Daejeon merupakan salah satu bandar besar di Korea dan terletak di sebelah selatan Seoul. Di bandar ini terdapat kemudahan pengangkutan subway. Berikut adalah beberapa tempat menarik menarik di Daejeon yang sempat kami tawan.
1. Daejeon Science Expo Park 대전엑스포과학공원
Address:
대전광역시 유성구 대덕대로 480
480 Daedeok-daero, Yuseong-gu, Daejeon
Google Maps coordinate: 36.377248, 127.386067
Car GPS: 042-250-1115
Apa yang menarik:
- Hanbit Tower
- Taman mainan kanak-kanak
- Museum Korea Utara
- Pertunjukan air pancur (malam sahaja)
2. PPuri Park 뿌리공원
Address:
대전광역시 중구 뿌리공원로 79
PPuri Gongwon, Jung-gu, Daejeon, South Korea
Google Maps coordinate: 36.284581, 127.387517
Car GPS: 042-581-4445
Merupakan pameran batu hiasan yang mempunyai maklumat asal usul keturunan dan nama keluarga (family name) rakyat korea. Di Korea banyak nama-nama keluarga yang popular seperti Kang, Kim, Park, Jo,Choi dan sebagainya. Nama-nama ini mempunyai latar belakang dan sejarahnya tersendiri. Maklumat mengenai nama-nama ini ditulis pada batu-batu hiasan di taman PPuri Park sebagai informasi kepada pengunjung. Namun begitu semua maklumat dalam bahasa Korea. Harga tiket masuk ke taman ini adalah KRW 2,000 bagi dewasa dan KRW 1,000 bagi kanak-kanak.
Address:
대전광역시 중구 사정동
70 Sajeonggongwon-ro, Jung-gu, Daejeon, South Korea
Google Maps coordinate: 36.288627, 127.398118
Car GPS: 042-580-4820
Jika di bandar Daegu ada taman tema E-World, di bandar Daejeon ada taman tema O-World. Seakan-akan sama namanya cuma konsep sahaja yang berbeza. Taman tema ini terletak berhampiran PPuri Park. Tiket masuk ke taman ini KRW 29,000 bagi dewasa dan KRW 20,000 bagi kanak-kanak.
4. Restoran "Lispstick Haemul Ttukbaegi" 립스틱해물뚝배기
Address
서구둔산대로117번길 95 리더스타운 B동101호
306 Mannyeon-dong, Seo-gu, Daejeon, South Korea
Google Maps coordinate: 36.369603, 127.381488
Car GPS: 042-483-8877
Terletak bertentangan dengan Daejeon Expo Park. Kami ke sini untuk makan tengahari. Menu sangat memuaskan dengan harga berpatutan. Masakan Ttukbaegi Haemultang 뚝배기해물탕 memang sedap dengan harga KRW 10,000 sahaja.
Dah bersedia untuk bercuti di bandar Daejeon? Apa lagi, book hotel anda sekarang.
Anda ingin travel ke Korea tanpa menggunakan travel agen? Anda boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu anda melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan kereta sewa dengan mudah dan tak sesat. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com
0 comments:
Post a Comment