Tips Melancong ke Korea Suncheon International Wetland Center


Jika korang berpeluang ke bahagian barat selatan korea jangan lupa untuk singgah ke Suncheon. Suncheon terletak berhampiran dengan bandar Yeosu dan 185 km dari Busan. Suncheon merupakan bandar kecil yang terancang dan bandar berasaskan pertanian dan perindustrian. Bandar ini kelihatan seperti bandar yang baru dibina. Salah satu tempat yang mesti pergi adalah Suncheon International Wetland Center 순천만국제습지센터.

Address:
전라남도 순천시 국가정원1호길47순천만국제습지센터
66, Namseungnyong-ro, Suncheon-si, Jeollanam-do, South Korea
Google maps ccordinate: 34.928775, 127.496244
Car GPS: 1577-2013

Cara ke sini dari Gimhae International Airport Busan,
  1. Keluar dari balai ketibaan di pintu no 3.
  2. Berhampiran, Tunggu bas di station no 1 seperti gambar di bawah. Naik bas yang bertulis "Gwangju" 광주. Tiket berharga KRW 13,000. Perjalanan mengambil masa 2jam 30 minit. Waktu operasi bas hanya pada pukul 10:00 am, 17:00 pm dan 19:30 pm sahaja.

Perjalanan Bas: Gimhae Airport - Dong Gwangyang - Gwangyang - Suncheon - Gwangju


Suncheon International Wetland Center merupakan taman rekreasi yang sangat cantik. Tiket masuk 7,000 KRW untuk dewasa. Ada 2 pintu utama iaitu pintu timur dan barat. Di pintu timur ada taman bunga, taman tasik dan sky cube station (mini train). Skycube merupakan keretapi berbentuk cube dan bergerak sepanjang 7 km dari station Wetland Center hingga ke Suncheon bay 순천만. Apa yang menarik kereta cube ini bergerak melalui sawah padi sehingga ke Suncheon Bay. Station skycube tutup pada pukul 6 petang.











Di pintu barat pula terdapat taman tasik utama, taman bunga dan taman replika rekaan. Taman ini berdasarkan tema dari pelbagai negara. Korang boleh gunakan 'mini train' untuk mengelilingi keseluruhan taman ini kalau penat berjalan kaki. Station train ini terletak bersebelahan tasik utama Suncheon di pintu sebelah timur.












Kedua-dua bahagian timur dan barat dipisahkan dengan sungai dan disambungkan dengan sebuah jambatan seni. Jambatan seni ini mempamerkan hasil lukisan-lukisan seni semua pelajar dari semua sekolah yang ada di Korea. Menarik kan?






Suncheon International Wetland Center tutup pada pukul 8 malam. Korang perlu luangkan 1 hari penuh kalau nak puas hati keliling taman ini. Kami ke sini agak lewat dan tak sempat untuk menghabiskan pusing seluruh taman.

Bermula di pintu barat kami ikut laluan yang disediakan dan keluar di pintu timur. Agak jauh juga nak berjalan kaki semula ke pintu masuk barat, lebih kurang 1.3 km. Penat dibuatnya.




Setelah kepenatan seharian berjalan di taman ini kami singgah makan di kedai ikan bakar Godeungeo Gui 고등어구이 di bandar Suncheon. Harga berpatutan 14,000 KRW untuk semua hidangan. Selamat mencuba dan selamat bercuti ke Suncheon, Korea Selatan.

Klik sini untuk melihat penginapan di Suncheon dan untuk mencari Perkhidmatan Kereta Sewa di Korea, klik sini


Setakat ini sahaja perkongsian kami. Jangan lupa untuk like dan share FB page jimatmelancong.

Kalau korang nak travel ke Korea secara sendiri tanpa travel agen ke Seoul, Busan atau Jeju, korang boleh menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Korang boleh menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com

Tips Melancong Ke Korea : Daejon


Daejeon merupakan salah satu bandar besar di Korea dan terletak di sebelah selatan Seoul. Di bandar ini terdapat kemudahan pengangkutan subway. Berikut adalah beberapa tempat menarik menarik di Daejeon yang sempat kami tawan.

1. Daejeon Science Expo Park 대전엑스포과학공원

Address:
대전광역시 유성구 대덕대로 480
480 Daedeok-daero, Yuseong-gu, Daejeon
Google Maps coordinate: 36.377248, 127.386067
Car GPS: 042-250-1115

Apa yang menarik:
  • Hanbit Tower
  • Taman mainan kanak-kanak
  • Museum Korea Utara 
  • Pertunjukan air pancur (malam sahaja)




2. PPuri Park 뿌리공원

Address:
대전광역시 중구 뿌리공원로 79
PPuri Gongwon, Jung-gu, Daejeon, South Korea
Google Maps coordinate: 36.284581, 127.387517
Car GPS: 042-581-4445

Merupakan pameran batu hiasan yang mempunyai maklumat asal usul keturunan dan nama keluarga (family name) rakyat korea. Di Korea banyak nama-nama keluarga yang popular seperti Kang, Kim, Park, Jo,Choi dan sebagainya. Nama-nama ini mempunyai latar belakang dan sejarahnya tersendiri. Maklumat mengenai nama-nama ini ditulis pada batu-batu hiasan di taman PPuri Park sebagai informasi kepada pengunjung. Namun begitu semua maklumat  dalam bahasa Korea. Harga tiket masuk ke taman ini adalah KRW 2,000 bagi dewasa dan KRW 1,000 bagi kanak-kanak.












3. Daejeon O-World Theme Park 대전 오월드

Address: 
대전광역시 중구 사정동
70 Sajeonggongwon-ro, Jung-gu, Daejeon, South Korea
Google Maps coordinate: 36.288627, 127.398118
Car GPS: 042-580-4820

Jika di bandar Daegu ada taman tema E-World, di bandar Daejeon ada taman tema O-World. Seakan-akan sama namanya cuma konsep sahaja yang berbeza. Taman tema ini terletak berhampiran PPuri Park. Tiket masuk ke taman ini KRW 29,000 bagi dewasa dan KRW 20,000 bagi kanak-kanak.



4. Restoran "Lispstick Haemul Ttukbaegi" 립스틱해물뚝배기

Address
서구둔산대로117번길 95 리더스타운 B동101호
306 Mannyeon-dong, Seo-gu, Daejeon, South Korea
Google Maps coordinate: 36.369603, 127.381488
Car GPS: 042-483-8877

Terletak bertentangan dengan Daejeon Expo Park. Kami ke sini untuk makan tengahari. Menu sangat memuaskan dengan harga berpatutan. Masakan Ttukbaegi Haemultang 뚝배기해물탕 memang sedap dengan harga KRW 10,000 sahaja.





Dah bersedia untuk bercuti di bandar Daejeon? Apa lagi, book hotel anda sekarang.

Anda ingin travel ke Korea tanpa menggunakan travel agen? Anda boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu anda melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan kereta sewa dengan mudah dan tak sesat. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com