Tips Melancong ke Korea : Jeonju Hanok Village Kampung Tradisional Korea

Salah satu destinasi yang menarik korang mesti pergi di Korea adalah Jeonju Hanok Village 전주한옥마을 (Jeonju Hanok Maeul) . Jeonju Hanok Village terletak di Jeonju, sebelah barat korea selatan. Perjalanan dari Seoul menaiki kereta mengambil masa 2 jam 30 minit dan dari Busan pula 3 jam.

Alamat: 
절라북도 전주시 완산구 교동
Gyo-dong, Wansan-gu, Jeonju-si, Jeollabuk-do
Coordinate Google Maps: 35.815111, 127.154170



Train
Terdapat 3 jenis Train dari station Yongsan, Seoul:
  • KTX: Dari Yongsan ke Jeonju Station - KRW 34,400 masa perjalanan 1 jam 35 min
  • ITX:  Dari Yongsan ke Jeonju Station - KRW 26,200 masa perjalanan 3 jam
  • Mugunghwa: Dari Yongsan ke Jeonju Station  - KRW 17,600 masa perjalanan 3 jam 35 min
Untuk lihat jenis train dan jadual perjalanan klik link ini. Dicadangkan menggunakan KTX supaya lebih jimat masa.

Apabila tiba di Jeonju station, gunakan teksi ke Jeonju Hanok Village dengan kos tambang KRW 7,000 ke KRW 9,000 bergantung pada keadaan trafik.



Bas Ekspress 
Bas Express ke Jeonju dari Central City Terminal, Seoul.
  1. Gunakan subway line 3 (berwarna Oren) dan berhenti di Station "Express Bus Terminal" 고속터미널 
  2. Keluar di exit 8 dan belok ke kiri.
  3. Jalan terus ke hadapan 100 meter dan bangunan terminal berada di sebelah kiri.
  4. Beli tiket ke Jeonju. Tambang KRW 12,800 dan perjalanan mengambil masa 2 jam 40 minit
Apabila sampai di station bas terminal Jeonju, gunakan teksi ke Jeonju Hanok Village. Tambang sekitar KRW 5,000 ke KRW 7,000 bergantung pada keadaan trafik.



Bagi yang memandu kereta, kawasan parking di sini agak terhad. Kawasan parking utama Hanok Village tidak begitu besar.

Korang perlu parking di luar kawasan dan berjalan kaki 100 ke 200 meter untuk masuk ke dalam kawasan kampung ini.



Terdapat lebih 800 buah rumah hanok yang ada disini. Untuk pusing keseluruhan taman ini mungkin mengambil masa satu hari atau lebih.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuk pengalaman
  • Berjalan kaki secara santai dengan mengenakan baju tradisional Hanbok. Terdapat banyak kedai yang menyediakan perkhidmatan menyewa hanbok dengan kadar sekitar KRW 15,000 ke KRW 50,000 bergantung pada jenis dan design. 
  • Berjalan kaki di celah-celah lorong rumah hanok
  • Bergambar di set pegambaran filem KBS Jongdojeon
  • Mengelilingi Hanok Village menggunakan basikal elektrik. Boleh disewa pada harga KRW 15,000 per jam
Berikut adalah beberapa gambar kami sekeluarga di sekitar Jeonju Hanok Village yang sempat dirakam.

Semoga post ini menjadi panduan kepada anda yang ingin melancong ke bandar Jeonju.










Jika anda ingin travel ke Korea secara sendiri tanpa menggunakan khidmat travel agen, kami cadangkan menggunakan Naracards Korea Travel Guide. Panduan ini akan membantu anda melancong ke Seoul, Busan dan Pulau Jeju menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas, teksi dan kereta sewa. Untuk maklumat lanjut sila layari www.Naracards.com

0 comments:

Post a Comment