Boseong terletak di bahagian barat selatan Korea. Daehan Dawon Tourist Tea Plantation 보성녹차밭대한다원 (Boseong nokcha bat daehan dawon) mempunyai pemandangan unik kawasan lereng bukit kawasan penanaman teh hijau. Kebiasaannya festival teh hijau akan diadakan pada musim bunga iaitu dari 4 May hingga 8 May setiap tahun.
Alamat:
전라남도 보성군 보성읍 녹차로 763-65
763-65 Nokcha-ro, Boseong-eup, Boseong-gun, Jeollanam-do
Coordinate Google Maps: 34.714821, 127.080822
Terdapat 2 cara untuk ke Boseong dari Seoul, menggunakan train atau bas ekspress.
Train "Mugunghwa" dari Yongsan Station, Seoul
- Destinasi ke Boseong station. Harga tiket KRW 26,500 dan perjalanan mengambil masa 5 jam 40 minit. Untuk tempahan tiket train online klik pada link ini. Biasanya hanya 1 trip sahaja ke Boseong dalam 1 hari.
- Dari Boseong Station, jalan kaki 150 meter ke station bas terdekat iaitu Usanri station우산리 정류장 (Usanri Jeong-ryu-jang).
- Naik bas Boseong-Gunhak 보성-군학 dan turun di Daehan Dawon station 대한다원.
- Subway line 3 hingga ke station "Express Bus Terminal" 고속터미널
- Beli tiket ke Boseong. Tambang KRW 32,900 dan perjalanan mengambil masa 4 jam 40 minit
- Dari Boseong Intercity Bus terminal, jalan kaki 60 meter ke station bas terdekat iaitu Boseong Terminal 보성터미널 정류장 (Boseong Teomineol Jeong-ryu-jang).
- Naik bas Boseong-Gunhak 보성-군학 dan turun di Daehan Dawon station 대한다원
Bagi yang memandu kereta ke sini taip di GPS 보성녹차밭. Harga tiket 4,000 Won dan percuma bagi kanak-kanak. Sekeliling ladang ini juga banyak ditanam pokok pine dan terdapat anak sungai kecil untuk aktiviti santai untuk kanak-kanak bermain air.
Setelah penat kami berehat di kedai souvenir yang ada di sini dan mencuba makanan berasakan green tea seperti coklat, aiskrim dan biskut. Ada banyak kedai aiskrim dan green tea shake yang boleh korang cuba sambil berkelah di bawah pokok-pokok pine disebelah anak sungai yang jernih. Memang layan.
Gambar di bawah ini korang boleh lihat bagaimana orang-orang korea berkelah di sepanjang anak sungai sambil layan minuman green tea dari Boseong.
Jadi jika korang teringin merasa suasana nyaman ladang teh hijau di Korea Selatan, jangan lupa masukkan sekali itinerary ke Boseong Green Tea ini. Semoga post ini menjadi panduan kepada korang yang ingin melancong ke Taman Teh Hijau ini.
Merancang perjalanan sendiri ke Korea memang memenatkan dan memakan masa. Jika korang ingin travel ke Korea secara sendiri buat pertama kali, kami cadangkan untuk menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu korang melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas, teksi dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com
2 comments:
Salam, saya dari blog Wanzul Travelogue..syabas sebab share info pasal Korea..memang terbaekkk..kalau kami berpeluang ke Korea lagi..nnt kami pm ye utk info..nak main salji sambil guling2..huahuahua! Ok thanks.
Terima Kasih Wan Zul sudi jengah blog ni :)
Post a Comment