Pada post kali ini saya ingin berkongsi mengenai percutian ke bandar Osaka, Jepun pada musim panas. Ini merupakan kali ke-2 saya ke Jepun. Kali pertama saya ke Yokohama diatas urusan kerja, kali ini ke Osaka bercuti pula. Oleh kerana Jepun terletak hanya bersebelahan dengan Korea sahaja, saya mengambil kesempatan ini untuk menghabiskan cuti musim panas saya untuk melancong ke Jepun. Osaka merupakan bandar ke-2 terbesar di Jepun selepas Tokyo.
Ringkasan dari percutian ini:
- 4 orang traveller iaitu saya, isteri, ibu mertua dan anak perempuan berumur 1 tahun. Kami menggunakan baby carrier dan stroller ketika di osaka.
- Kos RM 1500 tidak termasuk tiket penerbangan. Kami berlepas dari Lapangan Terbang Gimhae Busan, Korea ke Osaka menggunakan penerbangan 'Peach Flight'.
- Melancong ke 22 Destinasi di sekitar Osaka, Kobe dan Ikoma.
- Menggunakan subway, train dan bas sepenuhnya ketika lawatan
- Budget makan setiap hari 2000 Yen untuk seorang
- Menetap di Apartment yang di tempah menggunakan Airbnb.
- Menggunakan 2 pass lawatan sepanjang percutian. Jimat sekitar 18% daripada kos sebenar jika tidak menggunakan Pass.
Saya melakukan research dari bacaan beberapa blog mereka yang pernah bercuti ke Osaka, meminta nasihat rakan-rakan dan menggunakan google maps untuk meracang itinerary. Untuk penjelasan lebih terperinci, berikut ialah beberapa persediaan yang saya lakukan;
- Study maps Osaka dan Maps subway dan Metro. Terdapat banyak jenis Train di Osaka antaranya Subway, Hankai, Hankyu, Hanshin, JR, Keihan, Nankai, Semboku, Monorail dan Kintetsu. Namun, trip saya hanya menggunakan JR, Kintetsu dan subway sahaja. Download Apps train di Osaka jika anda menggunakan smartphone.
- Plan tempat menarik untuk dilawati selama 6 hari berserta kos-kos yang terlibat
- Tempah penerbangan dan tempat tinggal seawal 6 bulan. Pastikan tempat tinggal berhampiran dengan station subway atau metro.
- Kajian mengenai pass lawatan yang boleh menjimatkan kos. Anda boleh lihat pass lawatan yang saya gunakan ketika melancong ke Osaka
- Beli Prepaid LTE Simkad (untuk data internet sahaja) untuk kegunaan internet semasa di Osaka. Data ini penting untuk saya menggunakan Google Maps dan juga Apps di Jepun. Data simkad ini boleh dibeli semasa di dalam flight atau semasa di Kansai Airport.
Kintetsu Train
Makanan
Osaka merupakan bandar yang mesra Muslim (berbanding Korea). Di Kansai International Airport terdapat surau dan beberapa restoran halal dan tidak menjual daging babi. Terdapat juga beberapa masjid dan surau di sekitar bandar Osaka dan juga restoran Halal yang saya akan kongsikan pada bahagian seterusnya.
Onigiri yang boleh dibeli di 7 Eleven dan kedai serbaneka
Hotel/Guesthouse
Untuk penempatan, bagi anda yang masih bujang atau travel bersendirian, mencari guesthouse atau hostel sangat mudah dan jimat. Harga penginapan akan jadi mahal pada waktu peak season atau ketika festival tertentu. Kami memilih untuk menetap di sebuah guesthouse di Ikoma, bersebelahan station keretapi Kintetsu, iaitu station 'Ikoma'. Tempah menggunakan laman web Airbnb
Osaka Kaiyukan Pass
Osaka Amazing Pass
Pass Lawatan di Osaka
Bukan mudah untuk membuat keputusan pass lawatan apa yang sesuai untuk dibeli, melainkan anda telah merancang itinerary dengan baik. Jika tidak, anda akan rugi kerana kos Pass lawatan tidaklah murah jika anda hanya pergi ke beberapa destinasi sahaja.
Untuk Pass lawatan kami menggunakan Osaka Amazing Pass (1 day 2300yen, 2 days 3000yen) untuk digunakan pada hari ke-2 dan ke-3. Pass ini membolehkan kami menggunakan kemudahan subway secara unlimited untuk melawat tempat-tempat menarik di Osaka. Pass ini sah untuk 2 hari berturut-turut sahaja.
Satu lagi pass yang kami gunakan ialah Osaka Kaiyukan Pass (1 day 2400yen) - digunakan pada hari ke-5. Pass ini digunakan untuk ke Osaka Kaiyukan Aquarium dan juga bonus, dapat menggunakan kemudahan Subway secara unlimited pada hari yang sama juga.
Aturcara Perjalanan
Perjalanan saya bermula dari Gimhae International Airport di Korea ke Osaka Kansai International Airport. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Ibu kami bertolak dari KLIA2 dan mengambil masa selama 6 jam untuk sampai ke Kansai International Airport.
Penerbangan Peach Flight dari Korea ke Jepun
Osaka Kansai Airport merupakan Lapangan Terbang utama Osaka. Lapangan terbang ini terletak agak jauh dari Bandar Osaka. Apa yang menarik lapangan terbang ini terletak di tengah-tengah laut dan disambungkan dengan jambatan panjang untuk laluan kenderaan dan juga keretapi.
