Tips melancong ke Korea : Apa ada di Tongyeong



Kali ni kami nak share satu lagi destinasi menarik yang korang boleh pergi di Korea iaitu Tongyeong. Bandar ini terletak di belah selatan, berhampiran dengan Geoje dan Busan. Tongyong merupakan sebuah bandar pelabuhan yang dikelilingi dengan gunung-ganang.

Jom lihat beberapa destinasi menarik di bandar Tongyeong yang sempat kami tawan.

1. Hanryeosudo Cable Car 한려수도 조망케이블카

Alamat:
경상남도 통영시 발개로 205 도남동 349-1
349-1, Donam-dong, Tongyeong-si, Gyeongsangnam-do, South Korea
Google Maps: 34.826430, 128.425273
GPS kereta: 1544-3303

Cable car mengambil masa 15 minit untuk sampai ke puncak bukit. Tambang untuk dewasa adalah KRW 10,000 dan bagi kanak-kanak pula KRW 6,500. Di puncak bukit terdapat observation deck dimana korang boleh menikmati keindahan pemandangan bandar pelabuhan Tongyeong dan pergunungan Geoje 거제 







2. Gang-gu-an Port Cultural Centre 강구안거북선문화마당

Alamat:
55 Jungang-dong, Tongyeong-si, Gyeongsangnam-do, South Korea
Google Maps: 34.843526, 128.423997
GPS kereta: 055-650-3956

Merupakan museum kapal-kapal perang zaman dahulu. Terdapat beberapa buah kapal cantik dari senibina dynasti Joseon dan replika mini kapal perang General Yi Sun Sin yang menewaskan tentera jepun suatu ketika dahulu. Replika yang sama kami lihat ketika melawat busan tower di ruangan kedai cenderamata, dari situ kami dengar serba sedikit sejarah tentang General Yi Sun Sin. Jika ke Gwanghwamun, Seoul korang boleh melihat patung General Yi Sun Sin dan King Sejong.




Itu sahaja perkongsian kami mengenai destinasi di Tongyeong. Jika korang tawan tempat-tempat lain yang ada di sini, jangan lupa untuk kongsi dengan kami di ruangan komen ya!

Ramai yang takut untuk travel ke Korea secara sendiri kerana kurangnya pengalaman dan tiada masa untuk merancang perjalanan ke Korea. Tambahan pula banyak kes penipuan travel agen yang mengambil duit peserta dan hilang tak dapat dijejaki. Kami faham masalah ini. Penyelesaiannya ada di www.Naracards.com

Tips melancong ke Korea: Bandar Yeosu



Korang pernah dengar mengenai bandar Yeosu? Pada post kali ini kami nak kongsi pengalaman bercuti ke bandar Yeosu Korea Selatan. Bandar Yeosu terletak di sebelah Barat Selatan dan perjalanan dari Busan menggunakan kereta mengambil masa 3 jam. Berikut adalah beberapa tempat menarik yang di Yeosu yang sempat kami tawan.

1. Yeosu Expo park 여수엑스포공원

Address:
전라남도 여수시 수정동
Sujeong-dong, Yeosu-si, Jeollanam-do
Google Maps: 34.749775, 127.748204
GPS kereta: 061-660-5800 

Apa yang menarik di sini:
  • Taman hiburan kanak-kanak
  • Museum Teddy Bear
  • Observation building
  • Taman bunga
  • Aqua Planet - Akuarium
  • Persembahan musikal instrument











2. Dolsan park 돌산공원

Address:
전라남도 여수시 돌산읍 우두리 산 1
Jeollanam-do, Yeosu-si, Dolsan-eup, uduri san 1
Google Maps: 34.730147, 127.740353

Terletak di atas bukit dan merupakan lokasi strategik menikmati pemandangan bandar Yeosu. Dari sini boleh korang boleh nampak jambatan Dolsan dan jambatan ini dihiasi dengan lampu warna warni pada waktu malam.



3. Yeosu Marine Cable Car 여수해상케이블카

Address:
전라남도 여수시 돌산읍 돌산로 3600-1 
Jeollanam-do, Yeosu-si, Dolsan-eup, Dolsan-ro, 3600-1
Google Maps: 34.730428, 127.741679
GPS kereta: 061-664-7301 

Stesen cable car ini terletak bersebelahan Dolsan park. Cable car boleh dinaiki bermula dari terminal Dolsan Park ke terminal Jasan Park atau sebaliknya. Cable car akan menyeberangi laut sambil membawa korang menikmati pemandangan indah pelabuhan dan kapal-kapal yang ada di sini sambil melintasi jambatan Geobukseon.

Di Jasan Park korang boleh menikmati pemandangan Yeosu Expo park dan pulau Odongdo dari puncak bukit. Untuk cable car terdapat 2 jenis kabin cable car iaitu Standard Cabin berharga KRW 13,000 dan Crystal Cabin KRW 20,000 untuk 2 hala. Crystal Cabin merupakan lantai kabin lutsinar dan lebih thrill dan seram sesuai untuk yang terlebih berani.







