Tips melancong ke korea, Percutian Musim Sejuk di PyeongChang dan Festival Trout Ice Fishing Korea Selatan



Bandar Pyeongchang terletak 160 km dari bandar Seoul dan 340 km dari bandar Busan.

Pada musim sejuk 2015 kami dan beberapa rakan memilih untuk bercuti ke Bandar Pyeongchang.

Bandar Pyeongchang terletak di daerah Gangwon-do. Bertolak dari Ulsan dengan menaiki kereta perjalanan mengambil masa selama 5 jam.

Plan kami untuk menyertai Festival memancing Ikan Trout di Pyeongchang. Festival ni diadakan setiap tahun dari 1 Disember ke 31 Januari.

Lokasi festival berhampiran dengan Jinbu Bus Terminal 진부공용버스정류장. Bandar Pyeonchang menjadi tuan rumah bagi sukan Winter Olympics tahun 2018.

Penginapan di rumah traditional korea

Daerah Gangwon adalah daerah yang paling banyak diliputi salji berbanding daerah-daerah lain di Korea kerana kedudukannya yang agak tinggi dari paras laut.

Di sini korang dapat menikmati permandangan cantik oleh salji yang meliputi pokok-pokok dan gunung-ganang. Suasananya seperti berada di kampung-kampung dan jauh dari hutan batu seperti di Seoul.




Pyeongchang juga merupakan destinasi bagi peminat sukan Ski. Setiap kali musim Salji pasti kawasan ini akan dipenuhi dengan penduduk tempatan dan juga pelancong asing untuk bermain Ski.

Jika korang plan untuk bercuti ke sini pada bulan Januari, pastikan bawa pakaian dan kelengkapan yang sesuai kerana sejuknya agak ekstrim.


Cara-cara ke bandar Pyeongchang dari Seoul

Cara 1:Menggunakan Bas dari Nambu Terminal
  1. Naik subway Line 3 (Line warna oren) ke Nambu Bus Terminal 남부터미널역(예술의전당)
  2. Keluar di exit 5 dan berjalan 2 minit ke Nambu bus terminal
  3. Beli tiket ke Jinbu Bas Terminal 진부공용버스정류장. Tiket berharga 12,200 KRW dan perjalanan selama 2 jam 10 minit

Cara 2:Menggunakan Bas dari Dong-Seoul Terminal
  1. Naik subway Line 2 (Line warna hijau) ke Gangbyeon 강변역
  2. Keluar di exit 3 atau 4 dan berjalan 2 minit ke Dongseoul Bus Terminal 동서울종합터미널
  3. Beli tiket ke Jinbu Bas Terminal 진부공용버스정류장. Tiket berharga 13,100 KRW dan perjalanan selama 2 jam 15 minit.

Cara-cara ke bandar Pyeongchang dari Busan

Cara 1:Menggunakan Bas dari Nopo Station
  1. Naik subway Line 1 (Line Warna Oren) dan berhenti di Nopo Station.
  2. Di Nopo Station, beli tiket bas ke bandar Wonju. Harga tiket ialah 21,000 KRW. Perjalanan mengambil masa 5 jam.
  3. Apabila tiba di Wonju Bus Terminal, beli tiket bas ke Jinbu Bus Terminal 진부공용버스정류장. Harga tiket bas 5,900 KRW dan mengambil masa 1 jam 30 minit.

Cara 2:Menggunakan Keret-api Mugunghwa dari Bujeon Station
  1. Naik subway Line No 1 (Line Warna Oren) dan berhenti di Bujeon Station.
  2. Di subway Bujeon Station, keluar exit 1 jalan 100 meter ke hadapan sehingga anda sampai ke stesen kereta-api Buejeon.
  3. Beli tiket keretapi Mugunghwa dari Bujeon ke Wonju Station. harga tiket ialah 24,200 KRW dan perjalanan mengam bil masa 6 jam.
  4. Apabila tiba di Wonju Bus Terminal, beli tiket bas ke Jinbu Bus Terminal 진부공용버스정류장. Harga tiket bas 5,900 KRW dan mengambil masa 1 jam 30 minit.

Berikut adalah beberapa tempat menarik di Gangwon-do.