Pemandangan jambatan yang menyambungkan Kansai Airport
Dari Airport ke Bandar Osaka, terdapat 2 jenis perkhidmatan keretapi iaitu JR Line dan Nankai Line. Kami memilih JR kerana lokasi penginapan saya berdekatan dengan station JR iaitu station Tsuruhashi. Harga tiket JR ialah 970 Yen ke Tsuruhashi.
Berikut ialah itinerary lawatan saya selama 6 hari 5 malam di bandar Osaka, Kobe dan Ikoma. Walaupun tidak semua tempat yang dirancang dapat dikunjungi, namun kami tetap berpuas hati dengan percutian ini dan semoga diberikan kesempatan untuk ke sini semula satu hari nanti.
Bertolak dari Busan Airport dan tiba di Terminal 2 Kansai Airport. Kami ke Terminal 1 untuk menjemput ibu kami yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Bas percuma disediakan untuk ke Terminal 1. Di sini, kami membeli Osaka Amazing Pass di kaunter Tourist Information Center. Anda perlu tunjuk passport kerana hanya dibenarkan untuk membeli kuantiti passport yang ada sahaja.
Kaunter Tourist Information Center
Seterusnya saya ke kedai serbaneka berdekatan untuk menebus data Simkad yang dibeli ketika di dalam flight. Kami meneruskan perjalanan yang agak jauh untuk ke apartment kami yang terletak di Ikoma. Untuk hari pertama, tiada aktiviti pada memandangkan ketika kami tiba di Apartment hari sudah agak lewat. Kami cuma berehat dan bersedia untuk aktiviti hari esok.
Prepaid LTE Sim mobile Data yang digunakan semasa berada di Osaka
Hari ke-2
Menggunakan Osaka Amazing Pass melawat ke tempat berikut:
1. Tsutenkaku Tower
Credit to Naracards Japan
Tsutenkaku Tower ialah observation tower untuk melihat bandar sekitar. Sepanjang perjalanan ke menara ini terdapat deretan kedai menjual barang cenderahati dan produk makanan.
Pemandangan dari Observation deck
2. Tennoji Park
Credit to Naracards Japan
Tennoji Park terletak berhampiran dengan Tsukenkaku Tower. Kami hanya berjalan kaki untuk ke sini sambil melalui banyak kedai-kedai souvenir. Di Tennoji Park ada Tennoji Zoo. Kami hanya berehat sebentar sebentar di Tennoji Park sambil menikmati pemandangan di sini.
Pemandangan sekitar Tennoji Park
Pintu masuk ke Tennoji Zoo
3. Hep-Five Ferris Wheel
Apa yang menarik Hep 5 Ferris Wheel terletak di atas bangunan shopping mall. Ianya seakan-akan Ferris Wheel di Bandar Ulsan Korea di Lotte Young Plaza. Setelah selesai menikmati pemandangan dari atas Hep5 Ferris Wheel, kami berhenti untuk menunaikan solat di dalam bangunan ini dan ke destinasi seterusnya.
4. Umeda Sky Floating Garden
Untuk ke Umeda Sky Floating Garden kami hanya berjalan kaki dari Hep5. Jaraknya agak jauh sekitar hampir 700 meter. Jalan ke sini agak keliru sedikit kerana anda perlu melalui terowong bawah tanah.
Ber-wefie dibawah Sky Floating Garden
5. Osaka Castle Museum
Credit to Naracards Japan
Untuk ke Osaka Castle kami berjalan kaki agak jauh sekitar 800 meter dari stesen subway. Namun, kami cekalkan hati juga kerana tak sabar nak lihat Osaka Castle dengan mata sendiri.
6. Hard Rock Cafe Osaka
Kami memang suka mengumpul koleksi baju Hard Rock Cafe di setiap destinasi yang kami pergi. Kali ini, kami sempat singgah sebentar di Hard Rock Osaka untuk membeli T-shirt dan cenderamata yang lain. Ia terletak cuma 3 minit berjalan kaki dari station subway Honmachi (Chuo Line). Ada 2 Hard Rock di Osaka, satu lagi terletak berhampiran pintu masuk Universal Studio Osaka.
7. Tombori River Cruise
Hari semakin gelap dan kami ke Dotonbori untuk melihat suasana malam di sepanjang sungai dengan menaiki cruise. Sambil menunggu giliran tiba, kami menikamati Sushi di Daikaisuisan Sushi terlebih dahulu. Di sini diberikan diskaun 10% jika menggunakan Osaka Amazing Pass.
Credit to Naracards Japan
Sushi disini sangat sedap, memang berbeza walaupun anda ambil sushi yang biasa-biasa (bukan gred A) rasanya dah setanding Rakuzen jika di Malaysia.
Total kos makan malam kami ialah 2000 Yen untuk 3 orang :) Dotonbori terkenal sebagai food street, dimana terdapat pelbagai jenis makanan Jepun di sepanjang jalan di sini. Ia terletak bersebelahan dengan Shinsaibashi Street.
Tombori River Cruise
Hari ke-3
Ini ialah hari terakhir untuk menggunakan Osaka Amazing Pass. Jadi kami akan menggunakan sebaik mungkin agar trip kami menjadi lebih berbaloi. Kami keluar agak awal pada hari ini walaupun penat semalam masih belum hilang.
