Part 1: Itinerary Penuh Backpack 8 Hari 7 Malam di 10 Bandar Utama Korea Selatan Beserta dengan Kos Perbelanjaan

Salam Sejahtera dan Annyeonghaseyo,

Pada post kali ini saya ingin kongsikan pengealaman backpack di Korea Selatan selama 8 hari 7 malam di 10 bandar utama di Korea menggunakan kereta sewa. Pengalaman ini agak berbeza sedikit memandangkan mungkin banyak lokasi atau bandar yang kami pergi ini jarang didengari oleh orang ramai.


Tambahan pula, kebanyakan destinasi agak sukar diakses kerana public transport ke kawasan ini agak sukar diperolehi atau rumit perjalanannya. Sebab itu kami memilih untuk menggunakan kereta. Walaubagaimanapun kami tetap kongsikan cara-cara ke bandar tersebut dengan menggunakan public transport sebagai panduan. Lokasi yang kami pergi seperti dibawah.


1. Tongyeong

2. Jinju
3. Yeosu
4. Boseong
5. Jeonju
6. Damyang
7. Gwangju
8. Daejeon
9. Sejong
10. Seoul



Perjalanan bermula di bandar Ulsan. Bandar Ulsan terletak di sebelah Tenggara Korea Selatan. Gambar diatas memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai kedudukan Bandar Ulsan. Maps menunjukkan perjalanan bermula dari Ulsan dan bergerak ke arah barat Korea. Kemudian kami bertolak ke Utara hingga ke Seoul.




Pengangkutan

Kami menggunakan kereta sewa model Hyundai Avante (Elantra) yang disewa pada kadar KRW 270,000 untuk 9 hari. Waktu ni model kereta ni baru sahaja dilancarkan dan masih tidak dijual di negara lain. Dengan keadaan kereta baru dan performance yang mantap, membuatkan perjalanan kami jadi lebih seronok. Jika anda ingin sewa kereta di Korea, boleh gunakan perkhidmatan dari rentalscars yang boleh ditempah online.




Tips: Untuk memandu di Korea Selatan, anda perlu mendapatkan lesen memandu antarabangsa di JPJ dengan bayaran RM 150 dan lesen sah untuk tempoh 1 tahun.

Ringkasan,

  • Backpackers: Penulis, isteri, anak pertama (3 tahun), anak kedua (3 bulan)
  • Tranportation: Kereta sewa jenis Avante (Elantra)
  • Penginapan: Hotel atau motel dengan budget maksimum 50,000 KRW per malam
  • Kos Makan: 15,000 KRW setiap orang, untuk 1 hari. 
  • Musim: Panas. Suhu sekitar 23C ke 32C
  • Jarak perjalanan: 2010 km
Penginapan
Kebiasaannya kami sering guna perkhidmatan Airbnb untuk rumah yang  murah dan lengkap dengan dapur untuk kami memasak. Memandangkan trip ini jadualnya agak pack, kami plan supaya makan di luar sahaja setiap hari dan kami lebihkan kos makan harian. Tambahan pula waktu ni summer holiday, kebanyakan rumah Airbnb dah fully booked. Sebagai alternatif kami menggunakan perkhidmatan Agoda.com dan booking.com untuk semua penginapan sepanjang trip ini.

Hari Pertama


Bandar pertama adalah Tongyeong. Kami mula bertolak pada awal pagi dan menghala ke arah Tongyeong menggunakan highway Busan-Ulsan. Destinasi pertama kami adalah Tongyeong Cable Car.




Belum sempat keluar bandar Ulsan lagi, kami terperangkap dalam trafik jem yang agak teruk. Perjalanan hari pertama agak mencabar kerana apabila tiba di Busan, sekali lagi kami terperangkap trafik jem. Agak normal di mana-mana tempat berlaku jem kerana waktu sekarang adalah cuti musim panas di Korea.




Kebanyakan rakyat Korea akan keluar bercuti bersama keluarga. Tambahan pula, waktu musim panas tiket penerbangan ke Korea akan jadi sangat murah menyebabkan ramai pelancong asing turut juga bercuti ke Korea.




Untuk meredakan suasana panas dan trafik jem yang teruk, kami menggunakan jalan dalam dan singgah makan tengahari dahulu. Kami singgah di salah sebuah restoran yang menghidangkan masakan Doenjang Jiggae. Harga pun berpatutan cuma KRW 8,000 sahaja per set. Kemudian perjalanan diteruskan semula dan tiba di Tongyeong Cable car pada pukul 2 petang.





