Tips melancong ke Korea : 5 Tips Menarik Pulau Nami Seoul



Nami island 나미섬 (Namiseom) merupakan salah satu destinasi yang 'mesti pergi' apabila mengunjungi Korea. Terkenal dengan lokasi penggambaran filem Winter Sonata, Pulau nami amat popular dikalangan pelancong asing terutamanya Malaysia. Pulau Nami terletak 70km ke timur dari bandar Seoul dan boleh di akses menggunakan train dan bas. Berikut merupakan beberapa tips menarik mengenai Nami Island

1. Waktu Sesuai

Waktu yang paling sesuai untuk mengunjungi Nami Island ialah pada musim luruh dan Salji. Selain dari musim ini, pemandangan Pulau nami sama sahaja tidak ubah seperti ladang getah jika di Malaysia. Beberapa rungutan saya dengar dari rakyat Malaysia yang mengatakan bahawa tiada apa yang menarik di Nami island. Ada yang mengatakan "indah khabar dari rupa". Saya setuju dengan pendapat itu jika anda pergi bukan pada waktu yang sesuai.

Untuk pemandangan cantik di Nami Island, dicadangkan untuk pergi sekitar pertengahan October sehingga pertengahan November untuk musim luruh manakala Pertengahan Januari sehingga awal Februari untuk musim Salji. Beberapa gambar sempat saya rakamkan ketika berada di Nami Island.

Nami Island di awal musim Luruh



Nami island di pertengahan musim luruh






Nami island di penghujung musim luruh




2. Mesra Muslim

Bagi Muslim, tidak perlu risau ketika mengunjungi Nami Island kerana di sini terdapat Surau dan Restoran Halal yang terletak di tingkat bawah surau sahaja. Lokasi surau dan restoran ini terletak di bahagian tengah Nami Island (Love Village).



3. Spot menarik yang 'mesti pergi' di Nami Island
  • Winter Sonata First Kiss
  • Central Korean Pine Tree Lane
  • Ginkgo Tree Lane
  • Metasequoia Tree Lane
  • Cherry Tree Lane (Musim bunga sakura sahaja, iaitu dari awal sehingga pertengahan April)
Untuk menjimatkan masa, fokus hanya tempat-tempat yang disenaraikan diatas sahaja.

Winter Sonata First Kiss

4. Kemudahan di Nami Island
  • Nami Island Ferry : 4000 KRW
  • Zig Wire flying folk: 38,000 KRW. Pengalaman menaiki zig wire ke nami island, untuk pulang perlu menggunakan ferry
  • Hotel Jeonggwanru. Terletak di kawasan tengah nami island iaitu di Love Village
  • Tempat penyewaan basikal di nami island.

Rate Hotel 
  • Suite, 4 orang sekitar 120,000 KRW - 140,000 KRW
  • Bungalow, 10 orang sekitar 240,000 KRW
  • Bungalow, 14 orang sekitar 300,000 KRW
Harga diatas cuma anggaran sahaja, harga akan berubah mengikut musim. Untuk membuat tempahan, kunjungi lawan web dengan klik sini.

5. Lokasi pelancongan yang berhampiran

Petite France cuma terletak beberapa Kilometer dari Nami Island. Jika anda telah sampai di Nami island, ambil peluang untuk mengunjungi Petite France juga. Petite france adalah sebuah lokasi yang mempamerkan senibina masyarakat Perancis. Tidak lupa juga "The Garden of Morning Calm" yang terletak 24 km dari Nami Island.

Dibawah ini kami sediakan itinerary ke Seoul untuk anda jadikan sebagai rujukan. Klik link dibawah untuk download.


Jika anda ingin travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, anda boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu anda melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com

2 comments:

NFZ said...

Assalammualaikum,

Saya akan ke South Korea May nanti, InsyaAllah... blh saya tau tempat makan menarik di sekitar Busan, Daegu & Seoul?

Terima Kasih...

17 - 20 May
Busan

20 - 22 May
Daegu

22 - 31 May
Seoul


Mohd Saiful Izwan said...

@NFZ

Salam. Bagus itinerary ni. Cuma bandar terlalu besar, nak rekeman kat mana pun tak tau. Kalau ada specific itinerary saya boleh recommend

Post a Comment