1. Capten Line Cruise
Untuk hari ini semua destinasi kami adalah sekitar Osaka Bay Area. Aktiviti pertama ialah menaiki Cruise Capt. Line untuk ke Universal City.
2. Universal Studio dan Takoyaki Museum
Universal Studio Osaka terletak di Universal City. Kami tidak bercadang untuk masuk ke Universal Studio kerana masa dan keadaan tidak mengizinkan. Cuma bergambar sahaja di hadapan Universal Studio. Di sini kami ke Takoyaki Museum untuk menikmati Takoyaki dan singgah di Hard Rock Cafe.
Dari Universal City kembali semula ke Osaka Bay area dengan menaiki Captain Line. Kemudian menaiki Cruise Santa Maria untuk menikmati pemandangan laut dan pelabuhan di sepanjang Osaka Bay. Apa yang menarik ialah design kapal ini yang klasik. Dalam kapal ini ada restoran untuk orang rehat dan makan sambil menikmati permandangan.
4. Tempozan Ferris Wheel
Terletak berhampiran dengan Osaka Kaiyukan Aquarium. Merupakan antara Ferris Wheel yang terbesar di dunia. Jika berani lebih boleh duduk di dalam kabin lutsinar.
5. Osaka Perfectural Government Building
Destinasi seterusnya ialah Government Building Observatory. Ada apa kat sini? Tempat menyaksikan sunset dan pemandangan cantik Osaka Bay pada waktu malam dari atas bangunan ini. Untuk sampai ke sini perlu menaiki subway yang akan melalui bawah dasar laut.
Hari ke-4
Kami menggunakan train JR untuk ke bandar bersebelahan iaitu bandar Kobe. Perjalanan mengambil masa 1 jam dari bandar Osaka.
Kami tidak menggunakan JR Wess Pass memandangkan kosnya yang mahal. JR West Pass untuk 1 hari ialah 2300 Yen. Tiket pergi dan balik menggunakan harga biasa lebih murah dari menggunakan JR West Pass. Sekiranya anda ingin menggunakan JR West Pass untuk menjimatkan kos pastikan harga tiket JR anda melebihi harga pass. Sebagai contoh, anda dari Kansai Airport dan ingin ke Kobe dan Kyoto pada hari yang sama, jadi sesuai untuk menggunakan JR West Pass.Di stesen JR kobe kami berjalan kaki sejauh 700m untuk ke stesen bas Kobe City Loop. Ia terletak bersebelahan dengab bangunan 'MOSAIC'.
Kobe Station JR Line
Tambang bas Kobe City Loop adalah 550 yen untuk 1 day pass. Bas boleh digunakan secara unlimited. Bas ini sentiasa berjalan mengikut route dan kekerapan bas ini adalah setiap 30 minit. Jadual kedatangan bas ada di setiap stesen berhenti.
Bas Kobe City Loop
Di Jepun, menaiki bas di pintu belakang dan keluar di pintu hadapan. Cara yang terbalik jika anda berada di KoreaMenggunakan bas Kobe City Loop kami melawat tempat-tempat berikut:
1. Masjid kobe
Hari ini ialah hari Jumaat. Saya berkesempatan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kobe dengan berkhutbahkan khutbah dalam bahasa Jepun. Selesai solat jumaat kami ke destinasi seterusnya iaitu Kitano Ijinkan.
2. Kitano Ijinkan
Terletak tidak jauh dari Masjid Kobe. Lorong ini kelihatan seolah-olah berada di Eropah walaupun sebenarnya anda berada di Jepun. Senibina bangunan-bangunan di sini memang menarik.
3. Nunobiki herbs garden
Menggunakan Bas City Loop kami ke Nunobiki Herbs Garden. Taman Herba atau Taman bunga ini terletak di atas puncak gunung. Para pelancong perlu menaiki cable car ke puncak bukit dan kemudian menuruni bukit sambil melalui taman-taman bunga dan herba. Harga tiket cable car ialah 1400 Yen setiap orang (kecuali kanak-kanak).
Di puncak gunung anda akan menikmati pemandangan indah bandar Kobe. Di sini terdapat juga museum Perfume dimana perfume-perfume berjenama dari seluruh dunia dipamerkan. Kami tidak ketinggalan membeli cenderamata di sini seperti madu lebah asli dari lebah yang mengambil madu pada bunga-bunga di Nunobiki Herbs Garden ini.
Membeli souvenir di Nunobiki Herbs Garden
Museum Perfume
Pemandangan bandar Kobe
4. Kobe Motomachi
Kami ke destinasi seterusnya menggunakan Bas City Loop. Ini adalah destinasi terakhir kami menggunakan City Loop. Motomachi merupakan shopping street. Di sini kami membeli beberapa souvenir untuk keluarga di Malaysia antaranya jam tangan G-Shock dengan harga yang berpatutan.
Untuk membeli 1 day pass Bas Kobe City Loop, pastikan destinasi anda sekurang-kurangnya 3 destinasi. Jika kurang, cukup sekadar pay-per-ride.
5. Kobe Port Tower
Dari Kobe Motomachi kami berjalan ke arah kobe port tower melalui kedai-kedai shopping duty free. Berjalan ke Kobe Port Tower mengambil masa sekitar 10 minit. Sepanjang berjalan kaki kami menikmati suasana sekitar Kobe Port Town.
