Tips Menggunakan Google Translate di Korea Bagi Pengguna iPhone

Sebelum berkongsi tips ini, anda perlu mengenali huruf-huruf asas tulisan korea (hangeul). Terdapat 28 huruf konsonan dan vokal asas yang anda perlu kenali terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan Google Translate. Lihat post mengenali huruf hangeul dalam masa 3 hari.



Google Translate Apps
  1. Download Apps Google Translate
  2. Aktifkan keyboard bahasa Korea
Setting > General > Keyboard > Keyboards > Add new keyboard > Korean > Standard
Semak keyboard hangeul anda dengan membuka text message dan lihat keyboard hangeul yang telah diaktifkan seperti gambar di bawah. Sekarang anda boleh gunakan google translate untuk translate apa sahaja perkataan korea ke dalam bahasa yang diingini.



Huruf konsonan dan vokal tambahan seperti dalam kotak merah di bawah



Menaip Secara Manual

Buka Google Translate. Tukar terjemahan bahasa dari bahasa korea ke bahasa english/malay



Taip perkataan mengikut turutan yang diaturkan dibawah ini di keyboard korea anda:


Gabungan 12 huruf diatas akan menjadi 감사합니다 ...



Masih tidak pasti bagaimana untuk memahami tulisan hangeul? Lihat post belajar tulisan korea dalam masa 3 hari. Jika cara diatas agak susah bagi anda, tidak mengapa ada 3 fungsi lain yang boleh digunakan untuk translate bahasa korea seperti

  1. Scan menggunakan fungsi Camera
  2. Microphone
  3. Sketch



Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. Share post ini kepada rakan-rakan lain.

수고하세요!
Jika anda ingin travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, anda boleh cuba menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu anda melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas, teksi dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com

3 comments:

Unknown said...

susahnyerr..huhu..

Mohd Saiful Izwan said...

boleh tu...perlahan-lahan :)

Unknown said...

terima kasih, saya dapat belajar dari blog ini...

Post a Comment