1. Pyeongchang Trout Festival 평창송어축제

Festival memancing ikan Trout dibawah ais. Yuran menyertai aktiviti memancing cuma 10,000 KRW. Apa yang menarik ialah peserta perlu membuat lubang pada ais dan memancing ikan trout yang berada bawah permukaan ais.

Kemudian ikan tersebut dimasak di restoran yang ada disitu atau dimakan mentah.




Aktiviti memancing ikan trout dibawah ais

Qeesya terlalu exited bermain salji

Ikan mentah dimakan bersama soy souce dan wassabi

Perserta boleh mengupah masak ikan trout hasil tangkapan mereka. Gambar menunjukkan tempat membakar ikan trout.





Penginapan kami di rumah traditional Korea

2. Pheonix Park 휘닉스파크

Pusat latihan ski dan snowboard. Terdapat beberapa ski park di sekitar seperti Wellihilli Ski Park, Alpensia Ski Park dan Yeongpyeong Ski park. Kami sekeluarga cuma bermain sled (Nun-sseol-mae눈썰매) di sekitar Pheonix park. Terdapat sled park berhampiran dan bayaran masuk ialah 15,000 KRW untuk 3 jam dan sled disediakan.


Bermain sled ketika di Pheonix Park 휘닉스파크

3. Daegwallyeong Sheep Farm 대관령 양떼목장

Pusat ternakan kambing biri-biri. Kambing biri-biri dibiarkan di kawasan padang yang lapang. Pemandangan di sini seolah-olah seperti korang berada di New Zealand.

Oleh kerana keadaan sejuk yang melampau ditambah angin kencang ketika kami sampai, lawatan terpaksa dibatalkan kerana bimbang keselamatan.



PENGINAPAN

Berikut adalah beberapa penginapan yang kami pernah cuba atau survey di sekitar area Pyeongchang. Untuk mengetahui lanjut atau membuat tempahan, boleh menggunakan Agoda atau klik lini ini. Anda cuma masukkan tarikh sebenar lawatan anda ke Pyeongchang.

Penginapan Ski Resort:

1. Welli Hilli Park Resort - KRW 120,000/malam
2. Pheonix Park Hotel & Condo - KRW 110,000/malam
3. Orient Resort Hotel - KRW 100,000/malam
4. Yongpyeong Resort Tower Condo - KRW 110,000/malam
5. Yongpyong Resort Villa Condo - KRW 140,000/malam
6. Intercontinental Alpensia Pyeongchang Resort - KRW 140,000/malam

Homestay:

1. Forest Healing Spa Resorts - KRW 80,000/malam
2. Pension in my Arms - KRW 100,000/malam
3. Pyeongchang Edelweiss Pension - KRW 95,000/malam

Motel:

1. Goodstay California Motel - KRW 45,000/malam

* Harga di atas tidak tetap dan merupakan anggaran sahaja. Untuk mengetahui harga sebenar perlu masukkan tarikh perjalanan korang. Korang boleh semak harga sebenar bilik dan membuat tempahan di sini.

Setakat ini perkongsian mengenai percutian di Pyeongchang. Kami harap post ini dapat membantu korang bercuti ke Korea Selatan pada musim sejuk (December ke February) yang akan datang.

Baca post menarik mengenai trip makan ketam Snowcrab di Yeongdeok.

Jika anda ingin travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, anda boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide.

Panduan ini akan membantu anda melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com

8 comments:

Wan Zul said...

Terima kasih..dah nampak dah macam mana nak ke Pyeongchang ni..tadi masih blur2 je..blog yang menarik dgn info yang berguna! Tq En Saiful Izwan.

Mohd Saiful Izwan said...

@wan zul,

Selamat bercuti ke Pyeongchang. Share juga dengan rakan lain

~MrSShamSul~ said...

nak tanya.. kalau dr incheo aiport nak ke pyeonchang takde bus terus ke di airport?

Mohd Saiful Izwan said...

Salam MrSShamSul. So far saya x jumpa lagi direct dari incheon. Kena ke dongseoul bus terminal dan beli tiket bas ke jinbu. Then jalan kaki ke destinasi festival.

Unknown said...

assalamualaikum en.

rumah penginapan tradisional tu dimana ye dan brp harga nya

Anonymous said...

destinasi festival tu jauh tak dari terminal bus untuk jalan kaki?

Mohd Saiful Izwan said...

Tak jauh dari station bas ke festival

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment