan permainan kanak-kanak sahaja. Kami luangkan masa selama 1 jam melayan anak yang tidak mahu berhenti bermain di sini. Di penghujung taman, terdapat observatory area untuk menikmati pemandangan indah bandar Osaka pada waktu malam. Cable car terakhir pada pukul 10 malam.


















Bandar Osaka dari puncak gunung Ikoma Amusement Park

Bersebelahan stesen ikoma ada Kintetsu Department Store sebagai trademark Ikoma yang dimonopoli oleh syarikat Kintetsu. Berhadapan dengan pasaraya ini, terdapat juga kedai 100 Yen. 





Hari ke-Enam


1. Rinku Town

Hari ini ialah hari terakhir kami di Osaka. Tiket penerbangan pada pukul 5.45 petang dan masa yang ada sementara menunggu waktu penerbangan perlu digunakan sebaik mungkin. 


Dari guesthouse kami menggunakan JR ke stesen Rinku Town. Stesen ini hanya bersebelahan stesen Kansai International Airport sahaja. Di sini terdapat Rinku Premium Outlet. 


Di stesen Rinku Town terdapat tempat menyimpan luggage. Kosnya cuma 500 Yen untuk setiap luggage. Bersebelahan rinku premium outlet terdapat  mini themepark, ferris wheel dan Rinku Park.














Di Kansai International Airport kami keletihan dan menunaikan solat di surauyang terletak di tingkat-3. Sebelum pulang sekali lagi kami menikmati sushi sepuas-puasnya di salah satu restoran sushi di sini. Kemudian kami berpisah, ibu kami pulang semula ke Malaysia dan kami pulang ke Busan, Korea.


Setakat ini sahaja perkongsian kami tentang percutian ke bandar Osaka. Berikut adalah senarai kos-kos terlibat sepanjang lawatan 6 hari 5 malam. Kos ini adalah kos untuk setiap seorang dan tidak termasuk kos penerbangan.


1. Pass lawatan

  • Osaka Amazing Pass 3000 Yen
  • Osaka Kaiyukan Pass 2400 Yen
2. Apartment (kos dibahagi 3 orang. Harga penginapan 6000 Yen per malam)
  • 2000 Yen x 5 malam = 10,000 Yen
3. Makanan
  • 2000 Yen x 6 hari = 12,000 Yen
4. Simkad Data
  • 2 Gb LTE Data 3000 Yen
5. Pengangkutan Selain pass lawatan
  • Kobe City Loop Bus 560 Yen
  • Ikoma Cable Car 700 Yen
  • Kintetsu Express 560 Yen
  • JR Train total (pergi dan balik airport, Kobe) 4000 Yen
  • Nunobiki Cable Car 1400 Yen
6. Kos-kos Access ke tempat menarik
  • Percuma dengan menggunakan Osaka Amazing Pass
7. Souvenir dan lain-lain
  • Kedai 100 Yen untuk 15 barang, total 1500 Yen
  • Takoyaki, air minuman dan lain-lain. Total 3000 Yen
Jumlah keseluruhan kos lawatan ialah 42,120 Yen setiap seorang. Ketika post ini ditulis, nilai conversion rate untuk 1 Yen ialah RM 0.0369. Untuk mata wang RM jumlahnya ialah RM 1554.23.

Walaubagaimanapun, kos makan kami mempunyai lebihan sebanyak 1000 Yen setiap seorang. Jadi kami telah jimat RM 110. 


Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan kepada anda yang ingin bercuti ke Osaka dan Kobe. Bagi yang pertama kali ingin ke Osaka dan kurang yakin untuk ke bercuti ke Osaka, Anda boleh menggunakan kad panduan melancong dari Naracards.com


Naracards Japan Osaka merupakan koleksi destinasi menarik di bandar Osaka, Kobe, Kyoto dan Nara beserta informasi dan maps dalam bahasa inggeris dan Jepun. Kad ini memudahkan percutian anda ke Jepun tanpa menggunakan travel agen dan menjimatkan kos dan masa merancang percutian anda.