Gempa Bumi 5.8 Skala Richter di Gyeongju Korea Selatan

Baru sebentar tadi kejadian gempabumi berlaku di daerah Gyeongju yang terletak bersebelahan dengan Bandar Ulsan. Gempa bumi pertama berukuran 5.1 Skala Richter dan selang beberapa minit kemudian gempa bumi kedua berlaku pada magnitude 5.8 Skala richter. Ini merupakan kali ke-2 berlaku setelah 2 bulan yang lepas yang berlaku di laut Ulsan pada magnitude 5.5 Skala Richter. Semoga semua rakyat Malaysia di Korea selamat.


Beberapa gambar keadaan selepas gempa bumi berlaku di Gyeongju, Korea.





Power plant di Ulsan berhenti beroperasi buat sementara waktu. Perkhidmatan keretapi laju KTX bergerak perlahan di kawasan berlaku gempa bumi dikhuatiri ada landasan yang rosak hasil gempabumi. Apa pun kita tunggu news terbaru dari kerajaan Korea.


Laporan lanjut di Korea Times

0 comments:

Post a Comment