Pernah ke Kota Kinabalu sebelum ini? Kalau belum, cancelkan dulu plan nak ke luar negara kerana Kota Kinabalu ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi. Kota Kinabalu terkenal dengan pantai dan pulau yang cantik, pemandangan dan ekspedisi gunung kinabalu serta makanan lautnya yang murah.
Post kali ini kami nak kongsikan mengenai trip percutian kami ke Kota Kinabalu pada hari raya yang lepas. Trip ini disertai oleh ahli keluarga seramai 10 orang dewasa, 8 kanak-kanak dan 2 bayi. Walaupun tempoh sebenar percutian 5 hari tetapi 2 hari telah di gunakan untuk perjalanan pergi dan balik, jadi tempoh masa percutian kami cuma 3 hari sahaja.
- 1 hari di Kundasang & Ranau
- 1 hari island hoping
- 1 hari sekitar Kota Kinabalu
Pada akhir post ini, anda boleh download itinerary dalam bentuk Pdf file yang kami sediakan untuk memudahkan anda bercuti di Kota Kinabalu.
1. Desa Dairy Cattle Farm
Destinasi mesti pergi bila di Kundasang. Menawarkan pengalaman melihat pengurusan ladang ternakan lembu. Boleh menikmati produk-produk keluaran Desa Dairy seperti susu segar, aiskrim dan sebagainya. Pemandangan di sini sangat cantik kerana berlatar belakangkan gunung Kinabalu.
Kolam air panas. Terdapat juga mini taman tema air untuk kanak-kanak bermandi manda. Jika nak rasa berendam dalam air panas, jangan lupa ke Poring Hot Spring. Dan jangan lupa bawa baju mandi sekali.
3. Sg Moroli Fish Spa Kampung Luanti
Teringin tak nak bermain-main dengan ikan di dalam sungai? Sg Moroli Fish Spa kampung Luanti menawarkan pengalaman bermanja dengan ikan-ikan jinak di sungai. Anda boleh rasa pengalaman ikan-ikan bermain di kaki anda sambil anda memberi makanan kepada ikan tersebut.
* Waktu kami sampai di sini hujan lebat, atas nasihat pihak pengurusan kami terpaksa batalkan aktiviti ini dan diberi refund. Hmm...takde rezki. Tak dapat nak tunjuk gambar bermain dengan ikan.
4. Sabah Tea
Restoran tempat menjamu selera setelah keletihan yang terletak di atas bukit sambil menikmati pemandangan ladang teh sabah. Terdapat kedai cenderahati. Boleh la beli untuk kawan-kawan apabila pulang nanti.
5. Todak Waterfront
Restoran-restoran seafood banyak terdapat di sekitar Todak Waterfront. Menawarkan pilihan pelbagai makanan laut untuk anda menjamu selera bersama orang tersayang. Orang kata harga seafood di sini murah-murah. Waktu kami pergi ni hari raya Aidilfitri, jadi harga seafood tidaklah semurah yang diperkatakan. Anda boleh pergi selain hari perayaan untuk dapatkan harga yang murah.
6. Jesselton Point
Merupakan Jeti utama boat yang membawa pelancong untuk aktiviti island hoping ke pulau-pulau seperti Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan banyak lagi. Di dalam bangunan Jesselton Point ini terdapat banyak syarikat yang menawarkan khidmat boat ke pulau-pulau.
7. Signal Hill Observatory
Lokasi melihat pemandangan sekitar bandar Kota Kinabalu dari atas bukit. Tempatnya kecil sahaja dan kawasan tempat letak kereta sangat limited. Terdapat mini kafe untuk anda bersantai sambil menikmat pemandangan.
8. Aquarium & Marine Museum
Terletak di dalam Universiti Malaysia Sabah, merupakan pusat pameran dan penyelidikan ikan air masin. Anda berpeluang melihat ikan Kerapu gergasi sebesar diri anda di dalam Akuarium besar bersama haiwan akuatik yang lain.
9. Kota Kinabalu City Mosque
Masjid terapung kerana dikelilingi tasik. Masjid ini sangat cantik dan sangat terkenal dikalangan pelancong asing. Baru-baru ini heboh berkenaan pelancong asing membuat tarian berlatar belakangkan masjid sehingga pihak masjid terpaksa menutup kunjungan kepada rakyat asing. Ketika itu kebetulan kami berada di sana.
Hotel
Kundasang: Dreamworld Resort - Terletak di kaki Gunung Kinabalu
Kota Kinabalu: Borneo Beach Villa, Karambunai (dalam intro video kat bawah)
* Hotel akan diberi review dalam post akan datang
Pengangkutan
Kami menyewa 2 buah Van dan pandu sendiri sepanjang trip. Untuk melancarkan perjalanan di Kota Kinabalu, kami menggunakan itinerary yang dibuat khas untuk memudahkan pemanduan di Kota Kinabalu.
Konsep itinerary ini dari Naracards. Kami hanya perlu klik 'GPS Maps' dan terus disambungkan ke Google Maps atau Waze. Mudah dan menjimatkan masa. Lihat Video di bawah,
Bagi anda yang teringin nak bercuti ke Kota Kinabalu, bolehlah Download itinerary yang telah kami sediakan di bawah ini mengikut jenis Smartphone anda.
Itinerary untuk Apple
Cara-cara menggunakan:-
Untuk memandu, Klik 'GPS Maps'. Pastikan anda download mengikut jenis smartphone. Jika tidak, fungsi GPS Maps akan gagal.
3 comments:
Nice :)
Tqvm for sharing... Very useful
hari raya ke berapa tu? sy n fmly plan nk pergi on hari raya tapi takut byk tempat tutup.
n blh mintak contact number kereta sewa?
tq
Post a Comment