Pemandangan Expo Park dari atas bukit Jasan Park

4. Yeosu Marine Park 여수해양공원

Address:
전라남도 여수시 중앙동 246-1
Jeollanam-do, Yeosu-si, Jungang-dong, 246-1
Google Maps: 34.736991, 127.741921
GPS kereta: 061-666-6232 

Di sini merupakan lokasi strategik menikmati pemandangan waktu malam di Yeosu. Taman ini terletak di antara 2 buah jambatan iaitu jambatan Dolsan dan jambatan Geobukseon. Terdapat banyak kedai-kedai kopi di kawasan sekitar dan merupakan port bagi kaki pancing.

Geobukseon Bridge

Dolsan Bridge
Kemeriahan waktu malam di Yeosu Marine Park

5. Odongdo island 오동도

Address:
전라남도 여수시 수정동 산1-11
1-11, Sujeong-dong, Yeosu-si, Jeollanam-do
Google Maps: 34.744557, 127.764034
GPS kereta: 061-659-1819 

Pulau ini terletak bersebelahan dengan Yeosu Expo Park. Pulau ini boleh diakses dengan berjalan kaki dari Yeosu Expo Park. Terdapat perkhidmatan kereta api mini untuk ke pulau ini untuk mereka yang tak larat nak jalan kaki untuk ke pulau.

Pemandangan Pulau Odongdo dari Jasan Park

Pemandangan Pulau Odongdo dari Expo Park

Yeosu dari Busan Menggunakan Bas
  1. Subway station Sasang 사상 (Line no 2, hijau) exit 3 atau 5.
  2. Jalan ke arah Seobu Intercity Bus Terminal 서부시외버스터미널 
  3. Tiket bas ke Yeosu Bus Terminal 여수종합버스터미널

Ada banyak lagi tempat yang korang boleh explore di bandar Yeosu. Tapi disebabkan masa yang singkat, ini sahajalah yang sempat kami pergi. Kalau korang pergi ke tempat-tempat selain yang ada di dalam post ini, jangan lupa untuk berkogsi dengan kami di ruangan komen ya!

Setakat itu sahaja perkongsian kami mengenai bandar Yeosu yang cantik ini. Semoga ia menjadi panduan kepada sesiapa yang inginkan kelainan ketika melancong di Korea.

Jika korang ingin travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, korang boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu korang melancong ke Seoul, Busan dan Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com

Tips melancong ke Korea: Taman Tema E-World Daegu

Taman tema E-word 이월드 merupakan destinasi yang mesti pergi apabila melancong ke bandar Daegu Korea Selatan. Di taman tema ini terdapat menara Tower 83 iaitu Menara Daegu untuk melihat pemandangan bandar Daegu dari ruangan dek menara.

Kami bertolak dari Ulsan menggunakan bas hingga ke stesen KTX. Kemudian kami menggunakan KTX untuk ke Daegu dan perjalanan mengambil masa selama 25 minit. Hanya 1 stesen sahaja dari Ulsan ke Dongdaegu.


Alamat
대구광역시 달서구 두류공원로 200
200, Duryugongwon-ro, Dalseo-gu, Daegu
Google maps coordinate: 35.853329, 128.563907
Phone: 0507-1431-0001


Cara-cara ke E-world Themepark Daegu menggunakan Subway
  • Dari KTX station Dongdaegu, tukar ke Subway Dongdaegu 동대구역
  • Turun di station Banwoldang 반월당역, tukar subway dari line 1 (Line merah) ke line 2 (line hijau)
  • Turun di station Duryu 두류역. Keluar exit 15 dan bejalan 200 meter ke Daegu E-World Theme park
Taman tema ini tidak ramai orang seperti di taman tema lain yang pernah kami pernah pergi. Mungkin ramai pelancong asing tidak berapa tahu tentang taman tema ini. Kelihatan hanya orang lokal sahaja yang berada di sini.

Beberapa gambar kami sekeluarga ketika di E-World Themepark Daegu.














Ada Mini Zoo untuk kanak-kanak. Terdapat beberapa binatang dalam mini Zoo ni antaranya kura-kura, monyet, ular, ikan, buaya dan sebagainya. Dapatlah menghiburkan si kecil. Kawasan E-world ini berbukit dan agak letih sedikit turun dan naik bukit ditambah lagi terik panas matahari pada musim panas. Tapi tak terasa penat kerana seronok melihat anak kami yang seronok bermain.





Untuk ride kanak-kanak anda boleh pilih untuk beli 1 day pass atau pay per ride. Tiket pay per ride untuk 1 tiket berharga KRW 3,000 minimum.







Terdapat juga taman tema air untuk kanak-kanak. Taman ini hanya dibuka pada musim panas sahaja.


Pada waktu malam taman tema ini cantik dengan pemandangan pameran lampu berwarna warni. Harga tiket masuk sesi waktu malam berbeza dengan harga tiket biasa. Jadi kita boleh decide samaada untuk beli tiket taman tema keseluruhan atau tiket waktu malam sahaja.


Jika bercadang hendak ke sini, plan waktu dan musim yang sesuai. Saya sertakan pamplet untuk rujukan anda pemandangan dan festival di sini pada musim yang berbeza.


Setakat ini sahaja perkongsian kami ke Taman tema E-world yang berada di Daegu. Jika ada yang ingin ke bandar Daegu bolehlah masukkan destinasi ini ke dalam itinerary. Sekian, semoga bermanfaat.

Jika anda ingin travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, anda boleh menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu anda melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com