Melancong ke Bandar Ulsan di Ganjeolgot, Lokasi Popular Melihat Matahari Terbit Pada Pagi Tahun Baru


Ganjeolgot 간절곶 terletak berhampiran dengan Bandar Ulsan, sekitar 25km dari Downtown dan bersebelahan dengan pantai popular Jinha Beach. Ganjeolgot adalah antara salah satu daripada lokasi popular untuk menyaksikan matahri terbit dimana setiap malam tahun baru, ramai masyarakat korea akan ke sini untuk menyaksikan matahari terbit pada pagi tahun baru tersebut. Mengikut adat resam masyarakat Korea, mereka akan berdoa dan meminta apa sahaja hajat mereka kepada matahari ketika ianya mulai terbit.

Perkara ini adalah sangat bertentangan dengan Islam yang melarang sebarang bentuk penyembahan kepada selain tuhan yang maha agung, Allah s.w.t. kerana Matahari bukanlah tuhan sebaliknya merupakan makhluk ciptaan tuhan;

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam." (Al-Quran, Al-A’raaf : 54)

Maklumat mengenai Ganjeolgot 간절곶:-
  • Google Maps Address: Sunrise Ganjeolgot, 39-2 Ganjeolgot 1-gil, Ulju-gun, Ulsan
  • Coordinate: 35.358975, 129.360581
  • Bas: No 715. Tambang KRW 1300. Naik di hadapan Taehwagang Station atau Lotte Department Store Samsandong. Bas akan berhenti di station Ganjeolgot. Perjalanan mengambil masa 2 jam kerana route bas yang agak jauh
  • Teksi: Tambang KRW 25,000. Perjalanan mengambil masa 46 minit.

Beberapa gambar yang sempat diambil di sekitar Ganjeolgot.








Ganjeolgot juga merupakan salah satu lokasi untuk bermain "Pokemon" selain daripada Sokcho. Kelihatan orang ramai sedang sibuk menangkap Pokemon masing-masing.



Jika anda ingin travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, anda boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu anda melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas, teksi dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com

0 comments:

Post a Comment