Hallyeosudo Viewing Ropeway


Alamat:

경상남도 통영시 발개로 205 도남동 349-1
349-1, Donam-dong, Tongyeong-si, Gyeongsangnam-do, South Korea
Google Maps: 34.826430, 128.425273






Public Transport ke Bandar Tongyeong dari Gimhae Airport, Busan



  1. Dari balai ketibaan, keluar menghala ke LRT station. Beli tiket ke 'Sasang station' 사상
  2. Dari Sasang station, jalan kaki 500 meter ke arah 'Busan Seobu Bas Terminal' 부산서부버스터미널.
  3. Beli tiket ke 'Tongyeong' 통영종합버스터미널. Harga tiket KRW 10,400 dan perjalanan mengambil masa 1 jam 40 minit. 



Okay, selesai menikmati pemandangan bandar Tongyeong yang cantik dari atas gunung, destinasi seterusnya adalah Gang-gu an port. Di sini kami ingin melihat senibina kapal perang zaman dynasti Chosun.




Ganggu-an Port Cultural Centre


Alamat:

55 Jungang-dong, Tongyeong-si, Gyeongsangnam-do, South Korea
Google Maps: 34.843526, 128.423997



Terdapat beberapa jenis design kapal antaranya kapal perang yang dinaiki General Yi Sun Sin 이순신. Ok yang ni memang ada baca sejarah dulu sebelum ke sini. Kalau korang kat Seoul, area Gwanghwamun ada patung General Perang Yi Sun Sin. Yi Sun Sin ni memang terkenal dengan kehebatan beliau semasa berperang dengan tentera Jepun satu ketika dahulu.




Setelah selesai jalan-jalan sekitar Geobukseon. Seterusnya kami ke Masjid Bahrul Islah yang terletak cuma 2 km dari Geobukseon untuk singgah solat.






Selesai menunaikan solat Jamak, perjalanan diteruskan ke Sweet Motel 스위트모텔 di Sacheon. Apa yang menarik, motel ini sangat cantik dikelilingi hutan dan sawah padi. Tiada akses public transport di sini. Keadaan jalan raya waktu malam agak sunyi dan gelap kerana kedudukannya yang agak terpencil dan tiada lampu jalan raya. Hanya kami je foreigner di sini. Kami dilayan dengan baik dan diberi bilik yang besar.




Kos-kos terlibat untuk hari ini



Isi minyak - 30,000 KRW 
Toll - 13,900 KRW
Hallyeosu Ropeway - 26,000 KRW
Makan - 16,000 KRW
Motel - 50,000 KRW

Total - 135,900 KRW



Hari 2


Walaupun penat semalam belum habis, kami masih bertenaga dan tak sabar untuk mulakan hari ke-2.



Destinasi pertama pada pagi ini adalah Jinju fortress. Perjalanan sejauh 35 km dan 30 minit dari motel ke Jinju Fortress.




Jinjuseong Fortress


Alamat:

626 Namgang-ro, Namseong-dong, Jinju, Gyeongsangnam-do, South Korea
경상남도 진주시 복성도
Google maps: 35.190344, 128.078029



Senibina Jinju Fortress ni memang cantik. Ala-ala Namdaemun di Seoul. Tapi di Jinju dapat lihat keseluruhan struktur penuh kubu ini tidak seperti Namdaemun, hanya pintu sahaja. Dan dalam kubu ini pula ada taman.





Kubu ni terletak disebelah sungai Namgang 남강. Memang cantik pemandangan di sini
.

Mendengar cerita dan pengalaman dari rakan-rakan di Korea, jika ke Jinju tak sah kalau tak makan belut bakar (jangeo gui) di sini. Setelah selesai ke kubu lama Jinju, kami cari kedai belut bakar yang popular yang diwar-warkan namun kedai tersebut dah pun dirobohkan untuk pembinaan baru. Jadi kami ke kedai lain untuk menikmati masakan belut bakar.






Di kawasan ini memang banyak kedai makan belut. Kami pilih sahaja salah satu kedai. Fuh, memang sedap masakan belut di sini! korang kena cuba. Gambar bawah ni (signboard warna hijau) itulah kedai yang kami pergi.