Berjalan kaki dari Kobe Motomachi ke Kobe Port Tower
6. MOSAIC
Masa untuk pulang setelah keletihan perjalanan dari Osaka ke Kobe
Hari ke-lima
1. Osaka Kaiyukan Akuarium
Kaiyukan merupakan bangunan Akuarium setinggi 5 tingkat. Akuarium ini sangat besar dan terdapat pelbagai hidupan laut. Hampir separuh hari menghabiskan masa di sini. Agak letih juga kerana kami pergi ke seluruh pelusuk akuarium ini, maklumlah tiket mahal.
2. Namba
Namba shopping street terdapat banyak kedai-kedai second-hand berjenama mewah seperti LV, Gucci dan lain-lain. Walaupun barang second-hand masih kelihatan baru dan dalam keadaan baik. Di sini kami cuma mampu tengok je. Nak beli belum mampu lagi.
Untuk shopping souvenir kami shopping di kedai 100 yen. Setelah selesai kami terus bergerak ke Ikoma menggunakan keretapi Kintetsu.
3. Ikoma Amusement Park
Ikoma adalah sebuah bandar kecil yang terletak bersebelahan bandar Osaka. Hanya kereta api kintetsu sahaja yang akan lalu di sini. Perjalanan hanya 20 minit sahaja dari Tsuruhashi menggunakan Kintetsu Express. Untuk semi-express dan normal train mengambil masa sekitar 30 ke 35 minit.
Dari stesen ikoma, kami ke ikoma cable car (Torimae Station). Jika di Malaysia, keretapi ini seperti di bukit bendera, Pulau Pinang. Keretapi akan berhenti dipertengahan gunung iaitu di station Hozanji. Anda perlu turun dan bertukar ke keretapi sambungan untuk ke stesen terakhir iaitu Ikoma Sanjo. Harga tiket 700 yen untuk perjalanan 2 hala.
Di stesen terakhir kami berada pada ketinggian 642 meter dari paras laut. Di puncak gunung ikoma terdapat taman tema kanak-kanak, dikenali sebagai ikoma Sky Land Amusement Park.
Taman tema ini dipenuhi dengan permainan kanak-kanak sahaja. Kami luangkan masa selama 1 jam melayan anak yang tidak mahu berhenti bermain di sini. Di penghujung taman, terdapat observatory area untuk menikmati pemandangan indah bandar Osaka pada waktu malam. Cable car terakhir pada pukul 10 malam.
Bandar Osaka dari puncak gunung Ikoma Amusement Park
Bersebelahan stesen ikoma ada Kintetsu Department Store sebagai trademark Ikoma yang dimonopoli oleh syarikat Kintetsu. Berhadapan dengan pasaraya ini, terdapat juga kedai 100 Yen.
Hari ke-Enam
1. Rinku Town
Hari ini ialah hari terakhir kami di Osaka. Tiket penerbangan pada pukul 5.45 petang dan masa yang ada sementara menunggu waktu penerbangan perlu digunakan sebaik mungkin.
Dari guesthouse kami menggunakan JR ke stesen Rinku Town. Stesen ini hanya bersebelahan stesen Kansai International Airport sahaja. Di sini terdapat Rinku Premium Outlet.
Di stesen Rinku Town terdapat tempat menyimpan luggage. Kosnya cuma 500 Yen untuk setiap luggage. Bersebelahan rinku premium outlet terdapat mini themepark, ferris wheel dan Rinku Park.
Di Kansai International Airport kami keletihan dan menunaikan solat di surauyang terletak di tingkat-3. Sebelum pulang sekali lagi kami menikmati sushi sepuas-puasnya di salah satu restoran sushi di sini. Kemudian kami berpisah, ibu kami pulang semula ke Malaysia dan kami pulang ke Busan, Korea.
Setakat ini sahaja perkongsian kami tentang percutian ke bandar Osaka. Berikut adalah senarai kos-kos terlibat sepanjang lawatan 6 hari 5 malam. Kos ini adalah kos untuk setiap seorang dan tidak termasuk kos penerbangan.
1. Pass lawatan
- Osaka Amazing Pass 3000 Yen
- Osaka Kaiyukan Pass 2400 Yen
- 2000 Yen x 5 malam = 10,000 Yen
- 2000 Yen x 6 hari = 12,000 Yen
- 2 Gb LTE Data 3000 Yen
- Kobe City Loop Bus 560 Yen
- Ikoma Cable Car 700 Yen
- Kintetsu Express 560 Yen
- JR Train total (pergi dan balik airport, Kobe) 4000 Yen
- Nunobiki Cable Car 1400 Yen
- Percuma dengan menggunakan Osaka Amazing Pass
7. Souvenir dan lain-lain
- Kedai 100 Yen untuk 15 barang, total 1500 Yen
- Takoyaki, air minuman dan lain-lain. Total 3000 Yen
Walaubagaimanapun, kos makan kami mempunyai lebihan sebanyak 1000 Yen setiap seorang. Jadi kami telah jimat RM 110.
Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan kepada anda yang ingin bercuti ke Osaka dan Kobe. Bagi yang pertama kali ingin ke Osaka dan kurang yakin untuk ke bercuti ke Osaka, Anda boleh menggunakan kad panduan melancong dari Naracards.com
Naracards Japan Osaka merupakan koleksi destinasi menarik di bandar Osaka, Kobe, Kyoto dan Nara beserta informasi dan maps dalam bahasa inggeris dan Jepun. Kad ini memudahkan percutian anda ke Jepun tanpa menggunakan travel agen dan menjimatkan kos dan masa merancang percutian anda.
75 comments:
Salam, masa di Osaka tinggal kat guesthouse mana? Bole tahu nama tempat tu.
Salam, Masa di Osaka saya memilih lokasi guesthouse di Ikoma (bandar kecil di sempadan bandar Osaka). Hanya 1 minute berjalan ke Kintetsu station.
Berikut ialah calculation simple yang saya buat:
Penginapan di bandar Osaka : 10000 Yen/day
Penginapan di Ikoma: 6000 Yen/day
*rate ketika peak season
Beza 4000 Yen. Dari ikoma ke Bandar Osaka saya hanya perlukan 20 minit menggunakan Kintetsu Express dan Tambang sekitar 380 Yen
Kintetsu boleh diakses di stesen Tsuruhashi terus ke Ikoma
Wow.... nice sharing bro.... baru kutahu makanan Osaka lebih Muslim friendly berbanding Korea
Insya Allah akan ke Jepun bulan Nov 2017 nanti...
Boleh ke kalau sy bertanya. Sy akn ke osaka 13-18 oct ni. Sy check in 3 ptg di Namba. Flight smpai pg dlm kul 8pg. Sy igt dr airport terus ke kobe utk jln2. Dr kobe akn ke namba utk check in.
1)boleh awk suggest dr airport ke kobe berbaloi amik train pass yg mn 1?
2) klu dr airport ke kobe, ade tk tmpt letak brg kt stesen kobe tu?
khairunnazura@gmail.com
@Eclipse Moon Heart
Paling sesuai mengikut pendapat saya, JR west pass. Dari airport awak ke namba untuk letak barang2 dahulu. Saya rasa selalunya boleh tinggalkan barang di kaunter check in. Kemudian dari namba terus ke kobe. Saya x sure sangat tempat letak barang ada atau tidak di kobe. Yang saya pasti, sebelum balik saya singgah di rinku town untuk shopping, di stesen rinku ade tempat untuk letak barang, x silap saya 500 yen per luggage.
apa nama hotel di ikoma
Saya tinggal di Guesthouse di Ikoma. Tempah menggunakan Airbnb, http://www.airbnb.com/c/emantra
Nice sharing, sy dan keluarga nak ke osaka 15 disember ni,
boleh ikut perjlanan tuan ni..sgt berguna. Tq
Assalam, nak tanya Osaka Amazing Pass tu boleh sekali saja?
@ummuhana,
All the best trip ke osaka nanti.
@Azmz,
Tiket dibenarkan beli sebanyak bilangan passport. 1 passport hanya 1 osaka amazing pass sahaja
salam, nak tanya skit..
dari airport perlu ke saya beli JR pass untuk ke Osaka atau memadai beliOsaka Amazing Pass saja.
saya bercadang nak menginap sekitar Shin Osaka Station, tak tahu JR Pass cover tak kawasan tu
Salam Azuran,
Kalau nak beli JR West Pass, pastikan tambang perjalanan melebihi harga pass tersebut. Contohnya, kalau kos tambang perjalanan pada hari tersebut melebihi 2300 Yen, maka berbaloi untuk gunakan JR West Pass. Kalau kurang dari kos tersebut, Lebih baik gunakan tiket biasa sahaja.
Ada 2 train untuk ke Shin Osaka dari Kansai Airport,
1. JR Kansai Airport Express Haruka.
Yang ni tambang mahal dan berhenti di station 'Shin Osaka'. Harganya 3000Yen ke Shin osaka. Kalau macam ni berbaloi untuk gunakan 1 day JR west Pass
2. JR Kansai Airport Rapid
Harga tiket 1200 Yen. Train ni lambat dalam 15 minit dari train atas. Train ni tak berhenti di 'Shin Osaka' dan akan berhenti di station 'Osaka'. Dari station 'Osaka' kena naik 1 train lagi untuk ke station 'shin osaka'. Kalau guna train ini, tak perlu guna JR West Pass.
Waktu nak balik nanti, jika naik JR Kansai Airport Rapid dari destinasi apa pun, pastikan duduk di 4 gerabak pertama. Ini kerana 4 gerabak belakang akan diasingkan dan akan menghala ke Wakayama. Jika terlupa, pastikan turun di Station 'Hineno' dan cepat2 tukar gerabak. Announcement akan dibuat waktu nak asingkan gerabak tu.
Harap membantu.
T kasih atas info yang sangat berfaedah. Kalau saya beli Osaka Amzing Pass, saya difahamkan. pass itu utk kegunaan transportation sahaja kan, kalau nak masuk contohnya feriswheel, kena bayaran lain atau percuma saja dengan osaka amazing pass.
Salam Azuran,
Dalam osaka amazing pass, ada list tempt2 yang tak perlu bayaran. Ferris wheel semua percuma sahaja. Kad amazing pass ni untuk subway + tiket masuk. Tapi kena tengok list yang mana percuma dan yang mana kena bayar. Semua tempt yang saya pergi di atas menggunakan osaka amazing pass x perlu bayar apa-apa. Cuma tunjukkan pass sahaja dan masuk percuma
T kasih sekali lagi kena reply dengan cepat. saya nak tanya JR pass ke beli kat Malaysia ke kat Jepun (saya sadang nak beli Kansai Wide Area).
Saya tengok kalau nak pergi ke tempat Hutan Pokok Buluh (Arashiyama) tu, JR Pass sampai ke Kyoto saja. Nak pergi ke Arashiyama kena naik JR San In Line. Saya kena beli tiket lain ke @ boleh pakai JR pass saya.LTE Sim tu berapa harganya. Dekat apartment yg saya sewa tu ada di providekan Wifi potarble, perlu ke saya beli lagi simcard.
tuan saiful...boleh saya dptkan no whatsapp tuan?bnyk.info berguna dr blog tuan..
Sala Azuran,
JR pass booking online. Nanti redeem di kansai airport. Apapun yg penting, make sure awak maximize penggunaan pass tu supaya jimat. Kena ada proper planning sebelum beli pass. Kalau itinerary awak kos x banyk, x perlu beli pass pun xpe.
Kalau dah ada portable wifi, x perlu ada simkad. Cuma sebelum sampai ke hotel tu make sure jangan sesat. Kalau sesat cuba cari wifi 😁
Salam Wan K,
Boleh. No whatapps ada di profile saya pada tab di atas
hi simkad tu berapa kos ya?
Hi Fiza,
2gb 3000 yen
Lebih senang sewa poket wifi tak payah tukar simkad...
Ya betul juga cakap Ayda Mohd tu.
Ikut pilihan. Macam saya, x suka bawa banyak barang. Jadi saya pilih bawa powerbank dari bawa pocket wifi. Dan xperlu risau battery pocket wifi tu habis. Dan pocket wifi guna banyak battery dan battery phone juga cepat habis
nak tanya..kalau guna osaka amazing pass.. transportion kita ap eh? JR Line ke?
Osaka Amazing pass boleh guna Osaka Municipal Subway, Trains except JR Line dan Municipal bus.. JR Line tu pass lain tp lebih senang guna JR Line pass x byk kena tukar train
Sy akan ke sana April 17 ini. In SHAA ALLAH... Nak tanya utk estimation pocket money suggested dlm brp yea... Sy bukanlah org yg jenis shopping sakan. Kalau beli pun maybe souvenior shj kot.. Ambik package ground which include Bteakfast n Dinner. Lunch on our own..
Ohh one more entrance fee tak include...
MESRA,
Kalau pocket money saya pun x sure berapa yang perlu. Kalau untuk lunch, mungkin kos sekitar 1000 ke 1500 Yen. Souvenir boleh cari di kedai 100Yen sahaja. Ada banyak kedai macam tu di sana. Entrance fee pun agak mahal. Kalau nak jimat better guna Osaka Amazing Pass. ada banyak entrance fee yang percuma menggunakan pass tersebut
Salam Shaiful,
sy dan family (4 org) akan ke Osaka pada hujung Mac ni. Sy nak tanya mengenai transport dari airport ke tempat tinggal. Berdasarkan carian, sy fikir nak ambil JR Haruka limited express train. Ok ke train ni atau ada alternatif yg lebih baik? Perlu ke ambil reserve seat? Thanks.
Salam,
JR Haruka limited express merupakan salah satu pilihan train yang ada. Harganya agak mahal, tetapi train sangat cepat dan selesa. Saya lebih suka memilih JR Kansai airport Rapid Service, sebab penginapan saya terletak dalam laluan yang sama dan tiketnya x semahal haruka limited express
salam encik, tumpang tny.
sy nk ke Osaka bln 8 (26/8/2017 flight smpai mlm 9.25pm hingga 30/8/2017 flight pkul 4pm). pergi dgn suami dan ank umur setahun.soalan saya,
1) musim yg sy pergi tuh summer kan?sesuai pakai baju biase2 je kan mcm duk malaysia?
2) penginapan saya dekat dgn Shimoshinjo station. so sampai KIX nk beli pass ape untuk ke tempat penginapan?
3) sampai KIX, terus ke penginapan then rehat tido.pagi esoknya nk ke Kobe,pakai pass ape? yg function pass Kobe City loop plk mcmana, and nk beli ktmane?
4) Kalau beli Osaka Amazing Pass yg unlimited tu utk 2 hari (28/8 dan 29/8) macamana utk hari last 30/8 tu?boleh suggest solution untuk sy? trmksh encik in advanced.
Assalamualaiikum. Saya bercadang melawat Osaka dan Kyoto tetapi saya hanya ada satu setengah hari sahaja sebelum balik. Kami tiba Dari Tokyo dalam pukul 1 tengahari di Kansai airport ( day 1) dan bertolak balik Dari airport sebelah pagi (day 3). Pada pendapat Tuan mana lebih berbaloi spend setengah hari Di Osaka dan satu hari Di Kyoto atau 1/2 hari Kyoto + 1 hari Osaka. Adakah pass yg menjimatkan untuk ke Kyoto Dari airport?
