Tips Melancong ke Korea: Damyang Meta Provence


Damyang Metasequoia Boulevards 메타세과이아 가로수길 (metasegwaia garosugil) merupakan sebuah township yang terletak di daerah Damyang, berhampiran dengan Gwangju. Township yang cantik dan berwarna warni ini sebenarnya adalah restoran dan guesthouse. Ia terletak di pertengahan perjalanan di antara Gwangju dan Jeonju.

Alamat:
전라남도 담양군 담양읍 학동리 578-4
578-4 Hakdong-ri, Damyang-eup, Damyang, Jeollanam-do
Google maps coordinate: 35.323046, 127.002269

Kredit gambar dari Trazy.com

Di tepi jalan sesuai untuk aktiviti berbasikal. Dari destinasi ini menuju ke Jeonju (mungkin beberapa kilometer) di kiri dan kanan jalan dipenuhi pokok Metasequoia (pokok yang sama terdapat di Nami Island).

Cara-cara ke Damyang dari Seoul
  • Gunakan subway line 3 (berwarna Oren) untuk ke Station "Express Bus Terminal" 고속터미널. Keluar exit 8 dan terus ke station bas.
  • Beli tiket ke Damyang, KRW 17,800 dan perjalanan mengambil masa 3 jam 30 minit 
  • Bas akan tiba di "Damyang Public Bus Terminal" 담양공용버스터미널, berjalan 40 meter ke station bas terdekat iaitu "Damyang Terminal bus station"담양터미널 정류장 (Damyang Teomineol Jeong-ryu-jang).
  • Naik bas bernombor 10-1 Nongeocheon 농어촌 dan turun di Gipeunsil station 깊은실. 
Dari Damyang Public Bas Terminal boleh juga naik teksi sebagai alternatif. Tunjukkan pada driver teksi 메타세과이아 가로수길. Tambang teksi KRW 4,000





Bayangkan pemandangan kawasan ini ketika musim Autumn, pasti cantik kerana daun-daun pokok Metasequoia ini akan berguguran di jalan. Lihat beberapa gambar yang sempat dirakam ketika berada di township ini .


Oleh kerana kami sampai di sini hari dah hampir gelap dan hujan, kami tidak berkesempatan untuk mengambil gambar di Metasequoia road. Perjalanan kami ke Jeonju yang cantik dengan pokok Metasequoia di sepanjang jalan juga tidak dapat di rakam kerana hujan lebat. Harap-harap musim luruh akan datang kami berkesempatan untuk datang ke sini lagi. InsyaAllah.





Bagi yang mencari penginapan di sini terdapat beberapa jenis homestay dari saiz duplex hingga bungalow. Semua homestay di sini masih baru siap dibina dan sangat cantik serta suasananya yang tenang kerana kedudukan kawasan ini agak terpencil dari bandar. Kami cuba survey homestay di sini supaya menjadi rujukan kepada anda yang ingin menetap si sini. Salah satu adalah Damyang Meta Provence Pension 담양프로방스펜션.

Harga homestay bermula dari KRW 100,000 dan ke atas. Untuk maklumat lanjut atau tempahan online boleh lihat di website Damyang Meta Provence Pension




Ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di daerah Damyang. Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut lagi tentang Damyang bolehla rujuk laman web www.damyang.go.kr. Terdapat dalam bahasa inggeris.

Jika anda ingin mencari destinasi cantik dan lain dari yang lain untuk percutian musim luruh di Korea, anda boleh datang ke Damyang dari bulan September hingga hujung bulan November. Selamat bercuti ke Damyang, Korea Selatan!
Jika anda ingin travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, anda boleh menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu anda melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas, teksi dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com

0 comments:

Post a Comment