Para nelayan yang menangkap ketam snowcrab akan berlabuh di salah satu pelabukan di kampung ini yang dinamakan pelabuhan Gang Gu Hang 강구항. Yeongdeok terletak 150 Km dari Gimhae International Airport, Busan dan 360 Km dari Incheon International Airport, Incheon.
Google Maps Coordinate: 36.360600, 129.382164
Selepas aktiviti berunding harga selesai ketam akan dihidang dengan masakan yang dikehendaki. Masakan biasa di sini adalah masak steam. Memang betul-betul rasa keenakan dan kemanisan daging 'fresh' ketam snowcrab.
Pemandangan pekampungan Yeongdeok memang cantik dan tenang kerana jauh dari kesibukan bandar. Tempat ini memang sesuai untuk bawa keluarga bercuti. Sambil-sambil ke sini makan ketam, beberapa tempat menarik juga boleh dikunjungi seperti list dibawah. Tapi nak sampai ke sini, paling mudah kene pandu kereta.
Google Maps Coordinate: 36.422844, 129.419807
Pusat sains mengenai teknologi-teknologi alternatif mesra alam sekitar dan dapat menggantikan sumber minyak dan gas.
2. Marine Environment Museum 영덕해양환경체험관
Google Maps Coordinate: 36.417012, 129.430567
Museum yang mempamerkan teknologi Marin yang digunakan di Korea dan negara luar. Korea terkenal dengan ilmu pengetahuan Marin yang hebat tidak hairan Korea merupakan negara pengeluar kapal dan teknologi kejuruteraan marin terbesar dunia.
Google Maps Coordinate: 36.426777, 129.434546
Antara tempar popular dikalangan masyarakat Korea untuk melihat Matahari terbit. Tempat ini dipenuhi orang ramai pada setiap malam tahun baru untuk menyaksikan matahari terbit pada 1 Januari setiap tahun.
4. Deok Cheon Beach 덕천해수욕장
Google Maps Coordinate: 36.567595, 129.422997
Pantai cantik di Yeongdeok. Musim sejuk di tambah lagi dengan angin pantai memang buat badan menggigil. Walaupun pakai baju sejuk!
5. Gangguhang Port 강구항 dan Snowcrab Village 대게마을
Google Maps Coordinate: 36.359129, 129.390046
Tempat menikmati masakan berasaskan Snowcrab. Juga boleh menikmati susasana sepanjang pelabuhan dengan mengunjungi pasar-pasar basah di sini. Kesemua ikan dan hidupan laut segar dijual dengan harga murah.
Google Maps Coordinate: 36.567595, 129.422997
Pantai cantik di Yeongdeok. Musim sejuk di tambah lagi dengan angin pantai memang buat badan menggigil. Walaupun pakai baju sejuk!
Google Maps Coordinate: 36.359129, 129.390046
Tempat menikmati masakan berasaskan Snowcrab. Juga boleh menikmati susasana sepanjang pelabuhan dengan mengunjungi pasar-pasar basah di sini. Kesemua ikan dan hidupan laut segar dijual dengan harga murah.
Itu sahaja perkongsian kami pada post kali ini. Semoga ia menjadi panduan kepada anda yang ingin melancong ke Yeongdeok sekaligus menikmati masakan Snowcrab di sini.
Jika anda ingin travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, anda boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu anda melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas, teksi dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com