@aitul ijah
1. Bulan 8 ialah musim summer. Pakaian mcm kat Malaysia je. Dinasihatkan banyak minum air sebab cuaca agak panas
2. sampai kix, beli tiket nankai kuko-line. Naik sampai tengachaya station. Kemudian tranfer naik subway sakaisuji line ke shimo-shinjo station
3. Untuk ke kobe dari shimo-shinjo agak sukar sikit. Perlu banyak transfer train. Boleh personally email saya untuk tahu maklumat train. Boleh refer post diatas tentang kobe city loop bus
4. 30/8 boleh ke rinku town dan shopping sampai waktu flight. Boleh refer post diatas tentang rinku town
Nak tanya awak dah book ke penginapan? Kalau boleh nak memudahkan pergerakan boleh pilih penginapan yg berhampiran station utama seperti namba atau umeda
@hamizad omar
Spend 1 hari di osaka dan 1/2 hari di kyoto. Pass yg menjimatkan boleh cuba JR WEST PASS dari Airport ke kyoto
Salam encik, menjawab pasal penginapan, ha ah.. Sy dh booking dh area shimoshinjo tuh.. Hahahahaah.. Sbb membace dri blog2 org, mmg d sarankan pnginapan dkt dgn station train..kireny dh dekat dgn stesen shimoshinjo tp tak tahu la pulak stesen tu jauh dri tmpt2 menarik..hahahaa.. By the way, mmg tak faham pon pasal sistem train la subway la JR la.. Nmpak mcm bnde same je.. Emel encik yang mane ye? Yg admin@jimatmelancong tu ke?
@aitul ijah
Ya betul email tu. Atau boleh isi form pertanyaan di sidebar sebelah kanan
Assalamualaikum.nk minta tolong sikit.ada itinerary tak.boleh share dgn sy.sy nk ke osaka bulan dpn.tp x tau nk pegi mn.boleh email ke saya.suriansahamit@gmail.com.tankss
assalam...sy tak boleh bukak file itinery tu la... boleh tak email ke sy wardah_azhari@yahoo.com .. sy akan ke Japan summer ni.. harap awak punya iti boleh jadi garis panduan utk sy buat iti sy nnt..thanks
@Silent Killer & Wardah Azhari, ok
salam en saiful. bole tak emel ke sy full itinery trip osaka ke amirafahmizar@yahoo.com. harap iti awak bole membantu sy.
salam tuan, maaf bertanya. kalau dari osaka ke masjid kobe pastu nak ke kyoto (bamboo forest) tu boleh ke dilakukan dalam mase sehari? sbb hari pertama dah dihabiskn di usj..hari kedua kalau blh nk cover kobe dan kyoto..hari ketiga nak balik ke tokyo dah awal pagi..utk pengetahuan tuan, kami stay di osaka. ada cadangan yang lebih baik tuan? thnk u so much.-angah
@angah
Kyoto dengan kobe tu bandar yang berbeza. Tapi ada sambungan train. kalau setakat pergi ke masjid kobe dan terus ke kyoto, saya rasa takde masalah.
Cuma alang-alang dah sampai Kobe, rugi rasanya tak jalan-jalan area sana. Kalau boleh Kyoto dengan Kobe jangan hari yang sama.
Stay kat Osaka tu dah Ok. Sebab Osaka tengah-tengah. Then angah boleh pegi kobe, kyoto dan nara.
Assalamualaikum... en. Saiful
Kami seramai 6 org bercadang akan ke osaka mac 2018,adakah perlu kami booking penginapan sekarang.. atau tunggu dulu..
@roshidah mohamad,
Mac ialah awal musim bunga. Pendapat saya, Kalau dah confirm flight ticket lebih baik booking terus. Ade kemungkinan harga hotel akan naik kalau booking last minute atau lagi teruk lagi, hotel dah penuh...
Salam blh x email itinery kt sini shahril_saiful@yahoo.com..tq
Salam.. saya x bole buka itinerary kt sini.. pkongsian yg sgt membantu..boleh tlg emel kan itinerary nya kt dianahanimothman@gmail.com
Thank you...
salam.. saya akan ke osaka mei 2018 solo traveller tiket dh beli.. dan ni 1st time saya ke jepun.. dah research banyak benda banyak tgk komen2.. makin pening dibuatnya.. hahaha sy tiba kat kansai dlm 9pg..nak pergi ke osaka adakah berbaloi sy beli YOKOSO Osaka Ticket harganya dm 1500 yen utk 1 hari, sightseeing sekitar osaka.. day 2 mungkin amik osaka amazing pass utk sambung sightseeing osaka. pastu day 3 ke kyoto.. adakah ke kyoto berbaloi utk amik kyoto amazing pass yg cuma 500 yen utk 1 hari.. and nak tnya kalau 6 mlm tu stay kat osaka sahaja blh cover tak nak pg nara dgn kobe skali..? tq tuan...
boleh saya tahu email encik yg mana?
