Tips Melancong Ke Korea, Seoul Menggunakan Subway dan Teksi


Seoul adalah ibu negara bagi Korea Selatan. Seoul sangat popular dikalangan rakyat malaysia tambahan pula AirAsia menawarkan perjalan terus dari Kuala Lumpur ke Incheon hampir setiap hari pada harga serendah RM 800 untuk 2 hala (waktu promosi).

Apa yang akan dikongsikan pada post kali ini tentang melancong di bandar Seoul menggunakan pengangkutan awam - subway dan teksi.

Dibawah ini merupakan itinerary kami ke Seoul Korea. Kos yang dinyatakan dibawah adalah untuk 3 orang. Trip ini kami pergi ber-empat: Saya, isteri, ibu mertua dan anak kami berusia 1 tahun.

Itinerary Seoul

Hari Pertama

Ketibaan di Incheon International Airport dan menggunakan Express train ke Seoul Station untuk ke guesthouse (Town Guesthouse 4) yang terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari Seoul Station.

Setelah tiba, kami ronda-ronda sekitar Seoul station dan makan malam di salah sebuah restoran makanan Jepun yang terletak di dalam Seoul Station

1. Seoul Station
Incheon Airport station to Seoul station (AREX) KRW   21,000


                                                                             



Hari Ke-2

1. Myeongdong
Seoul station ke Myeongdong (Subway line 4, exit 8) KRW 3,750
2. Namdaemun Market
Myeongdeong to Hoehyeon (subway line 4, exit 5)
KRW 3,750
3. DongDaemun & Cheonggyecheon Stream

Gwanghwamun (subway line 5, exit 5) KRW 3,750
Dari exit 5 jalan terus 50 meter ke hadapan

Balik ke Seoul station KRW 3,750







Hari ke-3

1. Namsan Tower
Seoul station ke Hoehyeon station (subway line 4, exit 1) KRW   3,750
Gunakan teksi ke Namsan Cable Car Station KRW   4,000
Cable car (2 way) KRW  27,000
2. Namsan Hanok village
Dari Namsan Cable Car station gunakan taxi ke Namsangol Hanok Village KRW 4,500
Untuk balik, jalan kaki ke arah subway Chungmuro station
Chungmuro station to Seoul station (subway line 4) KRW 3,750











Hari ke-4

1. Nami island 
Seoul station ke Yongsan station (subway line 1) KRW 3,750
Transfer: Yongsan station ke Sangbong station (Gyeongui-Jungang line)
Transfer: Sangbong station ke Gapyeong station (Gyeongchun line) KRW 7,050
Gunakan Shuttle bas ke Nami island  KRW 3,750
2. Sindang Rapukki
Gunakan Shuttle bus ke Gapyeong station KRW 3,750
Gapyeong station to Sangbong station (Gyeongui-Jungang line)
Transfer: Sangbong station to Taereung station (subway line 7)
Transfer: Taereung station to Sindang station (subway line 6, exit 8) KRW 6,750
3. Balik ke Seoul station
Sindang station to Dongdaemun history and culture park station (subway line 2)
Transfer: Dongdaemun history and culture park station to Seoul station
(subway line 4)
KRW 3,750









Hari ke-5
1. Everland KRW 102,000
Seoul station to Suwon station (subway line 1)
Transfer: Suwon station to Giheung station (bundang line)
Transfer: Giheung station to Jeondae/Everland station (Yongin Everland line, exit 2 atau 3) KRW 7,350

Balik ikut laluan yang sama
KRW 7,350







Hari ke-6
1. Itaewon
Seoul station to Samgakji station (subway line 4)
Transfer: Samgakji station to Itaewon station (subway line 6, exit 3) KRW 3,750
2. Hangang Park
Itaewon station to Gongdeok (subway line 6)
Transfer: Gongdeok station to Yeouinaru station (subway line 5, exit 3) KRW 3,750
Balik ke seoul station KRW 3,750










Hari ke-7
1. Kyeongbokgung
Seoul station to Jongno 3(sam)-ga station (subway line 1)
Transfer: Jongno 3(sam)-ga station to Gyeongbokgung station (subway line 3, exit 5) KRW 3,750
2. Gwanghwamun
Jalan Kaki dari Gyeongbokgung ke arah Statue King Sejong dan General Yi Shunshi, Teruskan berjalan ke arah subway Gwanghwamun station
3. Insadong
Gwanghwamun station to Jongno 3(sam)-ga station (subway line 5)
Transfer: Jongno 3(sam)-ga station to anguk station (subway line 3,
exit 5 atau 6)
KRW 3,750

Balik ke Seoul station
KRW 3,750









Hari ke-8

1. Incheon International Airport
Seoul station to Incheon Internation airport (AREX) KRW 21,000


Jumlah Perbelanjaan

Berikut adalah ringkasan jumlah keseluruhan perbelanjaan di Seoul:

Guesthouse (KRW 45,000 x 7) KRW 315,000
Pengangkutan
Tiket Everland
KRW 166,000
KRW 102,000
Makan (KRW 10,000 x 8 hari x 3 orang) KRW 240,000


Jumlah  KRW 823,000
Pertukaran matawang (KRW 1000 = MYR 3.80)

Kos untuk Seorang
MYR 3,127

MYR 1,042
Kos Penerbangan Air Asia (KL-Incheon) MYR   899
Jumlah keseluruhan Trip MYR 1,941





Untuk kos makan saya limitkan 1 kali untuk sehari, iaitu sama ada lunch atau dinner. Selainnya kami masak sendiri dan bawa bekal kerana guest house menyediakan perkakas lengkap seperti dapur, peti ais dan mesin basuh.

