Everland merupakan themepark yang terbesar di Korea. Kerana faktor keluasannya dan keadaan bentuk muka bumi yang berbukit, untuk explore seluruh taman tema ini memerlukan semangat yang kental. Kalau tak, korang akan kecewa kerana tak sempat menghabiskan lawatan dalam masa sehari. Sebab itulah korang kena rancang perjalanan dalam Everland supaya korang puas sebab tiket Everland ni bukannya murah-murah. Jadi kami nak kongsikan supaya korang lebih bersedia sebelum ke Everland.
Roller Coaster T-Express ni paling most wanted. Landasan yang panjang dan diperbuat dari kayu sahaja. Rasa tak lengkap tak cuba Roller Coaster ini kalau korang ke Everland. Tapi tak semudah yang disangka. Korang perlu beratur panjang untuk menunggu giliran. Kadang-kadang tu tempoh menunggu boleh mencecah higga 3 jam lamanya! Sanggup?
Kalau tak sanggup, ini ada sikit tips. Sebelum ke Everland, korang research dulu dimana terletaknya kedudukan T-express. Apabila masuk di pintu utama Everland, terus menuju ke T-Express. Abaikan yang lain dulu. Normally kalau ikut flow, seseorang masuk ke Everland dia akan melalui T-Express dibahagian akhir sekali. Strategi yang bagus ialah korang pilih jalan secara terbalik.
2. Musolla / Muslim Prayer Room
Tak perlu risau nak solat di mana kerana di Everland ada bilik solat yang terletak berhampiran dengan T-Express. So senang kan?
3. Ramalan Cuaca
Yang ini paling penting. Pastikan korang kaji cuaca dulu beberapa hari sebelum ke Everland. Jika hari yang plan untuk ke Everland akan hujan, tukar plan ke hari lain. Waktu hujan banyak permainan tidak beroperasi kerana faktor keselamatan. Rugi je kalau bayar tiket mahal-mahal tapi tak puas sebab banyak rides yang tutup. Kalau hari hujan, cepat-cepat tukar plan ke hari lain ye.
4. Elakkan pada Hujung Minggu
Kalau boleh pergi Everland pada hari bekerja iaitu hari Isnin hingga Jumaat. Pastikan korang keluar dari hotel seawal yang mungkin dan pulang selewat yang mungkin. Yelah, bayar tiket mahal-mahal mesti la kene enjoy puas-puas kan!
5. Potongan Harga bagi pelancong asing
Korang akan dapat diskaun waktu beli tiket di kaunter tiket. Diskaun ni khas untuk pelancong asing. Yang penting korang standby je passport mana tau diorang nak tengok. Lagi-lagi muke macam Kpop memang susah la dia nak percaya yang korang ni Tourist kan ;p
Lawatan kami yang lepas pada pertengahan musim luruh. Pada waktu ini cuaca dan suhu just nice iaitu sekitar 10 C ke 18 C. Tempoh siang pendek hari mula gelap pukul 5.30 petang. Tapi takpe, yang bestnya sebelah malam ada macam-macam pertunjukan dan persembahan pula. Ada pertunjukan lampu, kereta kuda, bunga api dan macam-macam lagi la.
Korang nak melancong ke Seoul? Kat bawah ni kami sediakan itinerary untuk korang jadikan panduan. Korang boleh edit ikut citarasa sendiri ya. Klik je gambar pdf bawah ni.
Selamat bercuti ke Everland, Korea.
Oh ya! kalau korang baru first time datang ke Seoul, korang boleh cuba menggunakan kad bantuan perjalanan Naracards Travel Guide di www.Naracards.com. Kad ini dah siapkan tempat-tempat menarik yang ada di Seoul dan bagaimana cara untuk sampai ke setiap destinasi.