Public Transport ke Bandar Jinju dari Gimhae Airport, Busan

  1. Dari balai ketibaan, keluar menghala ke LRT station. Beli tiket ke 'Sasang station' 사상
  2. Dari Sasang station, jalan kaki 500 meter ke arah 'Busan Seobu Bas Terminal' 부산서부버스터미널.
  3. Beli tiket ke 'Jinju' 진주시외버스터미널. Harga tiket KRW 7,700 dan perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. 
  4. Dari terminal bas di Jinju, ambil teksi ke 'Jinjuseong' 진주성. Tambang sekitar KRW 3,000 ke 4,000. Jika mahu menggunakan bas, ikut langkah 5.
  5. Dari bas terminal, melintas jalan dan jalan kaki 100 meter ke arah station bas terdekat, naik bas bernombor 120 dan berhenti selepas 4 station, iaitu di station 'Jinjuseong' 진주성 정류장. Tambang bas adalah PERCUMA.
Perut dah kenyang, aktiviti seterusnya adalah early check-in di Moris Hotel di bandar Gwangyeong. Di hotel ini kami check in selama 2 malam. Kami bercadang untuk habiskan masa selama 2 hari di bandar seterusnya iaitu Yeosu.



Selepas drop barang-barang di hotel dan solat jamak, seterusnya kami ke bandar Yeosu. Apa yang menarik untuk sampai ke Yeosu kami melalui banyak jambatan yang cantik dan melalui Loji Proses minyak terbesar GS Caltex. Macam dalam gambar dibawah ialah jambatan Yi Sun Sin 이순신대교. Design jambatan ini sama seperti jambatan Ulsan yang baru siap dibina pada tahun 2016.




Destinasi pertama di Yeosu adalah Yeosu Expo Park. Ada macam-macam benda menarik di Expo park ini. Antaranya, Aquarium, taman mainan kanak-kanak, pertunjukan, pameran, observation building, hotel dan macam-macam lagi.




Yeosu Expo Park


Alamat
전라남도 여수시 수정동
Sujeong-dong, Yeosu-si, Jeollanam-do
Google Maps: 34.749775, 127.748204





Waktu ni ada ekspo kitar semula dan persembahan musik. Banyak replika diperbuat dari barang-barang kitar semula antaranya mainan kanak-kanak, basikal dan macam-macam lagi.





Kemudian kami ke museum Teddy bear, taman mainan kanak-kanak dan observation building.




Memang besar Ekspo park ini. Kalau nak jalan semua memang tak larat rasanya. Jadi kami guna mini train untuk pusing satu Yeosu Ekspo Park ni.







Dari dalam mini train ni je kami boleh lihat seluruh Yeosu ekspo park. Jimat tenaga untuk aktiviti seterusnya.



Taman rekreasi kanak-kanak


Aqua Planet Yeosu


Hotel


Cruise

Setelah puas pusing Yeosu Ekspo Park, kami bertolak ke bandar Yeosu untuk makan malam. Menu makan malam ialah Jjukkumi di Baboo Brothers Jjukkumi. JJukkumi merupakan makanan favourite kami ketika menetap di Korea.




Hari pun dah gelap. Selesai sahaja makan, kami ke Yeosu Marine Park. Lokasi yang strategik untuk melihat keindahan waktu malam bandar Yeosu.



Jambatan Geobukseon

Yeosu Marine Park


Alamat:

전라남도 여수시 중앙동 246-1
Jeollanam-do, Yeosu-si, Jungang-dong, 246-1
Google Maps: 34.736991, 127.741921


Jambatan Dolsan

Dikatakan lokasi yang strategik kerana taman ini terletak di antara 2 jambatan utama Yeosu iaitu Jambatan Dolsan dan Jambatan Geobukseon. Boleh lihat cable car merentasi jambatan Geobukseon.




Memang meriah waktu malam di taman ini. Terdapat restoran, kedai serbaneka, kedai kopi hipster dan macam-macam lagi. Ramai juga orang-orang Korea memancing ikan Galchi di sini.


Waktu dah lewat dan kami pulang semula ke hotel di Gwangyeong.

