Semua perkataan Korea akan bermula dengan huruf konsonan. Kemudian diikuti dengan huruf vokal. Terdapat 4 jenis susunan huruf dalam tulisan korea iaitu
- Susunan 2 huruf melintang (konsonan + vokal)
- Susunan 2 huruf bertindih (konsonan + vokal)
- Susunan 3 huruf (konsonan + vokal + konsonan)
- Susunan 3 huruf bertindih (konsonan + vokal + konsonan)
- Susunan 4 huruf (konsonan + vokal + konsonan + konsonan)
Mari lihat apa yang dimaksudkan susunan huruf dengan melihat beberapa gambar dibawah.
1. Susunan 2 huruf melintang
Iaitu huruf dimulai dengan konsonan dan diikuti dengan vokal yang disusun secara bersebelahan. Contoh dibawah menggunakan huruf konsonan ㅅ dan vokal ㅏ yang disusun menjadi 사 (Sa)
beberapa contoh lagi;
나 - Na
거 - Geo
개 - Gae
비 - Bi
져 - Jyeo
2. Susunan 2 huruf bertindih
Iaitu huruf dimulai dengan konsonan dan diikuti dengan vokal yang disusun secara bertindih atas dan bawah. Contoh dibawah menggunakan huruf konsonan ㅂ dan vokal ㅜ yang disusun menjadi 부 (Bu)
beberapa contoh lagi;
고 - Go (ㄱ+ㅗ)
주 - Ju (ㅈ+ㅜ)
류 - Ryu (ㄹ+ㅠ)
스 - Seu (ㅅ+ㅡ)
과 - Gwa (ㄱ+ㅗㅏ)
쥐 - Jwi (ㅈ+ㅜㅣ)
돼 - Dwae (ㄷ+ㅗㅐ)
3. Susunan 3 Huruf
Iaitu huruf dimulai dengan konsonan dan diikuti dengan vokal dan diikuti semula oleh konsonan secara bergilir-gilir. Contoh dibawah menggunakan huruf konsonan ㅇ dan vokal ㅏ dan konsonan ㄴ yang disusun menjadi 안 (aN)
beberapa contoh lagi;
밥 - BaB (ㅂ+ㅏ+ㅂ)
당 - DaNG (ㄷ+ㅏ+ㅇ)
열 - yeoL (ㅇ+ㅕ+ㄹ) perkataan harus bermula dengan konsonan makaㅇ diletakkan dihadapan
집 - JiB (ㅈ+ㅣ+ㅂ)
펜 - PeN (ㅍ+ㅔ+ㄴ)
4. Susunan 3 huruf bertindih
Sama seperti susunan 2 huruf bertindih. Cuma huruf ketiga ditambah huruf konsonan secara bergilir-gilir menjadi 3 huruf bertindih. Contoh dibawah menggunakan huruf konsonan ㅁ dan vokal ㅜ dan konsonan ㄹ yang disusun menjadi 물
beberapa contoh lagi;
불 - BuL (ㅂ+ㅜ+ㄹ)
국 - GuK (ㄱ+ㅜ+ㄱ)
곳 - KoT (ㄱ+ㅗ+ㅅ)
원 - woN (ㅇ+ㅜㅓ+ㄴ) Perkataan harus bermula dengan konsonan makaㅇ diletakkan dihadapan
된 - DoeN (ㄷ+ㅗㅣ+ㄴ)
관 - GwaN (ㄱ+ㅗㅏ+ㄴ)
4. Susunan 4 huruf
Iaitu huruf dimulai dengan konsonan dan diikuti dengan vokal dan diikuti semula oleh konsonan secara bergilir-gilir. Ada penambahan huruf keempat tetapi penambahan ini juga Konsonan dan diletakkan disebelah huruf Konsonan ke-3. Contoh dibawah menggunakan huruf konsonan ㄷ dan vokal ㅏ dan konsonan ㄹ dan penambahan konsonan ㄱ yang disusun menjadi 닭 (DaLG)
beberapa contoh lagi;
읽 - iLG (ㅇ+ㅣ+ㄹ+ㄱ)
얇 - yaLB (ㅇ+ㅑ+ㄹ+ㅂ)
많 - MaNH (ㅁ+ㅏ+ㄴ+ㅎ)
찮 - CHaNH (ㅊ+ㅏ+ㄴ+ㅎ)
덟 - DeoLB (ㄷ+ㅓ+ㄹ+ㅂ)
4 jenis susunan tulisan korea telah dipelajari, sekarang perhatikan contoh perkataan di bawah supaya anda boleh paham dengan lebih mudah.
Setakat itu perkongsian saya. Semoga dengan post kali ini anda akan dapat membaca perkataan Korea dengan lebih mudah dan sebagai kesimpulan, Cuba teka apakah bunyi perkataan dibawah:
Apabila anda boleh membaca tulisan korea, baca post mengenai bagaimana menggunakan Google Translate ketika berada di Korea Selatan!

aN-NyeoNG-Ha-Se-yo 아녕하세요
KwaeN-CHaNH-SeuB-Ni-Da 괜찮습니다
JJuKKuMi 쭈꾸미
Post ini terlalu susah untuk difahami? tidak mengapa, ulangkaji huruf konsonan dan huruf vokal hangeul semula supaya anda lebih faham apabila tiba di post ini.
Setakat itu perkongsian saya. Semoga dengan post kali ini anda akan dapat membaca perkataan Korea dengan lebih mudah dan sebagai kesimpulan, Cuba teka apakah bunyi perkataan dibawah:
- 요금 = ?
- 얼마예요 = ?
- 누구세요 = ?
- 화요일= Hwa yo iL
- 대구 = ?
- 반갑습니다 = ?
- 김해국제공항 = GiMHae GuKJe GoNG HaNG
- 서울역 = ?
Cuba baca perkataan korea dibawah ini:
안녕하세요, 제 이름은 사이풀 입니다. 만나서 반갑습니다
Annyeonghaseyo, Je ireum eun Saipul ibnida. Mannaseo bangapseubnida
Apabila anda boleh membaca tulisan korea, baca post mengenai bagaimana menggunakan Google Translate ketika berada di Korea Selatan!
Selamat mencuba dan Sukohaseyo!
Jika anda ingin travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, anda boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu anda melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com
4 comments:
dah lama xbaca ayat hangeul nak belajar baliklah
Sekejap je tu sehari dah boleh baca balik 😊
terima kasih atas ilmu yang diberikan. ^_^
Sama-sama. Moga bermanfaat...
Post a Comment