Kos makan di korea agak mahal sekitar KRW 6,000 ke KRW 12,000. Oleh kerana saya boleh membaca tulisan hangeul, sedikit sebanyak skill ini digunakan untuk mencari tempat makan yang sesuai dan berpatutan. 

Sekian perkongsian kami. Selamat mencuba dan berjimat ketika melancong ke Seoul, Korea. Korang yang pertama kali nak ke Korea secara sendiri boleh cuba gunakan kad panduan Naracards. Maklumat lanjut, layari www.Naracards.com

Tips Melancong ke Korea, Gyeongju

Gyeongju merupakan bandar yang dipenuhi dengan sejarah Korea Selatan. Bandar ini terletak bersebelahan bandar Ulsan dan Daegu. Jika di Malaysia bandar Gyeongju seperti bandar Melaka.

Bandar Gyeongju dikelilingi gunung-ganang. Ini menyebabkan suhu dan persekitarannya berbeza dengan bandar ulsan walaupun ianya terletak hanya bersebelahan.

Bandar Gyeongju terkenal dengan permandangan cantik ketika musim bunga dan musim luruh. Kemudahan Public transport di sini adalah Bas dan Teksi. Berikut kami kongsikan beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi di Bandar Gyeongju.

1. Bulguksa temple 불국사

Antara kuil Buddha yang tertua di Korea Selatan adalah Bulguksa Temple. Korang boleh mengetahui tentang agama Buddha versi Korea.

Terdapat perkhidmatan jurubahasa dan penterjemah yang menerangkan setiap bahagian kuil ini dalam bahasa inggeris. Harga perkhidmatan jurubahasa cuma 5,000 KRW.








2. Daereungwon Cheonmachong Tomb 대릉원천마총

Museum kecil yang mempamerkan bagaimana raja-raja dahulu dikebumikan. Mereka ditanam bersama harta-harta dan perhiasan mereka. Kubur mereka kelihatan sebuah bukit yang besar setinggi 5 meter.





3. Seokguram Grotto 석굴암

Teknologi zaman pra-sejarah korea mempamerkan kuil yang dibina dengan kejuruteraan yang hebat. Berhala didalamnya diletakkan dalam bilik khas untuk menjaga kelembapan udara supaya struktur utama Seokguram Grotto tidak runtuh.

4. Cheomseongdae Observatory 첨성대

Struktur susunan batu bata yang membentuk sebuah menara. Menara ini digunakan generasi Silla untuk mengkaji dan melihat bintang dan kajian astronomi. Struktur replika Cheomseongdae juga terdapat di Silla Arts and Science Museum.



5. Toy Village 토이빌리지

Taman mini haiwan peliharaan dan eksotik sepertik ikan, ular, biawak, arnab, kura-kura dan banyak lagi. Sesuai untuk kanak-kanak dan peminat binatang ternakan dan eksotik.

Address:
경상북도 경주시 보문로 391
391 Bomun-ro Gyeongju Gyeongsangbukdo
Google maps coordinate: 35.847184, 129.282963
Phone: 054-772-9000






6. Silla Arts and Science Museum 신라역사과학관

Museum yang mempamerkan sejarah Dynasti pemerintahan empayar Silla. Bagaimana mereka merancang dan menguruskan bandar mereka yang boleh dikagumi. Terdapat replika Seokguram Grotto dan Cheomseongdae observatory tower.



7. Gyeongju World Amusement Park 경주월드 어뮤즈먼트

Theme park yang terletak bersebelahan Bomun Lake. Merupakan theme park kedua terbesar di Korea Selatan selepas Everland.

Bersebelahan theme park ini ada taman tema air dan dibuka pada musim panas sahaja.

Harga tiket masuk 37,000 KRW untuk dewasa dan 29,000 KRW untuk kanak-kanak.



Pemandangan Gyeongju World dari Blue Lagoon Hotel, Gyeongju.

8. Beomun lake 보문호

Sebuah tasik besar dan sekelilingnya ada banyak hotel penginapan dan juga padang golf. Pemandangan tasik Bomun cantik musim bunga sakura dan musim luruh.

Bomun Lake ketika musim bunga sakura


9. Gyeongju Birdpark 경주버드파크

Taman burung dan binatang-binatang ternakan. Terdapat juga mini zoo di dalam taman burung ini.

Bersebelahan Gyeongju Birdpark ada taman Botani. Pelawat diberi pengalaman bermain dengan burung-burung di dalam taman ini.





Taman botani bersebelahan Taman Burung Gyeongju




10. Teddy Bear Museum 테디베어박물관

Museum pameran Teddy bear yang dipakaiankan dengan pelbagai pakaian budaya masyarakat korea dan masyarakat asing.








Cara-cara untuk ke bandar Gyeongju dari Gimhae International Airport, Busan

Tambang: 9,000 KRW
Tempoh perjalanan: 2 jam 30 minit



  1. Station bas berhampiran dengan balai ketibaan Gate 3 di bus stop no 1 seperti gambar di atas. 
  2. Berhenti di stesen ke-2, Gyeongju 경주
  3. Apabila tiba di Gyeongju, guna teksi untuk ke hotel atau motel anda.
  4. Untuk kembali semula ke Gimhae International Airport Busan guna bas dari stesen ini juga
Semoga post ini dapat menjadi panduan kepada korang yang ingin bercuti ke bandar Gyeongju Korea. Selamat bercuti ke Gyeongju. 

Jika korang nak travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide.
Panduan ini akan membantu korang melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com