Public Transport ke Bandar Yeosu dari Gimhae Airport, Busan

  1. Subway station Sasang 사상 (Line no 2, hijau) exit 3 atau 5.
  2. Jalan ke arah Seobu Intercity Bus Terminal 서부시외버스터미널 
  3. Tiket bas ke Yeosu Bus Terminal 여수종합버스터미널

Kos-kos terlibat untuk hari ini



Isi minyak - 14,000 KRW 
Toll - 2,500 KRW
Jinju Fortress - 4,000 KRW
Makan set belut bakar - 22,000 KRW
Jjukkumi (2 set) - 20,000 KRW
Motel (2 malam) - 78,000 KRW

Total - 140,500 KRW



Hari 3

Pagi ini kami ke bandar Yeosu lagi. Destinasi pertama pada pagi ini adalah Yeosu Marine Cable Car. Cable car boleh dinaiki samaada dari station Dolsan Park atau Jasan Park. Kami memilih untuk ke Dolsan Park





Cable car di Yeosu berbeza dengan di Tongyeong. Laluan cable car ini di antara 2 bukit. Satu di Dolsan Park dan satu lagi di Jasan Park. Pemandangan dari atas cable car memang tak dapat dilupakan. Memang cantik dan berbaloi.






Kalau yang berani boleh ambil kabin lutsinar. Bayaran mahal sikit dari kabin biasa.




Yeosu Marine Cable Car


Alamat:

전라남도 여수시 돌산읍 우두리 산 1
Jeollanam-do, Yeosu-si, Dolsan-eup, uduri san 1
Google Maps: 34.730147, 127.740353

Kami turun di Jasan park dan ronda-ronda kawasan sekeliling Sempat bergambar berlatar belakangkan Yeosu Ekspo Park dan Odongdo island.




Kemudian kami kembali semula ke Dolsan Park. Selesai naik cable car, kami ronda kawasan sekeliling Dolsan Park. Bawah ini merupakan gambar yang sempat diambil. Kelihatan bandar Yeosu dari atas bukit Dolsan Park.








Setelah selesai menaiki cable car, kami teruskan perjalanan ke bandar Suncheon. Destinasi seterusnya adalah di Suncheonman Bay National Garden.




Merupakan taman botani terbesar di Korea Selatan. Taman ini ada 2 pintu utama. Dalam taman ini terdapat seni bina halaman rumah mengikut negara, taman bunga, dan yang paling utama adalah taman tasik Suncheon yang cantik dan besar.








Taman ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu timur dan barat. Kedua-dua bahagian ini dipisahkan dengan sungai. Untuk ke seberang, anda akan melalui sebuah jambatan cantik yang dindingnya dihiasi dengan lukisan seni seluruh pelajar-pelajar sekolah kindergarden di Korea.




Kami ronda-ronda seluruh taman ini sampai waktu tutup. Taman ini tutup pada pukul 6.30pm. Kami masuk di pintu barat dan keluar di pintu timur. Jadi kami terpaksa berjalan kaki hampir 1km untuk ke kereta semula.



Rehat kejap selepas jalan 1 km

Sampai je kereta, kami terus ke pusat bandar Suncheon untuk makan malam. Menu makan malam kami adalah ikan bakar (Gwangeo gui). Selesai makan kami pulang semula ke hotel.


Suncheonman Bay National Garden


Alamat

전라남도 순천시 국가정원1호길47순천만국제습지센터
66, Namseungnyong-ro, Suncheon-si, Jeollanam-do, South Korea
Google maps: 34.928775, 127.496244

Public Transport ke Bandar Suncheon dari Gimhae Airport, Busan

  1. Keluar dari balai ketibaan di pintu no 3.
  2. Berhampiran, Tunggu bas di station no 1 seperti gambar di bawah. Naik bas ke "Gwangju" 광주. Tiket berharga KRW 13,000. Turun di station Suncheon. Perjalanan mengambil masa 2jam 30 minit. Waktu operasi bas hanya pada pukul 10:00 am, 17:00 pm dan 19:30 pm sahaja.

Mengenai Bandar Suncheon


Merupakan bandar baru dan kecil. Bandar yang sangat cantik dan terancang. Sangat sukar nak jumpa orang yang berbahasa inggeris di sini. Penduduk di sini agak pelik apabila nampak foreigner tetapi sangat melayani tetamu terutamanya ketika kami di kedai makan. Bangunan, jalan raya, infrastuktur sangat terancang kerana bandar ini nampak seperti pembangunan baru.


Kos-kos terlibat untuk hari ini



Isi minyak - 13,000 KRW 
Toll - 1,400 KRW
Cable Car - 35,000 KRW
Suncheonman - 20,000 KRW
Makan malam - 16,000 KRW

Total - 85,400 KRW


Hari 4


Di awal pagi kami check out hotel dan terus gerak menuju ke Boseong. Boseong merupakan kawasan popular dengan tanaman Teh hijau atau green tea (Nok Cha).