@MiCOz vs rICo
@Diana Hanim
Saya dah emailkan itinerary. Anyway, semua itinerary boleh akses dalam ruangan subscriber, jika subscribe blog ini. Thanks
@Nurul Naziri
email ke admin@jimatmelancong.com
Boleh lihat di page hubungi di menu page pada bahagian atas blog ini. Thanks
Saya akan ke Osaka pada bulan 8 ni..nak tnya boleh cover tak semua tempat termasuk tokyo,Kobe,Nara,kyoto dan Osaka dlm masa 5 hari 6 mlm ..penerbAngan ke Osaka pastu nak ke tokyo tido dlm bas ..then nak patah balik ke Osaka ..agaknye train apa atau bas yg patut digunakan ..paling effective dan murah ..advice please..auniemi7680@yahoo.com
Assalamualaikum. Sy akan ke osaka ogos ini. Bw wife yg hamil 5bulan, 2 anak -6 dan 3 tahun, serta mak ayah sya. Ayah masih kuat.. mak x boleh berjalan jauh. So plan nk bw wheelchair dr kl. Ade suggestion yg terbaik untk kami? Sesuai ke guna amazing pass tu?
@Shuq Mahat
Untuk situasi saudara, itinerary kena more to free and easy. Boleh nak guna amazing pass cuma benefitnya hanya pada kemudahan guna subway unlimited tapi dari segi sightseeing, mungkin tak dapat nak maksimumkan. Pendapat saya x perlu beli amazing pass, cuma beli icoca card dan topup, guna subway macam biasa
Assalamualaikum.
Saya dan rakan sekerja akan pergi ke osaka hujung bulan ni seramai 50 org. xguna tour guide sbb nk jimat.
Hari pertama ingt nk ambik osaka amazing pass pergi tempat yg msuk free.
Cuma hari kedua nk pergi ke Kyoto.Boleh suggest x yang mana lebih murah? nak guna pass atau beli shj tiket ?
Terima kasih
Amazing pass dan osaka thru pass pun ok, cuma osaka thru pass semua keretapi boleh naik kecuali JR train. Kalau Amazing Pass JR boleh naik
@Aira
Segala pertanyaan saya dah jawab di email. Semoga berjaya ye...
Assalamualaikum...InsyaAllah saya bercadang ke Kyoto dan Osaka bulan Jan nanti. Saya akan membeli Central JR Pass. Saya nak tanya di kyoto dan Osaka adakah saya perlu untuk membeli pass selain dari JR pass ini. Terima Kasih.
saya ada email pertayaan pd tuan...mohon tuan lihat dan reply...perlukan bantuan dri pihak tuan
@ Norzalina Ahmad,
Saya kurang faham pertanyaan anda. Boleh email detail itinerary untuk saya lihat. Terima kasih.
Assalam,
Travel to Osaka in September.. perlu x bawa jacket,sweater etc..kalo Google skarang musim luruh..mohon pencerahan @Mohd Saiful Izwan. tq
@MkDura Assalam,
Sept awal musim autumn. Cuaca x berapa sejuk. Kalau tanya saya, saya standby je light sweater. Incase kalau hujan, cuaca jadi sejuk. Tgk forecast kalau hari tu akan hujan, saya akan standby bawa.
salam en saiful,saya nak tnya kalau pergi 8hari 7mlm, sempat x cover osaka,kyoto,kobe dan tokyo?
Pas ape yg sesuai ye kalau nak pergi byk daerah atau tempat?JR pass ok ke?
bg pandangan en, penginapan di mane yang sesuai sebab igt nak stay di osaka je.
Waalaikumussalam,
Ikut pada plan awk mcm mana. Kalau tempat x banyak boleh je cover semua. Untuk pas, boleh baca entry saya di atas.
Assalamualaikum
sy akn ke osaka jan thn dpn selama 7h 6 mlm. sy cdg nk cover osaka - tokyo - kobe - nara - kyoto
blh en. saiful bg cdgn transportation mengikut susunan daerah yg sesuai & jimat.
assalamualaikum maaf nak tanya 1 osaka amazing pass tu 3000yen per person ke?
Ya untuk seorang
Hi,
mcm mana nak dpt full itinerary?
tq.
hai nak tanya, utk tombori river cruise tu dia stated dkt dlm jadual kena exchange tiket frst utk pemegang osaka pass and kalau dah fully booked takboleh naik. so encik exchange the ticket bila ye? mcm mana nak naik waktu malam? tq
Pegi kat sana dulu, book slot untuk naik. Normally takkan dapat naik waktu tu juga sebab orang ramai. Maybe book untuk 1 atau 2 hari in advance. Dah confirm then datang pada hari dan waktu tersebut
means even haritu tak guna osaka pass tu lagi dah boleh guna utk book ke? cth nak guna osaka pass on saturday and sunday tapi pergi book slot on friday?
Yup booking sahaja kan on friday? If booking shj for day yang u nak guna pass then ok
Boleh tak email kan saya jugak
haslahali820@gmail.com
Hi, itinerary ada dalam post. Boleh klik dan terus download
Terima kasih atas perkongsian yang bagus tentang percutian di Osaka
Blog post ini antara rujukan saya masa plan nak melancong ke Osaka bulan lepas.
Terima kasih sekali lagi atas info yang detail.
Hasil dari baca blog dan main redah, saya pun tulis perkongsian di blog saya.
Jemput baca: Pengalaman trip melancong serta tempat-tempat menarik di Osaka Jepun 2019
Salute sangat dengan mak tuan yang boleh berjalan jauh. Terima kasih atas perkongsian ni sangat membantu. Kami akan ke Osaka September ni.
@Foodlab.my wow, saya dah baca, satu perkongsian yang menarik :)
@Ainee Cumi
Mak saya dah biasa jalan. Lagipun di tempat baru, kita rasa seronok sampai hilang rasa penat...
Post a Comment