Salam Sejahtera dan Annyeonghaseyo. Ketika post ini ditulis, sekarang adalah Peak Musim Autumn di Korea. Jika anda ke Korea pada waktu ini, pemandangannya sangat cantik terutamanya di bandar Gyeongju dan sekitar Damyang.
Post kali ini kami nak share mengenai Bandar Jinju. Bila sebut je Jinju pasti bermain di fikiran saya tentang taman kubu lama (fortress) dan masakan belut bakar. Dua aktiviti ini mesti dilakukan jika ke Jinju. Jinju terletak 100 km ke barat dari Gimhae International Airport, Busan.
Jinjuseong Fortress 진주성
Address:
626 Namgang-ro, Namseong-dong, Jinju, Gyeongsangnam-do, South Korea
경상남도 진주시 복성도
Coordinate: 35.190344, 128.078029
Phone: 055-749-2480
*Gunakan nombor phone untuk diletakkan di dalam GPS jika anda menggunakan kereta sewa.
Taman Kubu lama ini terletak bersebelahan dengan Sungai Namgang 남강. Kubu ini terdapat 2 pintu utama iaitu pintu barat 'gong buk mun' 공북문 dan pintu timur 'chok seong mun' 촉성문. Kebiasaanya masuk dari pintu utama di barat dan keluar di pintu timur. Tiket masuk adalah KRW 4,000 untuk dewasa. Antara pemadangan yang sempat dirakam ketika berada di Kubu ini.
Cara-cara ke Jinju dari Busan Airport menggunakan Public Transport
- Dari balai ketibaan, keluar menghala ke LRT station. Beli tiket ke 'Sasang station' 사상
- Dari Sasang station, jalan kaki 500 meter ke arah 'Busan Seobu Bas Terminal' 부산서부버스터미널.
- Beli tiket ke 'Jinju' 진주시외버스터미널. Harga tiket KRW 7,700 dan perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit.
- Dari terminal bas di Jinju, ambil teksi ke 'Jinjuseong' 진주성. Tambang sekitar KRW 3,000 ke 4,000. Jika mahu menggunakan bas, ikut langkah 5.
- Dari bas terminal, melintas jalan dan jalan kaki 100 meter ke arah station bas terdekat, naik bas bernombor 120 dan berhenti selepas 4 station, iaitu di station 'Jinjuseong' 진주성 정류장. Tambang bas adalah PERCUMA.
Berhampiran pintu masuk utama kubu (pintu gong buk mun) terdapat kedai makan belut bakar. Harga hidangan dalam 15,000 ke 20,000 KRW setiap orang. Ada banyak lagi kedai-kedai berhampiran turut menjual masakan belut bakar. Belut ni macam menu utama lah kalau datang ke sini. Kami ke kedai seperti gambar dibawah ini. Kedai ini berhampiran dengan pintu masuk timur (chok seong mun)
Kedai 'Nam Jeong Jangeo' 남정장어 kedai berhampiran pintu masuk timur (chok seong mun). Kedai yang kami pilih untuk cuba belut bakar.
Kedai belut bakar berhadapan pintu masuk utama Jinju Fortress (gong buk mun). Kedai ini memang popular, setiap yang datang ke Jinju pasti akan singgah makan di kedai ini.
Belut air tawar bakar. Hidangan ini kurang pedas sesuai untuk kanak-kanak. Harga KRW 17,000.
Itu sahaja untuk post kali ini, jika korang ke Jinju dan melawat tempat-tempat menarik selain yang yang kami kongsikan ini, jangan lupa untuk kongsikan di ruangan komen di bawah. Selamat berkunjung ke Jinju Korea Selatan.
0 comments:
Post a Comment