Boseong green tea ala-ala cameron highland, dimana kita boleh melawat ladang teh sambil menikmati pemandangan cantik. Boseong merupakan destinasi tarikan pelancong tempatan yang popular di Korea. Di sini, boleh lihat ramai rakyat Korea daripada foreigner. Boleh jadi ramai pelancong luar masih tidak tertedah dengan tempat ini. Atau mungkin akses ke sini agak sukar bagi pelancong luar.








Kalau dah sampai di Boseong ni korang kena rasa produk-produk greentea seperti aiskrim, coklat, biskut, kek dan macam-macam lagi. Terdapat banyak kedai sekitar taman Boseong Green Tea ni. Kami tak ketinggalan mencuba beberapa produk green tea kat sini seperti aiskrim dan juga coklat green tea.






Di sini terdapat taman rekreasi dan banyak kedai-kedai produk berasaskan green tea. Korang boleh tengok gambar bawah ni, orang-orang Korea lepak di sepanjang anak sungai sambil rendam kaki dan minum minuman berasaskan greentea. Memang santai.




Daehan Dawon Tourist Tea Plantation


Alamat:

전라남도 보성군 보성읍 녹차로 763-65
763-65 Nokcha-ro, Boseong-eup, Boseong-gun, Jeollanam-do
Google Maps: 34.714821, 127.080822

Public Transport ke Bandar Boseong dari Seoul

  1. Subway line 3, station "Express Bus Terminal" 고속터미널
  2. Beli tiket bas ke Boseong. Tambang KRW 32,900 dan perjalanan mengambil masa 4 jam 40 minit 
  3. Dari Boseong Intercity Bus terminal, jalan kaki 60 meter ke station bas terdekat iaitu Boseong Terminal 보성터미널 정류장 (Boseong Teomineol Jeong-ryu-jang).
  4. Naik bas Boseong-Gunhak 보성-군학 dan turun di Daehan Dawon station 대한다원

Selesai sahaja lawatan kami di Ladang Green Tea Boseong, kami bergerak ke arah selatan iaitu di perkampugnan kecil Hoe Cheon Myeon, yang terletak 7.5 km ke arah selatan. Kami ke sini untuk cari kedai makan.



Banyak kedai di sini menghidangkan masakan ikan mentah (Sashimi). Kalau di korea jika korang nak rasa makan sashimi korang kena pergi ke Hoet Jib (restaurant ikan mentah). Tapi kami lebih suka ikan bakar jadi menu makan hari ini ialah Godeungeo gui dan Samchi gui.






Selesai je makan kami jalan-jalan sekitar pantai dan cari lokasi untuk berehat dan solat sebentar. Sambil tu anak kami sibuk bermain pasir. Pantai di Boseong cetek dan berlumpur. Sama seperti pantai di morib.


Kemudian perjalanan diteruskan lagi ke Gwangju. Perjalanan ke Gwangju mengambil masa selama 1 jam 10 minit sejauh 77km. Sampai sahaja di Gwangju, perut kami masih lapar. Jadi kami singgah di Jungang Street, bandar Gwangju.




Jungang street ni ialah uptown tempat lokasi netizen Gwangju bershopping. Terdapat banyak kedai-kedai pakaian trend Korea terkini, restoran dan kedai kosmetik di Jungang Steet.




Di sini kelihatan ramai foreigner. Mungkin di Gwangju terdapat universiti antarabangsa dan ramai pelajar yang belajar di sini kebanyakannya rakyat asing. Menu makan malam ialah Nasi goreng seafood di restoran Yoogane.




Berhampiran Jungang street kami ke Asian Cultural Centre. Ramai golongan muda mudi di sini bersantai dan ada yang sibuk dengan aktiviti skate boarding. Malam ini kami check-in di Prince Motel Gwangju.


Kos-kos terlibat untuk hari ini



Isi minyak - 17,000 KRW 
Toll - 4,100 KRW
Ladang Greentea - 8,000 KRW
Souvenir greentea - 10,000 KRW
Makan ikan bakar - 18,000 KRW
Makan Yoogane - 9,000 KRW
Motel - 45,000 KRW

Total - 111,100 KRW



2 comments:

cikgumidad said...

Sangat menarik...! Mungkin satu hari nanti....

Unknown said...

Assalammualaikum, maaf sy bertanya, semua kedai makan yg dicuba halal ke? Walaupun tidak mkn daging, tapi was was dengan peralatan memasak seperti pinggan, mangkuk, sudu atau chopstik?

Post a Comment